Lori Surat Khabar Lama

20 Jun 2012

Alternatif untuk Toddle Truck

Salam dan hai


Dulu, saya pernah nak beli item ni untuk latih Dyzhwar berjalan, pasal ibu tak kasi saya beli walker dan saya pun memang tak mahu beli walker. 


Sumber: Ikea
Boleh jadi dwi fungsi; untuk latih Dyzhwar jalan dan untuk letak permainan dalam tu.

Tapi sudahnya, Dyzhwar ada pilihan sendiri. Dia pilih yang ini.


Sumber: Ikea




Sesuatu yang saya tak pernah terfikir. Rasanya, mana-mana orang pun tak pernah terfikirkan.


Selalu saya pelik, mengapa setiap kali lepas Dyzhwar main dalam bilik permainannya, kedudukan meja dan kerusi mesti beralih








Rupanya, ini la aktiviti dia setiap hari




..kedua-dua kerusi juga.. Sekarang, dengan meja-meja dia bawa berjalan.




Kadang-kadang rasa risau juga tengok dia bertatih pakai kerusi ni, tapi bila tengok kesungguhan dia mengawal dan mengimbangi badan, saya rasa mungkin kerusi ni alternatif untuk latih dyzhwar bertatih. Ada juga dia terjatuh, tapi pasal lantai berlapik playmat, jadi takde la sakit sangat.


Sekarang Dyzhwar dah pandai bertatih, dalam 10-15 langkah. Tapi bila dirakam, dia terus jadi kaget dan buat-buat tak reti. Opahnya kata, Dyzhwar pecah rekod saya, saya bertatih masa usia 10 bulan, tapi Dyzhwar 9 bulan lagi dah boleh. Lepas ni, boleh temankan umi shopping.






Kami kena beli pagar dah sekarang ni. Kena cari ni, dah takleh tunggu lagi. Takut-takut, tak sedar tiba-tiba Dyzhwar dah naik tangga sampai atas.



7 ulasan:

Putri Qaseh berkata...

Saya adalah peminat tegar Diaterimanikahnya, rumahkamisyurgakami dan kini Dyzhwar Fan hihi..thanks xora for uploading byk video die..saya baru keguguran, belum ade rezeki saya, but by seeing his video saya mesti tersenyum ;)

Unknown berkata...

yep, sy pun kipas-susah-mati Dyzhwar.. suke ble tgk si kecik tuh senyum. rs mcm nk picit2 je. kalo takde video@gambo Dyzhwar dalam post xora, rs mcm tak lengkap. asyik nk refresh page je. sy doakan putri tabah dan insyaAllah semoga Allah kurniakan zuriat yg comei2 juga kelak. jangan sedey2..

Reen Tart Nenas berkata...

hai la anakku. bila mahuk ketemu nieh??/ hoi dtg umah aku hoiii.
rumah ummi reen pun ada kusi tu boboi :)

Xora berkata...

putri, semoga putri tabah ye. insyaAllah, rezeki allah tak pernah putus. berusaha lagi..!

Xora berkata...

tarikh potluck mana hoooiii!!!

Xora berkata...

Dyzhwar kalau dia perasan kita rakam video, dan2 dia jadikaget

Reen Tart Nenas berkata...

hoiiii babah si pipi tembam tu makan durian ke hoiiiii.
anak ko sungguh engineer. sanggup check bwh kusi tu.