Lori Surat Khabar Lama

27 November 2012

Tips Kalau Memborong di Pureen Warehouse Sale

Salam dan hai

Rasanya, rata-rata ibu tau yang Pureen Warehouse sale berjalan sekitar minggu lepas, pada 24 dan 25 November. Ini adalah kali ke 3 saya ke Warehouse sale ni. 

Kali pertama, saya tak sempat berkongsi dalam blog ini, tapi kali kedua, saya  ada kongsikan pengalaman di post ini dan ini

Kami borong baju basahan Dyzhwar memang setahun dua kali sahaja biasanya, semuanya pun di warehouse sales pureen. Kesian Dyzhwar. Tapi pasal barang murah dan cantik, jadi sanggup juga la menunggu.

Memandangkan ini kali ketiga shopping, jadi sedikit sebanyak sudah tahu apa yang boleh dijangkakan daripada sales macam ni. Yang pasti, ibu-ibu dan ayah-ayah memang sangat rakus memilih baju. Kadang-kadang memang naik ngeri juga tengok.

Jadi kali ni, saya nak kongsikan tips serba sedikit apa yang perlu dijangkakan dan apa yang perlu dibuat jika mahu join warehouse sales Pureen ni



1. Letak anak di lokasi selamat

Terpulang sama ada nak bawa anak atau tidak, tapi yang paling penting, anak harus diutamakan. Kalau perlu dibawa, pastikan anak berada di tempat yang selamat dan bukannya bersesak2 mengikut ibuayah merebut baju-baju. Ada banyak ruang yang lenggang yang boleh dijadikan tempat untuk anak berehat di dalam ruang gudang ataupun di kedai-kedai luar. Dalam kes saya, D dan Dyzhwar lepak di dalam kereta dan sehingga nak bayar, baru D keluar bersama Dyzhwar. Saya tak sanggup tengok Dyzhwar dihimpit-himpit. 

2. Jangan bawa stroller.

Sempit sangat-sangat keadaan dalam tu. Bukan pasal ruang shopping tidak luas, tapi kerana barang terlalu banyak dan orang pun sama banyak. Jadi jangan menyempitkan ruang yang sedia ada sempit. Kalau nak bawa anak, pakai baby carrier. tapi kalau boleh, dapatkan la kerjasama pasangan untuk jagakan anak tu sementara bershopping. Kesian anak tu kena himpit.

Disini, ibu mengandung ke, ibu bawa anak kecil ke, semua tidak mendapat empati. Jadi, pandai-pandailah membawa diri.

Saya pernah bawa stroller masa kali pertama shopping, masa tu Dyzhwar masih kecil dan belum boleh didukung sentiasa. Sudahnya, stroller dia cuma terdampar di pintu masuk gudang pasal tak dapat nak masuk. 

3. Shopping smart.

Lokasi baju-baju anak ni biasanya diletakkan di bahagian belakang. Sepanjang jalan menuju ke ruang baju-baju ni, kiri kanan jalan memang dah ada ibubapa yang duduk bersila di lantai untuk sesi pemilihan baju. Kalau kamu ada tenaga dan semangat untuk ke ruang baju-baju ni, berebut, bersiku, berlaga punggung dan dada dalam mendapatkan baju yang kamu nak, silakan ke ruang lokasi tersebut. Tapi jika kamu nak shopping yang lebih tenang, jangan segan untuk dekati pasangan dan individu yang sibuk memilih baju, yang duduk bersila di jalan raya sebab kebanyakkan baju dalam beg Ikea tu, mungkin bukan milik mereka. Mungkin beg tersebut pemilik pembeli sebelum ni yang tidak berminat dengan baju-baju tu. Ada kalanya, baju yang diambil terlalu kecik, bukan jantina yang sesuai, sudah ada rekaan yang sama, atau mungkin sudah terlalu banyak jadi tak mahu terlebih daripada budget.

Tapi ingat, jangan terus seluk ke dalam beg-beg tu, sebaliknya kasi salam dulu dan bertanya jika boleh tengok sekali. Biasanya dalam warehouse sales begini, kebanyakkan ibubapa terus jadi kawan dan akan saling tolong menolong. 

4. Bawa kad kredit

Saya suka shopping pakai wang tunai dan saya memang tiada kad kredit. Tapi dalam hal warehouse sales ini, selalunya saya takkan nak kira berapa ringgit kesemuanya. Jadi untuk mengelakkan daripada tak cukup wang tunai, selalunya saya gunakan kad kredit D dulu membayarnya. Lagipun, dalam orang ramai-ramai ni, kita tak tau mana tau ada pencopek dompet ke atau kelalaian kita terjatuhkan dompet ke. Jadi bersedia awal-awal

5. Jangan bawa beg tangan.

Beg tangan akan jadi element yang menghalang pergerakan kamu dalam berhimpit-himpit dengan orang di dalam tu. Tak termasuk beg tangan tersadung barang-barang display. Paling elok, masukkan telefon bimbit ke dalam kocek dan pakai beg galas atau sling bag yang kecil sekadar memuatkan telefon dan dompet. 

Mula-mula saya ingatkan pouch bag pun OK tapi masa saya shopping tu, ada abang tu cari pouch bag dia terjatuh. Tak tau la dapat ke tak dia jumpa pouch bag dia dalam lautan manusia tu. 

Hari tu, saya tak bawa apa-apa beg. Saya tinggalkan beg galas dengan D. Jadi masa D beratur nak bayar, saya amik peranan bawa pula beg galas tu keluar daripada gudang.

Saya mengambil masa 2 jam di dalam ini. Cuma 15 minit pertama sahaja yang saya berebut kat ruang baju anak-anak, tapi kemudian saya mengalah dan hanya mencari daripada beg-beg Ikea yang ditinggalkan oleh pemilik asal.

Cuma saya perasan, tahun ni pembaharuan yang dibuat oleh pihak Pureen, mereka telah menugaskan beberapa orang staff untuk menjaga kesesakan laluan ke ruang baju kanak-kanak. Malah beberapa staff Pureen ditugaskan untuk membawa beg-beg Ikea yang ditinggalkan di tepi, dibawa masuk semula ke ruang membeli. Jadi pembeli-pembeli di dalam ruang baju tu, dapat memilih baju-baju tu. Yang ini saya amat setuju, Sebelum ni, kalau saya jumpa beg yang tidak dipedulikan, saya akan amik dan letak di ruang jualan baju untuk memudahkan ibu-ibu lain memilih. 

Saya tak sempat amik gambar masa jualan berlangsung pasal kami datang lewat sikit disebabkan hari hujan, tapi masa sampai 930 tu pun, pintu dah dibuka dan orang sudah ramai.

Tidur kepenatan sedangkan tak berhimpit pun dalam warehouse tu

Shopping kali ni, saya lebih terkawal berbanding dua jualan sebelum ni. Tapi tak dapat rezeki banyak untuk baju Dyzhwar. Kebanyakkan baju, semua saiz 16 atau L, sedangkan saya nak XL. Jadi mungkin kena tunggu jualan berikutnya tahun depan InsyaAllah. Ada juga saiz L yang saya beli pasal baju-baju basahan Dyzhwar banyak dah lusuh dan berbulu bajunya. 

Ini masa operasi pengasingan baju lama dan baru. Baju lama nak simpan dalam beg zip, macam yang saya buat dulu (Post)




Lipat dan simpan elok-elok. Tak banyak sangat baju kali ni, tapi cukup la sehingga tunggu jualan berikutnya.

Baju basahan dan baju tidur

Baju jalan dan seluar jalan
Itu aje kot 5 tips yang saya boleh ingat. Kot-kot ada kawan-kawan yang ada tips lain untuk dikongsi, boleh tulis di ruang komen dibawah.






2 ulasan:

Puan T berkata...

jangan berdiri di tengah2 laluan bersama stroller dan bayi.

Tanpa Nama berkata...

bawa kawan/kakak/ sedara. nanti sama2 kumpul pilih sama2, jimat masa.