Salam dan hai
Semalam cuti Deepavali, kami duduk-duduk sahaja di rumah. Esok cuti Awal Muharam pun sama, cuma duduk-duduk rehat-rehat sahaja. Siapkan apa-apa kerja rumah yang boleh dibuat. Kalau tunggu hujung minggu, takut ada jemputan kahwin ke, family gathering ke, kang tak sempat nak buat apa.
Selasa malam rabu, saya sempat lapkan kabinet dapur. Kali terakhir di lap saya rasa masa saya mengandung dulu. Tu pun D yang buatkan. Kiranya Dyzhwar dah setahun 2 bulan, maka hampir setahun juga la saya tak mengelap kabinet dapur. Patut la warna putihnya nampak malap.
Saya tak gunakan bahan pengilap khas pun, sekadar pakai satu bahan yang sekarang saya lupa apa namanya. Beli bahan cecair ni pasal orang kabinet yang cadangkan, berkesan untuk bersihkan kabinet bewarna putih. Tapi sekarang lupa apa nama cecair tu. Tapi nanti kalau ingat, saya edit kemudian.
Gambar tiada pasal masa tu, tak terfikir pulak akan nampak perubahan sebelum dan selepas yang ketara. Haih
Tapi ada gambar lain.
Gambar nasi jagung+ayam bakar+ salad sayur, menu makan tengah hari semalam. Tangan kecik tiada dalam menu.
Petang tu, D tolong pasangkan langsir bilik Dyzhwar. Susah sikit pasal Dyzhwar pakat nak 'tolong' sekali..
.. dengan cubaan menyingkirkan kontraktor asal. Sibuk ke hulu hilir bawa besi tu. Nak ambil, dia protes guling bagai.
dush.. |
Bilik ni nak dijadikan bilik tidur Dyzhwar. Rasanya tahun depan dah kena siapkan, mudah sikit nak pisahkan bilik. Cuma sekarang tengah memikirkan kain kotor nak diletakkan di mana.
Kalau tengok daripada gambar di atas, boleh nampak ampaian baju tu. Saya gunakan untuk letak baju-baju yang dah dibasuh tapi belum kering. Sambil tu, tempat untuk sidaikan pakaian yang sudah dipakai, tapi nak pakai lagi, macam jeans.
Kena fikirkan ruang mana nak letak ampaian baju serba guna tu.
Plan esok tak tau lagi nak buat apa. Mungkin nak buat percubaan letakkan karpet di ruang makan. Kita tengok camna nanti.
1 ulasan:
boboi dah beso :) rambut pun dh panjang :) hensem2 :)
Catat Ulasan