Lori Surat Khabar Lama

26 April 2012

Mesti Bawa

Salam dan hai

Kali pertama bawa Dyzhwar keluar jalan-jalan lepas genap usia dia 2 bulan. Masa tu memang ada sahaja barang yang tertinggal. Lupa bawa pampers lebih, lupa bawa baju lebih, lupa bawa set mandian dia. Nasib la dia menyusu badan, yang tu takkan boleh terlupa bawa la pasal melekat kat badan kan. 

Dalam tempoh 6 bulan sebelum mula kasi D jr makan, keluar jalan-jalan memang tak susah. Saya cuma pastikan saya bawa extra baju, seluar, pampers, tuala, lapik getah dan baby wipes. Cuma kalau keluar petang dan perlu mandikan dia kat rumah mertua, saya bawa sekali tempat mandi dan set mandian dia. Kalau kat rumah ibu saya, tak perlu pasal memang dah ada. Keperluan lain macam bantal, stroller, mainan tu semua ikut keperluan lokasi dan berapa lama kami diluar. Menyusu lagi mudah pasal menyusu badan. Kalau ke Mall, saya pastikan menyusukan Dyzhwar kenyang-kenyang dalam kereta sebelum keluar dan setiap 2 jam, saya akan cari surau atau nursery room untuk susukan dia sebelum dia nangis lapar. Ikea dan Jusco memang tempat yang paling saya suka bawa pasal tempat menyusunya yang selesa. 



Sekarang D jr dah 8 bulan, rutin pun berubah lagi sekali. Menyusu pun dah tak kuat sangat. Kami pun dah semakin terurus dalam menguruskan keperluan Dyzhwar. kalau terlupa beberapa perkara kecil tu normal la, tapi perkara asas macam pampers tu, dah tak lupa dah. 

Hari tu pergi Warehouse Sales Pureen



Seperti mana-mana tempat kami pergi, ni la barang-barang yang kami selalu bawa setiap kali keluar.


1. Cooler bag (Kadang-kadang isikan susu botol, bubur atau snek Dyzhwar cam buah)  Walaupun saya menyusu badan, ada masanya saya kena tinggalkan dia, cam masa Warehouse Sales Pureen, umi kena bertarung rebut baju dengan mommies lain, jadi Dyzhwar duduk dengan babah diam-diam kat luar. Kalau dia lapar, susu ibu dah siap dalam botol. ada epal untuk jadikan snek dan bubur dia dah siap dalam tupperware. Sudu dan bip jangan lupa)

2. Beg Pingu. (Tu nama beg biru tu. Dalam tu ada lapik getah, baju, seluar, pampers dan keperluan asas yang lain. Saya pakai apa yang ada, ni pun orang kasi percuma.)

3. Keperluan lain macam stroller, baby carrier. Ni ikut pada aktiviti kami. Kalau ke mall, memang bawa stroller. Tapi kalau setakat gi majlis perkahwinan, takde la nak bawa stroller.

Dyzhwar menyusu sekali sepanjang 2 jam saya shopping. Babahnya yang kasi pasal saya tengah sibuk rebut baju. Bila dah siap nak bayar, babahnya yang bayar dan saya bawa dyzhwar masuk dalam kereta untuk kasi dia makan.

Kalau saya bawa bekal untuk Dyzhwar, saya akan bawakan sekali warmer  Autumnz ni. Saya pilih Home and car bottle warmer. Boleh pasang kat USB untuk panaskan susu atau makanan dalam kereta. Ni saya tengah panaskan bubur Dyzhwar. Kalau saya ke mall, saya lebih suka tempat makan yang ada microwave, boleh panaskan bubur Dyzhwar. Tak pernah lagi  la nak bawa warmer gedabak macam ni masuk mall. 


Stereng kereta merupakan tempat kegemaran Dyzhwar. 

Like a boss

Pasal tu setiap kali amik dia daripada Opah, bawa balik ke Bangi, setiap kali tu juga dia mengamuk nak gi kat stereng.

Kasi dia makan senang aje pasal dia tak banyak kerenah. Cuma kena kasi dia leka. 

Adjust it like a boss..


Pendek kata, bawa D jr keluar berjalan-jalan tak susah mana. Mungkin pasal saya menyusu badan, jadi tak perlu fikirkan bawa tepung susu formula, air panas, air kosong semua.

Dyzhwar belum ada gigi. mungkin bila dah ada gigi, dah boleh bekalkan dia dengan snek daripada air tangan saya sendiri. Walaupun saya baca kat group pemakanan, kata dah boleh kasi snek walaupun takde gigi lagi pasal gusi dia dah keras, tapi saya rasa takde dulu pun tak apa.

Kongsi: Ni kiub-kiub puri untuk bubur dyzhwar. Saya gunakan bekas ais, macam saya tulis dalam post dulu tu.

Dari kiri: brokoli, kubis cina, kacang hijau


Bagus kiub ais ni pasal boleh bekukan stok daging (kanan sekali tu, yang jernih tu) dalam saiz yang lebih sesuai untuk keluarga kecil macam kami. Lepas ni nak cuba bekukan santan dan cili boh. 

Boleh la nak merasa makan bersama puri, ala-ala cam Master Chef








Tiada ulasan: