Lori Surat Khabar Lama

28 November 2012

Soalan Rawak

Salam dan hai

Biasanya, soalan paling menjengkelkan ibubapa adalah bila ditanya tentang perkembangan anak.


"Dah boleh buat apa dah?"
"Meniarap aje? Eh anak akak masa baya anak ko, dah boleh bertatih dah"
"Lambat ni tumbesaran anak ko"
"Keciknya anak ko, tak macam budak 7 bulan pun"
"Ko tengok anak aku, lebih muda daripada anak ko, tapi dah lebih berat daripada anak ko"

Tapi untuk saya dan D, soalan ni tidak pernah diajukan pada kami. Syukur pasal Dyzhwar semuanya cepat. Berjalan pun lebih cepat daripada saya masa kecik, 9 bulan sudah berjalan. Berat dan tinggi semuanya bagus. Sudah mula nak bercakap. Faham arahan yang mudah. Dah boleh tolong isi baju dalam mesin basuh. dah boleh diharap bawakan makanan ke meja makan. Dah boleh berdikari suap makanan sendiri..

Tapi Allah tu Maha adil. Dia tak bagi kita semua.



Soalan yang saya selalu terima


"Lelaki ke perempuan ni?"
"Lelaki? Muka cam perempuan ye?"
"Comelnya baby gegurl ni"
"Baby perempuan kan ni kak?"
"Along, tengok baby girl tu diam aje"


Diorang yang bertanya soalan sentap tu, tak tengok lagi pose terbaru Dyzhwar. Makan hati mereka.






Macam dialog ibu la, "ha tu la ko, masa pregnant dulu nak sangat anak perempuan"

Bukan salah umi mengandung. Mungkin kena potong rambutnya kasi pendek. 

Haih, baru nak merasa meng'K-pop'kan rambut Dyzhwar.



10 ulasan:

Adein Kushairi berkata...

xpe, jgn risau sgtla. mak saya ckp kalo anak lelaki ikot muka mak dan anak perempuan ikot muke abah, tandenye "sejuk". maksudnye rumah tangga bahagia dan aman. itu yg kte nk kn..? xpyh pk ckp2 negatif org tu. hehe..

p/s: sgt lame tidak meng"komen" di blog neh. rindu bgt..

Puan T berkata...

aku mula2 seringkali meroyan sb najwa sedikit lmbt motor skil dia siap aku kene ayat sedas:

mkck kampung: cucu ko ni ipah (MIL aku), kurang kalsium ni. merangkak pon xreti g nk masuk setahun (ms balik kmpung najwa 11mth). cucu si polan dah tatih2 dah. tukar la susu tin (kan aku nyusu bdn lagi).

lalu najwa bgn tido dan menyeringai: kaluar gigi 7 batang.

mkck kampung: err err err.

MIL: cucu aku ni gigi dah banyak, cucu si polan ko mcm mn???? (the fact cucu sedara mkck itu gg br sebatang.

lain baby lain path dia.even baby sendiri tahun depa nk wat ape dulu. mcm kiter yg adult ni, lagi suke wat ape dulu, mcm tulah baby.

Xora berkata...

Adein, muka Dyzhwar byk ikut babahnya ni.. lain macam ni hahaha

Nuri: ye betul, semorang ada fasa berbeza kan. memandangkan kita mmg tak dapat nak ubah org, kita ubah diri kita dulu, jgn bandingkan anak org kan, mulakan trend ni dan semoga perkara ini beterusan ke generasi akan datang kan?

Cik Atun Banyak Nama berkata...

alahai comel sangat.... sebab tu org kata gegurl kot.

saya pulak terbalik. anak perempuan tapi sebab selalu pakai singlet orang kata dia lelaki. haha.

nak buat macam mana dah senang sgt berpeluh hijau, pakai baju tebal ada lengan kesian pulak tengok macam cacing kepanasan. huhu.

aNis LeMoN aBu berkata...

gambar dyzhwar yang second tu sweet je.

boys pun boleh jadi sweet juga :)

azey a.k.a ammi berkata...

Budak kecik memang muka kiut miut macam gurl...tunggu lah dah beso nanti baru nampak kekacak-kannya :D

dee hamid berkata...

actually kan muka anak awak sama macam anak saya la.serious macam sama je(drpd gambar).real life mungkin berbeza.tp anak saya girl..errr..hehe..

Marzhani berkata...

salam ziarah...anak sy ketiga2nya lelaki tp ramai org ckp mcm perempuan...setuju dengan azey,jadi tunggulah dia besar...

Adein Kushairi berkata...

yeke muke Dyzhwar macam babahnye..? hurmm, bukan Dyzhwar suke tangkap gambor sengih2 mcm umminye ke..? hehe.. L..A..R..I..K..

maisarah embong berkata...

Saya pun sama orang slalu tny anak laki pmpuan? (ank sy pmpuan)...dah terang2 bagi baju kaler pink...mybe sbb rambut tak lebat cam bby girl n muka cam bapaknye je...
sabooooor jelahhh....