Dah lama sebenarnya saya tunggu penghantaran blackboard wall decal ni. Saya beli di Groupon. Memang dah lama mencari.Bila ada sahaja tawaran kat Groupon, terus saje rembat.
Tapi biasa la, barang kat Groupon ni kena sabar sikit nak tunggu penghantarannya. Kebetulan pulak masa tempoh penghantaran, banyak cuti umum, jadi tu yang meleret sikit, tapi masih dalam tempoh 2 minggu penghantaran yang dijanjikan.
Saya tak dapat nak amik gambar blackboard wall decal ni macam mana rupanya kat dalam tu pasal blackboardnya sentiasa tergulung, jadi susah sikit nak amik gambar.Tapi gambarnya macam dalam gambar pertama.
Pasal masa buka barang ni pun dah malam, tapi pasal nak puaskan hati nak cuba dekorasi, jadi saya buatlah signage di pintu masuk bilik permainan Dyzhwar, untuk puaskan hati.
Saya saja potongkan tepi blackboard ni rupa macam ni. Takde la nampak skima sahaja.
Inspirasi daripada gambar ni
Caption tu adalah persediaan untuk keadaan bilik ni di masa akan datang. Masa gambar di atas diambil, baru dikemaskan.
Selalunya, rupa bilik permainan Dyzhwar macam ni
Playmate kat dalam bilik ni pun saya dah ubah susunan. Saya susun ikut warna kumpulan. Sebelum ni saya letak berterabur, rasa cam warna warni sikit tapi bila lepas kemas bilik permainan ni pun, tetap rasa macam serabut. Rasa cam bersepah aje. Rupa-rupanya, susunana playmate yang berterabur tak ikut warna tu yang buatkan bilik ni jadi kecik dan berterabur. Lepas dah susun ikut kumpulan warna, rasanya lebih OK camni.
Saya dah penah beli chalkboard berbentuk wall deco, pun daripada Groupon. Ingat tak gambar dibawah ni?
Sumber |
Sekarang, saya dah jadikan chalkboard tu untuk tulis perkembangan Dyzhwar.
Dah lama kan saya tak bercerita tentang bilik permainan Dyzhwar? Takde apa perubahan sangat sebab status bilik ni dah boleh dikira siap sepenuhnya. Cuma setakat nak deco-deco sikit nak kasi hati umi Dyzhwar puas hati aje.
Tapi daripada segi susunan barang, dah banyak berubah. Bilik permainan ni, susunan barang memang kerap berubah. Kadang-kadang Dyzhwar yang alihkan, dan kadang-kadang saya yang ubah pasal dah bosan dengan keadaan asal.
Ingat tak kolam kereta yang saya jadikan tempat simpan bola-bola Dyzhwar?
Sumber |
Dah tiada pelampung kereta tu pasal Dyzhwar gigit pelampung ni sampai bocor. So memang tak dapat nak diselamatkan, dah simpan dalam stor. Tak sampai hati nak buang lagi huhu.
Maka bola-bola Dyzhwar saya simpan dalam beg plastik ni yang asalnya adalah tempat simpan comforter. Pasal comforter saya dah simpan semua dalam beg zip, jadi ada banyak beg comforter kosong.
Sebenarnya, saya nak beli rak kabinet dibawah ni, untuk simpan barang-barang permainan Dyzhwar. Tak silap ni koleksi Expidit Ikea juga.
Tapi saya nak tunggu dulu, nak tengok perkembangan permainan Dyzhwar macam mana; sama ada rak ni sesuai atau mungkin ada pilihan lain yang lebih sesuai pada waktu akan datang. Nak cari yang boleh pakai lama dan disesuaikan ikut perkembangan Dyzhwar.
Sehingga masa itu tiba, saya biarkan dulu mainan ni semua di atas lantai. Termasuk koleksi kereta Dyzhwar dan permainan kayu dia ni.
Ni koleksi kereta lego daripada Shell.
Bersepai kereta tu Dyzhwar buat |
Saya ada letakkan bantal ni yang asalnya bantal untuk letak kat leher. Saya letak kat kerusi Dyzhwar ni untuk memudahkan dia bersandar
Sebut pasal kerusi, suka tengok deko kat bawah ni. Kerusi mammut Ikea dijadikan macam cendawan. Cantik la pulak!
Perkembangan terbaru bilik permainan ni, Dyzhwar dah ada reading nook atau sudut membaca Dyzhwar. Buku-bukunya saya letak dalam bekas kotak biru tu aje. Tapi selalunya ruang ni Dyzhwar jadikan ruang menonton cerita Upin Ipin daripada handset.
..Walaupun berkenan juga tengok rak mudah alih kat bawah ni. Ni DIY ni, dia cuma tambah roda sahaja. Berkenan, tapi bila fikirkan potensi Dyzhwar menari kat atas rak tu gaya Gangnam Style, saya tangguhkan dulu.
Itu sahaja perkembangan terbaru bilik permainan Dyzhwar. Nanti saya cuba lengkapkan post dahulu tu yang dah lama saya janjikan.
5 ulasan:
saya pun ada beli decal ni jugak! tapi tak sampai sampai lagi... kecewa!
Diorang tak buat penghantaran pakai pos laju, pakai pos biasa aje. tu yg buat tambah lambat. Insyaallah dalam minggu ni mungkin sampai. Nanti kongsi la projek decal kat blog atun ya?
huuu.. minta-minta dapat dalam minggu ni...
projek tu dah ade dalam kepala la.. tapi entah jadi entah tidak. haha.
jeles tengok Xora punya projek semua menjadi.
pastu nak tanya... decal ni nak kena gosokkan dgn kapur dulu ke baru boleh tulis? sbb selalu kalau baca blog yg oversea kalau decal kena 'prep' kan permukaan dulu baru boleh tulis dengan senang.
oh tak tau plak pasal kena 'prep'. saya main taram aje tulis dgn kapur terus. tapi saya potong dulu *buat garisan border pakai kapur, tapi lepas tu bersihkan dgn tisu garisan tu* then lekatkan kat permukaan yg kita nak *nak lekatkan ni yg susah pasal kertas tu asyik bergulung. patutnya kena tebarkan dulu kasi regangan gulungan kurang tapi pasal saya tak sabar, nak gak pakai malam tadi, so susah sikit nk ratakan*
ok stress baca blog ko. so kena away utk beberapa hari la :p
tapi sila terus menulis :)
Catat Ulasan