Salam dan hai
Akhirnya, kami kembali juga ke Nilai 3 setelah hampir setahun tak ke sana. Baru tahu kedai Thank Q yang kedai kahwin tu, terbakar jadi tak beroperasi --eh takde kena mengena langsung?
Tujuan ke Nilai 3:-
1. Cari karpet untuk ruang tamu - Ye selama ni tetamu datang kaki kejung sejuk pijak lantai.
2. Cari langsir untuk bilik solat kat tingkat bawah- nak panggil bilik maid, mana mampu nak hire maid yang RM700 satu pekerjaan tu..
3. Cari lampu dan kipas (jika perlu) untuk perkara-perkara dibawah:-
a. Ruang makan
b. Bilik mainan Dyzhwar
c. Bilik tidur adik Dyzhwar akan datang --eh? - la la la
d. Bilik solat kat tingkat bawah
e. Tandas kongsi antara bilik mainan dan bilik tidur adik Dyzhwar --double eh?
Sebenarnya, bilik atas tu ada dua lagi bilik kosong. Memang sepatutnya salah satu dijadikan bilik tidur Dyzhwar, tapi Dyzhwar masih kecil dan menyusu badan, jadi bilik tu dijadikan bilik mainan dia walaupun dia tak berapa suka main kat situ pasal takde wayar-wayar berselirat mahupun kerusi yang dia boleh merangkak kat bawahnya. Tak thrill lagaknya.
Bilik untuk bakal-adik-dyzhwar-yang-saya-belum-mengandung-lagi-ni, dijadikan bilik stor ketiga. Ye, rumah kami memang banyak bilik dijadikan bilik stor. Pasal saya takut kalau bilik tu dibiarkan kosong, jadi saya letak apa-apa barang dalam bilik, atleast konon macam ada terisi sikit la bilik tu.
Kami pergi masa matahari betul-betul tegak kat kepala dan akibatnya, pipi Dyzhwar merah sentiasa menahan kepanasan. Tapi dia tak meragam, cuma dia agak teruja tengok karpet. Kesian, begitu la rupanya orang yang tak pernah jumpa karpet mahal.
Takde gambar dia atas karpet-lupa nak ambil.Tapi orang karpet ni memang amatlah pandai memanipulasi harga. Harga yang di tayangkan RM2000+, konon kasi diskaun kat kami dalam RM700+. Then ntah camne la staff dia, mungkin teruja nak jual karpet tu + nak buktikan kesungguhan dia tak menipu harga, gi tunjuk senarai harga untuk karpet-karpet dia, limit harga dia boleh kasi diskaun. Tapi malangnya dia secara tak sengaja, tertunjuk harga semua carpet kat situ. Tup-tup, suami nak amik carpet lain daripada yang dia tunjukkan, tapi dia kasi diskaun takat RM500 aje, suami kata, tadi harga kat kertas tu lain.Then jurujual tu dah terkedu, so nak taknak redha dengan harga yang dia terpaksa kasi dalam rela. Lain kali jangan tunjuk harga kat pelanggan.
Kami pergi cari langsir di Nafisa, kami memang tiada idea nak warna apa pasal bilik tu memang kosong takde apa perabot pun. Jadi apa-apa pun masuk. Mula-mula saya nak ambil warna silver, tapi akhirnya kami (kami, pasal Dz yang cadangkan dan saya pasrah pasal bukan duit saya hahah) amik warna hijau. Boleh la, pasal nak amik paling murah RM8 semeter. Ye aku memang berkira. Kalau ada RM6 semeter, aku beli yg itu.
Kami beli dan minta jahitkan sekali. beli sekali ring dan kayunya bagai.
Ni gambar sementara tunggu orang tu kasi harga diskaun lagi. Aku orang melayu, memang suka menawar.
Selesai beli langsir dan carpet, kami terus ke Puchong, Houses Lighting. Dulu masa mula-mula masuk rumah, pun beli lampu-lampu kat sini. Tak tau la harga kat sini paling murah ke atau masih ada kedai lain boleh lawan harga kat sini, cuma nak mudah kerja, kami pergi terus ke sini.
D tengah pening kepala pilih lampu downlight idaman dia. Saya ok aje. Saya cuma pilihkan lampu untuk letak kat meja makan. Pasal 3 bilik lagi tu, D memang nak pasang lampu downlight, jadi saya biarkan aje dia pilih. Lampu bilik air pun kami pilih lampu yang sama macam sebelum ini. Kami nak beli lampu untuk letak kat ruang TV tu, tapi tak jumpa yang berkenan, jadi kami tak beli dulu. Lagipun, lampu kat tangga tu dah cukup untuk terangi ruang TV skali. Kipas D beli 4 bilah terus untuk letak kat semua bilik.
Harga semuanya tak tahu berapa pasal masa ni saya dah penat sangat dan cuma duduk dalam kereta dengan Dyzhwar. Dia pun dah mula meragam pasal dia poo poo.
Yang sadisnya, kereta Gen2 suami dah macam ikan sardin dipak tahap tertinggi. Dengan kayu langsir melintang kat tengah, stroller Dyzhwar yang ntah kenapa dia tiba-tiba buat perangai takmo duduk kat stroller nak dipegang sahaja, kotak-kotak yang berkotak-kotak yang perlu disumbat ke dalam kereta. -- memang resepi lengkap Sardin-Gen2-Padat.
Nak amik gambar pun tak dapat pasal tangan tak boleh nak gerak amik handphone dalam poket seluar. Bayangkan betapa padatnya kereta masa tu.
Akhirnya selamat sampai ke rumah malam. Penat dan lesu bersatu. Buat masa sekarang, tak boleh buat apa-apa lagi. Kami biarkan sahaja barang-barang kat ruang tamu. D kata minggu depan dia dah setkan kontraktor repair tandas hari tu dan kontraktor pasang lampu, kipas dan buat wiring, datang hari yang sama.
Alhamdulillah Ok la, mencapai target kami nak siapkan rumah 70% lagi sebelum raya tahun ini. Bab-bab lampu dan kipas ni memang saya serahkan pada suami, pasal tak tahu sangat tentang ini.
Cuma sekarang tengah cuba melobi suami gi Ikea, nak beli alas untuk meja makan. Hari tu dah beli yang macam kat bawah ini, tapi pasal hargnya mahal (RM8.90 untuk kami dikira mahal), kami beli 2 aje, untuk sorang satu. Asal boleh.. haha. Kena beli lagi 6 keping untuk cukupkan 8 keping.
4 ulasan:
Hi xora, Dyzhwar adalah sangat gebu dan montel sekarang..(sorry xde kaitan pasal rumah)
hehe.. dia embam embam embam
boleh saya tahu, kipas belah 4 tu berapa reganya? boleh bagi spesifik tempat pergi beli kipas tu? hehe
suami saya yg bayar, saya mmg tak tau langsung harganya. tapi kalau nak gi, gi kedai houses lighting puchong. cuba google map utk lokasi. saya tak reti nak kasi direction T.T
Catat Ulasan