Lori Surat Khabar Lama

23 April 2012

Hasil Pemasangan Lampu dan Kipas

Salam dan hai

Post hari tu, saya ada tulis yang 3 kontraktor akan datang serentak untuk tugas masing-masing, tapi last-last cuma 2 kontraktor aje. kontraktor rumah tak datang untuk sudahkan kerja bilik air master bedroom. Tak tau mengapa, tapi bagus juga pasal takde la D kalut sangat nak jaga semorang.

Saya tak tahu apa yang terjadi sepanjang kedua-dua kontraktor bekerja pasal saya kerja. tapi D ada MMS hasil-hasil kerja diorang.


Lampu bilik bawah yang akan dijadikan bilik solat. Dah macam UFO lampu tu. Boleh nampak kat bawah ni, kayu langsir belum dipasang. Weekend ni kot baru D sempat nak buat.


Ni lampu downlight yang D tak puas hati pada mulanya. Pasal kedudukannya dekat sangat. Dua-dua bilik atas macam ni


Tapi lepas pasang lampu, saya rasa ok aje. Kami terus buat wiring untuk pasang aircond kemudian. Pasal kemampuan belum ada lagi, kami buat aje dulu wiring siap-siap, dah alang-alang nak berhabuk satu rumah, kan.


Ni lampu untuk ruang tamu dan ruang makan. Lampu kat ruang tamu yang belah kiri tu, hari tu terpatah masa tengah lap-lap kacanya. Nasib orang kedai tu ada jual bahagian lampu dan besi tu sahaja, jadi kami beli itu aje. Tak perlu nak beli 1 set lengkap. Walaupun ada cita-cita nak buat downlight kat ruang tamu ni, tapi pasal kekangan kos, kami lupakan niat tu dalam tempoh 5 tahun kot. hehe.



Ni masa kontraktor sedang bekerja. Gambar atas tu masa dah siap.



D ada rezeki sikit, jadi dia pasangkan Autogate untuk kemudahan isteri tersayang yang selalu balik rumah mencuka pasal D jr buat perangai dalam kereta. 



Habuk daripada kerja kontraktor ni, sampai 3 hari pun masih belum turun habis. Hari pertama, dah habis mop dan lap. Tapi dah 3 hari pun, masih ada baki habuk, walau tak banyak. 

Memandangkan habuk dah terkawal, jadi kitorang nak bentangkan carpet ruang tamu. Dah setahun duduk sini, kami memang tak beli carpet pasal kekangan kewangan. Ni baru dapat beli lepas ada rezeki lebih sikit. D pilih carpet ni, saya ok aje.

Memandangkan D yang pilih, jadi kita kasi dia yang vacuum hehe


Dyzhwar pun nak tolong kitorang



Ni la rupa ruang tamu kami yang simple. Nak lari daripada warna tanah, macam dalam post awal-awal saya dulu, tapi akhirnya amik juga warna coklat. Tapi tu tidak mematahkan semangat saya. Apabila masa berlalu, saya akan tukar warna sarung sofa ini--tunggu la!! Oh ya, langsir pun kena ganti pasal kurang cantik. hehe. Beli pasal masa tu nak taknak, kena ada langsir untuk tutup tingkap. Mungkin kena usahakan sebelum Raya ni.


Buat masa ini, kami Ok dengan ruang tamu ni, cuma keserasian daripada segi warna perlu ditingkatkan. Hehe. Tapi memang ada hajat nak beli kerusi macam ottoman untuk diletakkan kat sudut dinding tu. Hajat kena selari dengan kewangan. Takpe, biar lambat, asal jangan berhutang.

Post akan datang nak kongsi tentang bilik permainan Dyzhwar. Walaupun tiada perubahan yang ketara sangat berbanding sebelumnya, tapi demi kenangan, nak gak tulis kat sini nanti. Hehe.






7 ulasan:

Adein Kushairi berkata...

ala, tak nampak muka dyzhwar.. ape kate puan xora buat post terbaru utk D jr sahaja kt belog diaterimanikahnya..? huhu..

Reen Tart Nenas berkata...

azreem pun sibuk dgn kerusi ottoman tu. hari2 ajak g beli. stress makk. hehehe kalau blog rumah, memang seronok cerita pasal rumah sahaja.

Adein Kushairi berkata...

ble reen nk update blog ronaronirumahkami..? huhu..=)

ina berkata...

nk tanye kat mane ek beli sofa tu...bape RM

Xora berkata...

dah tak igt la brapa RM pasal dapat diskaun, beli katil, almari semua kat kedai yg sama. saya beli di deretan kedai perabot kat bangi, yg sebelum Village view*kedai makan

azim allaudin berkata...

setuju sgt ngan kak xora. saya n husband pon even blom ad rumah sendiri lagi always remind ourselves biar lambat rumah complete asal x berhutang keliling pinggang :)

azim allaudin berkata...

setuju ngan kak xora. biar lambat asal x berhutang :)