Lori Surat Khabar Lama

19 April 2012

3 Kontraktor



Salam dan hai

Hari ni bermula la episod kontraktor bekerja di rumah kami.

Semalam ada temujanji untuk Dyzhwar kat Klinik Kesihatan Bangi. Punya la awal saya datang, sampai klinik pun belum buka. Masa ambil nombor giliran, dapat yang pertama. Tak sampai 20 minit,semua urusan dah selesai. Lain kali boleh la gi seawal 730 pagi.








Lepas hantar Dyzhwar duduk rumah Opah, saya balik semula ke rumah pasal kena kemaskan semua bilik yang terlibat untuk aktiviti hari ni. Penat sangat.Bilik Dyzhwar takde banyak sangat nak dialihkan pasal biliknya memang kosong. CUma bilik atas kedua yang saya suka letak semua benda dalam tu, memang penat nak kemas. Bilik bawah tu pun kami jadikan stor kedua. tu pun kena kemaskan juga.

Sorry, tak banyak gambar dapat amik pasal mengejar waktu. Ni aje sekeping gambar sebelum bilik atas dibersih. Bilik ni memang saya jadikan bilik dobi kot, sementara anak sorang lagi.




Kotak kuning kutip kat pejabat kat tempat recycle. Masukkan barang-barang dalam tu, kemudian tulis perkaranya kat atas kotak, kat setiap penjuru. Nanti kalau susun dalam stor, boleh dapat tahu apa isinya, tanpa perlu nak buka tutupnya.

Akhirnya, saya dapat buktikan pada D, yang stor sebenar-sebenarnya yg kat bawah tangga tu, pasti muat nak masukkan semua barang dalam tu. Yeay!

Hari ni, aktiviti agak padat untuk D. 3 kontraktor berbeza akan datang, satu utk pasang autogate, satu lagi buat wiring dan pasangkan lampu-kipas, satu lagi untuk baiki bilik air master bedroom hari tu. Harap D boleh kawal situasi.

D tak kasi saya balik Bangi hari ni, pasal takut berhabuk banyak, tak sesuai untuk Dyzhwar. Jadi malam ni saya tidur kat Serdang. Hari ni, D yang akan kemas, esok baru saya akan balik Bangi untuk sambungkan kemas rumah.

Kalau boleh nak siapkan mengemas cepat-cepat pasal Sabtu nak pergi warehouse sales Pureen, nak beli stok baju Dyzhwar banyak-banyak.

1 ulasan:

Kak Teeha berkata...

dah kembali menulis..

last time banyak kali saya cari balk blog ni, xjumpa. ingatkan xora dah delete..

hari ini tergerak hati nak check lagi.. tgk2, eh, dah tulis lagi..