Lori Surat Khabar Lama

24 April 2012

Perkembangan Bilik Permainan Dyzhwar

Salam dan hai


Sehari selepas kerja kontraktor dah siap, perkara pertama yang saya kemaskan adalah bilik permainan Dyzhwar. Saya lebih teruja nak kemas situ berbanding bahagian-bahagian rumah yang lain.


Dyzhwar memang suka main permainan. Mana-mana budak pun memang suka. 





Reaksi: Macam jumpa lombong emas. Ni bakul permainan kat rumah Opah




Saya memang teringin nak sediakan bilik permainan untuk Dyzhwar, sementara dia masih sorang lagi. Walaupun bilik ni nanti akan jadi bilik tidur dia, tapi sementara waktu dia masih tidur bersama dengan kitorang, jadi bilik ni kami jadikan bilik permainan dia. Takde la terbiar kosong. Pasal saya takut bilik kosong, nanti mula la fikir macam-macam yang akan muncul dihujung sudut bilik.

Kali terakhir, bilik permainan D jr macam dalam post hari tu.


Macam bilik-bilik yang lain, kami cuma pasang lampu downlight, kipas dan wiring untuk aircond. Lain-lain benda memang kami tak buat.

Memandangkan D tak setuju saya nak cat, jadi saya nak juga masukkan element warna warni dalam bilik ni, pasal tu saya gunakan playmat. Hajatnya nak playmat yang besar sikit macam ni


Tapi tak berkesempatan nak terjumpa. Saiz kecik-kecik camni sahaja ada. Jadi saya beli lagi 2 set.Ni rupa mat tu sebelum dibuka. Saya beli di Cosway, RM15.90 satu set yang ada 36 keping mat. Saya pilih mat pasal senang nak dibersihkan dan paling penting boleh dikitar semula. Mana la tahu, nanti dah takde guna lagi, boleh la terus gi hantar kat Pusat Kitar Semula. Cuma kat label dah tulis, tak sesuai untuk budak bawah 3 tahun, maybe pasal baby cam dyzhwar suka masukkan semua benda dalam mulut dan ada bahagian-bahagian kecil yang mudah tanggal, so memang bahaya sikit, Memang kena perhatikan setiap kali dia main.


Umi Dyzhwar teruja nak pasangkan playmat ni


Siap!!


Lepas dah susun, ada baki mat, jadikan bongkah camni. Tapi lepas tu, baru perasan Dyzhwar takde kotak/bakul nak letak mainan dia yang kecil-kecil, jadi transformkan mat ni jadi kotak.

Nampak macam besar saja, tapi bila dah letak kat sudutnya, kecil aje. Luasnya lebih kurang 6 kaki 6, untuk 4 set playmat. Meja tu rembat daripada bilik kami,pakai untuk sementara waktu sebelum dapat beli meja mainan dyzhwar yang sesuai.Sekadar nak letak buku kecil dia dengan bakul mainan kecil.

Ni Dyzhwar, bagaikan YB melawat kawasan sepagi-paginya sebelum pilihanraya. Bila dah letak Dyzhwar, baru rasa, playmat ni ok la luasnya. Cukup untuk tampung dia.

Dyzhwar masih kecil, takleh nak ekpresi sama ada dia suka atau tak. Tapi dia masih tak boleh lama dalam bilik ni, dia cepat bosan. Kena beli banyak lagi mainan kot. 


Semoga lepas ni, Dyzhwar takde la asyik main bekas Tupperware saya dah.

Jauh lagi perjalanan nak hias bilik ni. Kena beli rak untuk letak buku dia, nak beli lagi play mat, nak beli langsir, nak beli kerusi-kerusi kecil. Semuanya kena berperingkat, tak mampu sekaligus. Yang penting, asal Dyzhwar ada ruang untuk bermain.

Sekarang tengah tunggu pos wall sticker ni. Walaupun tak tahu nak letak kat bahagian mana bilik Dyzhwar, harap idea datang kemudian.



Tapi impian terunggul saya adalah untuk pasang ini dalam bilik Dyzhwar. 


Pasal saya suka rock climbing.

Masa muda-muda dulu, di Camp 5, OU


...Dan proposal tu sudah ditolak mentah-mentah oleh D atas faktor keselamatan. FINE.

Nak cari langsir kat bawah ni, ada kat Ikea. tapi tak tahu la sesuai ke tak dengan tingkap bilik tu.

Untuk sementara waktu, cuci mata dengan gambar-gambar dari Internet ni









Post seterusnya nanti, nak berkongsi tentang cara saya simpan baju-baju lama Dyzhwar yang dah tak muat.







11 ulasan:

Nor Hashim berkata...

ade satu gambar rak warna-warni yang ade papan hitam tu aku nmpk org jual tp pre-order kat fb, cantik sgt n warna die lagi meriah..teringin nak beli tp kne tgg rumah sndri siap dulu :)

Xora berkata...

Hooo.. ko follow blog aku ke?!! malu la camni.. huhu.. serius ada kat fb? ko PM kan aku link nye boleh? thanks in advance :D

Reen Tart Nenas berkata...

kaki boboi comel. moh la kite ke ikea. tempat perabih duit. hehehe

Adein Kushairi berkata...

saye suke ble tgk dyzhwar senyum.. comei gitu.. macam sape eak..? huhu..=)

Xora berkata...

aku mmg kena gi ni, tapi tunggu gaji la plak..

Xora berkata...

muka ikut sapa erk?:)

Nor Hashim berkata...

ha'ah aku follow hahahahaha!
dua2 blog mak follow u :p
nati aku cari balik..

chasingwhiterabbit berkata...

eva foam mat tu beli kat mane ye

chasingwhiterabbit berkata...

nak tanye ... beli dimana ye eva foam tu ...

chasingwhiterabbit berkata...

saya nak tanya , dimana ye awak beli eva foam tu , saya tgh cari jugak , bleh email kan kat saya pexec@goldenpalmtree.com -zaza-

Xora berkata...

mungkin tidak perasan kot, saya ada tulis kat atas tadi, yg saya beli foam tu kat Cosway. Rasanya bulan ni mungkin ada offer lagi. cuba terjah ke Cosway berhampiran. benda ni cepat habis psal sgt laku.