Banyak rentetan perjalanan menyudahkan bilik permainan Dyzhwar.
Daripada tiada apa
Sehingga la ada meja dan play mat diluaskan
Bakul nak letak barang permainan pun kena gunakan playmat. Hehe
Hujung minggu hari tu, ada masa singgah ke Ikea, semuanya demi bilik permainan si kecik ni. Walaupun saya tak rasa dia faham apa yang berlaku, tapi saya nak dia ada disiplin, cuma main permainan di dalam bilik permainan dia dan jangan bawa keluar permainan daripada bilik tu.
Ni hasil barang-barang untuk bilik dia
Memandangkan D dah sudi bawa kami Ikea, jadi saya pun mengambil peranan untuk pasang semua perabot yang dibeli.
Perkara pertama yang saya pasang, kotak nak letak barang permainan Dyzhwar.
Serius, memang saya susah nak ikut arahan. Mesti nak buat ikut suka saya. Hehe. dan saya bukti berjaya siapkan kotak ni tanpa tengok betul-betul arahan yang diberi.
Tada.. dah siap
Saya tak setuju pada mulanya, nak amik ni untuk dijadikan kotak mainan D jr pasal saya rasa harganya terlalu mahal bagi saya, dalam RM65. D yang berkenan sangat. Memang tak plan nak amik ni dari awal, tapi D terjumpa kotak displaynya bersebelahan dengan set meja yang kami nak amik untuk D jr kat gudang. Terus D berkenan.
Saya nak ini, lebih murah dan ada roda.
Memang daripada segi rupa, yang kotak macam harta karun tu lebih cantik, tapi pasal saya kedekut dan tak rasa perlu nak bazir banyak-banyak beli tempat letak permainan D jr, saya pilih kotak plastik ni.
Sehingga la D menggunakan ayat keramat beliau "Ala, anak sorang aje".
OK, fine kita beli ni.
Tapi lepas balik rumah dah pasang semua, baru terbuka pintu hati, kata kotak harta karun tu memang lebih ok daripada kotak plastik ni pasal lebih ringan dan takde bahagian tajam yang mebahaya berbanding plastik.
*Tapi warna tak secantik kotak plastik- -- nak menang juge..
Selesai kotak 'harta karun' dyzhwar, barang-barang bersepah dia dah boleh humban terus ke dalam kotak tu
Siap kemas!! hehe. takde langsung susun atur dalam kotak ni, tapi sekurang-kurangnya, bersepah kat dalam kotak sahaja.
Kejap sahaja tersusun. Dyzhwar masuk bilik tu habis dia selongkar.
Permainan baru D jr.. Boys will be boys..
Selesai kotak harta karunnya, saya siapkan kerusi dan meja Dyzhwar sekali. Kerusi ni Dyzhwar yang pilih sendiri. Masa dia duduk kat display item, bukan main seronok dia. Jadi kami pilih ni.
Walaupun umminya seperti biasa, kedekut dan nak pilih yang paling murah, macam ni, RM 15 je, banding kerusi biru tu RM45
Tapi babah nak yang biru pasal ada tempat sandar, takde la anak bujang dia terjatuh ke belakang. OK fine. Susah betul nak pasang kerusi ni... Rasa cam nak campak aje..Kalau kerusi ni Transformers, jerit aje "Autobot... transformmm!!"
Akhirnya selepas berhempas pulas dan sedikit bantuan daripada suami terchinta kerana saya sudah fedup pasang tak boleh-boleh masuk kaki kerusi.. siap akhirnya kerusinya..
Sekarang bilik permainan Dyzhwar dah lengkap *sekurang-kurangnya semua yang asas dah ada*, tinggal nak pasang langsir sahaja. Umi pilih langsir ni, pun kat Ikea, dapat sepasang pada harga RM69
Umi suka ni pasal coraknya ceria tapi tak terlalu semak. Yang penting, kat tengah-tengah tu kosong putih. Corak cuma bahagian atas dan bawah sahaja. Lagi best, tak payah nak buat lobang ke apa, cuma ikat sahaja. Lebih santai dan sesuai untuk bilik permainan Dyzhwar. Yang ni mungkin hujung minggu nanti baru pasang, tunggu babah ada masa nak drill.
Ni la hasil penuh bilik permainan Dyzhwar.
Meja tu ikutkan saya nak beli yang macam meja sisi putih saya yang saya letakkan kat bilik permainan ni dulu. Murah sikit, tapi bucunya tajam, jadi kurang faktor keselamatan. Akhrinya kami pilih
meja ni, nak padankan dengan tema kerusi.
Rasa macam nak beli bangku kecil tu lagi 2, amik warna putih dan hijau. Baru warna warni sikit bilik ni. Mungkin lain kali la kot.
Walaupun pada awalnya berniat nak beli rak-rak untuk simpan permainan Dyzhwar, tapi fikir balik, saya tak tahu apa minat dia akan datang. Kalau dia suka main lego, berbaloi la gak beli rak-rak macam ni.
Nak tengok minat dia macam mana, baru boleh buat belian seterusnya.
Apa yang dah dibeli sekarang, harap boleh tahan lebih 2 tahun atau lebih lama. Sayang kot, kalau tak lenjan pakai.
Umi lebih happy daripada Dyzhwar bila bilik permainan dia dah siap. Lepas ni, boleh fokus kat bahagian rumah yang lain.
2 ulasan:
ummi, nak tumpang main kat bilik boboi bleh? hehehe aku mmg suka playmat itu dari azali lagik. cepat2 la anak aku keluar supaya aku bleh adjust bilik jadi gini juge. hehehe
epic!!.. oh aku berkenan kot kerusi sofa kecik yg ko tunjuk kat aku, yg Macy tu.. keji ko, habis la duit aku camni.
Catat Ulasan