Saya dan D tak banyak persamaan dalam hal hiasan rumah, tapi kami setuju yang ruang tamu kami dibuat dengan tema : Asal ada dan disebabkan itu, banyak kesilapan kami buat.
Takpe, proses pembelajaran kan?
Sebelum masuk rumah, D rancang taknak ada apa-apa kat ruang tamu sehingga jumpa yang dia berkenan. Malangnya, masa beli katil bilik tidur utama, saya ternampak set sofa dan terus merengek-rengek nak beli. D tak setuju tapi biasa la, baru kawin, mesti la semua dia akan cakap "Ikut sayang la". Cuba test sekarang, pergi Ikea amik aje perabot, mesti dia kata "Ni untuk apa? Praktikal ke?Tak semak ke?"
Ye, manusia berubah dan kita harus pasrah haha
Memandangkan nak tukar sofa adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku, maka kami rancang nak tukar langsir kuning cair tu dahulu. Kami berkira-kira sama ada nak tukar langsir atau sarung bantal, tapi memandangkan langsir tu lagi buruk, maka kami fokus pada langsir dahulu. Langsir ni pun dibeli dengan tema, Asal Ada. Sebab langsir ni sahaja yang ada corak damask dan masa tu saya tengah kemaruk corak damask pasal ternampak rumah jiran pakai wallpaper damask. Boleh? Mungkin pembawakan budak masa tu. Kami beli kain langsir ni di Kamdar, dalam RM8/meter. memang murah.
D memang tak berkenan pasal plain dan nampak kepam, tapi seperti yang saya dah tulis tadi, masa tu awal kahwin dan saya tengah mengandung, kalau saya nak pakai Kain guni buat langsir pun, D setuju aje.
Hujung minggu hari tu sempat singgah ke Macy pasal ada sales. Kalau takde sales, memang tak nak pergi. Sudah nampak yang berkenan, tapi kami nak dapatkan sebut harga dulu. Ada rezeki duit bonus sikit, harap mencukupi nak tangung harga kos langsir tu nanti.
Tapi saya tak ada amik gambar sepanjang tempoh kami survey barang kat sana pasal Dyzhwar mengamuk kat Macy Minlon tu. Nasib orang tak ramai pasal hari hujan, so boleh kata, lantai Macy bersih juga la Dyzhwar guling-guling kat lantai mengamuk.
Dalam nak tangani amukan Dyzhwar, sempat juga la saya rembat bantal ni, saya amik dua biji. Berkenan pasal warnanya yang kena dengan tema ruang makan kami. Rumah zaman sekarang kan ruang tamu dan ruang makan tidak dipisahkan, jadi kalau boleh kami nak cuba terapkan warna yang serasi antara kedua-dua ruang ni.
Hujung minggu ni ada jemputan kahwin. Harap lepas tu sempat nak ke Macy lagi sekali. Mula-mula ingat nak simpan bantal dan langsir sampai raya tahun depan, tapi tu cam gaya makcik-makcik la plak, bak kata Reen heheh. Maka, bantal ni dah selamat saya letak kat sofa tu, buat tatapan mata ni.
Nak ke Ikea, tapi kena tunggu Januari pasal kalau shopping kat Ikea pada bulan hari jadi kita, nanti dapat 3 kali ganjaran untuk pemegang kad Ikea Family. Jadi sabar la dulu nak ke sana. Sementara waktu tu, senaraikan dulu wish list Ikea, nanti senang nak cari.
Macam vase ni, boleh letak kat meja makan.
Tapi kena tengok la kebenaran pemegang mohor besar a.k.a D
3 ulasan:
sungguh glamer aku. hehehe tak sabar tunggu ko beli langsir baru :) harus ceria terus rumahhh yuh.
macy tu mahal x barang2 dia?xpenah pergi walaupun dekat dengan umah..huhu
Reen, henkau tunggu aku pasar langsir baru. haku buat makan2 terus hokeeey
Menn: bagi saya, barang2 kat Macy agak mahal untuk ekonomi isi rumah saya. Tapi yg discounted items, memang murah. Kalau nak cari sarung bantal ke, table runner ke, boleh cari kat sini, serendah RM5.
Catat Ulasan