Lori Surat Khabar Lama

26 Disember 2012

Bean Bag Junior

Salam dan hai


Walaupun saya demam daripada hari Isnin, tapi mungkin semangat nak pergi Macy agak kuat, petang semalam  saya gagahkan diri ke sana juga lepas demam dah kebah. Minggu lepas dah melawat ke sana masa cari langsir, jadi kali ni pergi untuk memuktamadkan pilihan langsir kami.

Tapi seperti biasa, Dyzhwar buat perangai kat Macy. Tiap kali ke sana, mesti dia buat perangai. Saya syak, disebabkan Macy ni banyak perabot, dia ingat ni macam rumah. Jadi dia selamba sahaja henyak sofa, main panjat-panjat, jadi kena monitor pergerakan dia sentiasa, sementara D pergi uruskan dengan staff Macy.


Walaupun kami ada ukuran yang kami ambil, tapi atas nasihat staff Macy, kami gunakan juga khidmat ukur mereka. Staff tu juga syorkan, buat ukuran untuk semua tingkap di dalam rumah, untuk rekod dan memudahkan kalau nak buat langsir di masa akan datang pasal perkhidmatan mengukur percuma ni cuma untuk kali pertama. 


Sebenarnya, tiga perenggan di atas tu tak menggambarkan tajuk post ni pun. Tu mukadimah yang tak berkaitan.

Ceritanya, lepas D dah selesai urusan langsir, saya ajak dia naik ke tingkat 1, saja jalan-jalan. Memang la cantik barang-barangnya, cuma mahal sikit untuk tahap ekonomi isi rumah kami. Dah habis pusing *tak habis pusing pun, kami terus nak turun pasal Dyzhwar dah mula panjat katil yang dipamerkan* masa nak turun eskalator, D perasan ada bean bag junior diletakkan kat tepi tu. 


D tau, saya dah lama nak cari bean beg, tapi yang dijual kat pasaran dan online, semuanya bagi saya agak mahal. Nak jahit sendiri, tak reti. Tapi yang bean beg dijual ni murah, dalam RM59 untuk ahli Macy dan RM69 untuk bukan ahli. Terus rembat 3 beg. Tak banyak pilihan warna dah, mungkin banyak yang dah dibeli. D tanya, isi begnya macam mana. Saya kata la, saya ada jumpa satu blog ni yang bagitau nak beli isi beg ni daripada kilang, jadi boleh rujuk semula kat blog tu.

Maka kami pun turun dan terus nak bayar. Nasib ada staff Macy tanya isi beg tu dah ada staff yang bagi atau belum. Saya kata la, takde pulak. Rupanya, harga tu termasuk sekali dengan isi beg tu. Dia tolong amikkan kat tingkat atas dan bila dia turun, waaah seronoknya saya tengok isi bean tu sangat la banyak setiap satu beg. Tak yah susah-susah nak beli daripada kilang.

Ni rupa isi bean beg




Gigih saya nak isi bean beg ni. Punya la sensitif kekacang ni. Kalau berdengus, ia terbang. Kalau buat pergerakan laju sikit, ada angin sikit, terbang juga. Disebab nak cepat tengok hasilnya, saya kaut isi bean beg ni pakai jag air. Senang, tak de yang tercicir. Kemas sahaja kekacang tu masuk dalam beg ni.

Ada best dan juga kurang best tentang bean beg Macy ni.

Yang bestnya:
1. Ada dua zip. Satu pada sarung beg, dan dalam tu ada zip lagi.
2. Fabrik yang sangat best. Saya tak kisah kain apa, asalkan bukan PVC atau kulit. Fabrik ni sangat selesa.
3. Saiznya sesuai dengan ruang famili kami. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.


Nak tunjuk zip bahagian dalam beg.
Yang tak bestnya:
1. Biasanya bean beg ada dua bahagian beg, tapi beg Macy ni takde dua bahagian beg. Maksud saya, sarung dibahagian luar, dan sarung di bahagian dalam. Bean disimpan dalam sarung bahagian dalam. Kiranya kalau kain beg luar teretas, kekacang takde la keluar secara tiba-tiba pasal kekacang tu tersimpan di dalam sarung dalam. Nak basuh pun senang, cuma bawakan beg sarung bahagian dalam keluar dan sarung luar boleh dibasuh.

Hampir sejam juga la saya mengisi beg bean ni, termasuk waktu yang diambil bila bean ni berterabur kat lantai. 

Gambar beg bean kat bawah ni, yang pink tu saya punya, yang biru-kelabu tu Dyzhwar punya





Bean beg ni kecil sahaja, tapi selesa untuk dilabuhkan punggung. Kat bahagian tengah tu pun, ada pad untuk berikan lebih keselesaan. Kalau untuk kanak-kanak, lagi la amat sesuai. 

Dyzhwar belum rasmikan lagi bean beg ni pasal dia dah tidur masa semuanya siap. Tapi rasanya, babah dah rasmikan dengan penuh semangat. Melihat pada tahap keselesaan bean beg ni pada D, rasanya lepas ni lagi susah kot saya nak panggil dia daripada dapur, pasal dah selesa duduk kat bean beg tu.


Ruang famili kami yang belum pernah di 'make over'

Kami masih ada baki 1 beg isi kekacang yang belum dibuka. Walaupun diberi 3 beg isi kekacang, tapi 2 beg pun sudah memadai untuk isi ketiga-tiga bean beg kami. Bakinya saya simpan dalam stor dahulu, mungkin ada gunanya nanti


4 ulasan:

bunga daisy berkata...

Salam, kat Macy ada jual isi bean tak? Bean bag kat rumah dah lembik, dah tak best nak duduk. Bukan ape, bile nak bangun agak payah sikit sebab tengelam duduk atas bean bag, Bile nak bangun tu agak azab sikit..nak kene tambah lagi bean supaya tegap sikit bean bag tu. Tercari2 jugak kat mane nk beli bean.

Xora berkata...

Rasanya macy tak jual isi bean sahaja. kena beli beg baru diberi isinya. tapi kalau nak beli isi bean, saya ada jumpa satu blog ni, dia ada kongsi dia beli isi beg ni kat kilang

http://julianamirul.blogspot.com/2012/10/diy-beanbag.html

anggun reen berkata...

x suke Dz. hahahah *tetiba.

best joyahhh umah kau. ada bean bags bagaiii. kelas ko. hehehe aku ni bila la nak ke Macy. Bz ngalahkan anak sepulohhh. Hah smlm aku nengok wajah Shaheizy Sam kan ada dengan rambut baru masa die berlakon cite S.A.M

hah baru aku perasan, muka boboi ko ada iras2 shaheizy sam yuh. kelasss anak ko, retisss. serius x tipu. pasal tiap kali aku nengok gambo boboi dengan fesyen rambut nyer...hermmm mengingatkan ku pd seseorg, tp xtau sape. so smlm aku dh tau dah, mcm shaheizy sammm.


motip komen xde kene mengene???

suka ati la. janji makk kurus. hehehe

Xora berkata...

retis oi anak aku.. boleh la aku htr dia masuk audition jadi model. lepas tu jadi resident artis MIG.. oh mai oh mai

p.s ye hengkau kurus sekarang. 2013 masih panjang reen :P