Salam dan hai
Sejak projek bilik mainan Dyzhwar dah selesai, saya macam tercari-cari projek apa nak buat.
Pasal tu sengaja cari kerja, dengan mulakan projek bilik air Dyzhwar. Dyzhwar takde masalah nak mandi, dia suka sangat main air, tak perlukan sebarang motivasi pun untuk galakkan dia manci, cuma umminya sahaja yang rasa bilik air tu perlu dideko pasal takde warna-warni.
Satu-satunya benda yang diletakkan di bilik air ni, cuma baldi, gayung dan alas kaki mandian Dyzhwar.
Sumber |
Minggu lepas baru dapat penghantaran beli benda alah picit-picit ni untuk letak kat bilik air Dyzhwar. Saya beli online sahaja. Bukan keperluan pun ada, cuma saya rasa comel dan ada warna-warna menarik, saiz pun senang dipegang oleh Dyzhwar, jadi saya pun beli
Tengok, Dyzhwar pun muka keliru tak tau apa fungsi barang yang dibeli |
Pasal bilik air ni takde apa-apa rak atau sebagainya, jadi saya letak mainan ni kat atas tutup jamban ni.
Perancangan awal, nak jadikan bilik air ni temanya berkenaan lautan. Tapi masih mencari barang-barang yang tak terlalu mahal pasal tak tau berapa lama temanya masih praktikal untuk Dyzhwar nanti. Kalau ikutkan hajat dihati, nak gunakan sahaja idea-idea rawak dibawah ni
1 ulasan:
salam...macam saya jg ni,terfikir-fikir apa nak buat ttg hiasan rmh ni.skrg sy nak naik taraf bhgn dapur belakang rmh...sama jenislah kita nih...
Catat Ulasan