Lori Surat Khabar Lama

03 Disember 2012

Kemas Stor yang Tak Akan Tamat

Salam dan hai

Sejak dah ada anak ni, kadang-kadang saya rasa cuti hujung minggu berlalu begitu sahaja. Macam tak sempat nak nikmati. Sedar-sedar dah hari Isnin. Mungkin pasal hujung minggu pun, berjalan keluar, jadi tak merasa nak duduk rumah rehat-rehat. Tapi kalau kat rumah pun, takde istilah rehat pasal kena buat kerja rumah pula,

Macam minggu lepas, saya baru beli 2 bekas plastik kat Pasar Borong Selangor tu. Sebelum ni, saya dah beli 2 bekas plastik cam kat bawah ni, tapi lepas susun barang, rasanya perlukan lebih lagi bekas-bekas plastik macam ni untuk simpan barang. Kukuh berbanding kotak dan boleh dilihat isi kandungannya daripada luar.

Sumber



Dah lama nak beli, cuma kena tunggu gaji masuk. Nak letak kat stor, buat ganti kotak-kotak kuning ni dan kurangkan penggunaan kotak-kotak coklat yang lain.

Sumber

Gambar proses mengemas saya tak ambil pasal nak buat cepat. Tapi hasil akhirnya begini.

Sumber

Rasanya, boleh beli lagi 3-4 bekas untuk gantikan sepenuhnya kotak-kotak yang ada dalam stor ni. Baru tenang hati buka stor, tengok bekas=bekas. Yang dalam dua kotak kuning dibelakang tu, buku-buku belajar D. Tu memang nak kena tunggu beli rak buku, baru boleh keluarkan letak kat situ.

Saya dah mula  melabel barang-barang dalam stor lepas dah dapat Blackboard decall ni (post). Kat bekas plastik tu pun saya dah labelkan ikut kategori, senang sikit nak cari barang.

Saya takde la rancang nak bilik stor sedasyat dan sekemas gambar-gambar dibawah ni. Bagi saya, cukup kalau saya masih mampu masuk berjalan di dalam stor tu dan dapat jumpa barang yang disimpan, itu semua dah memadai untuk saya.






Esok saya kongsikan deko saya beli untuk hiaskan bilik air Dyzhwar. Tengok, Dyzhwar sendiri pun tak tau apa fungsinya umminya belikan barang deko ni. 



2 ulasan:

Mama Lynd berkata...

Waaaaa... Mcm ada wireless. Br tpikir nk trnsfer sume brg dlm stor ke bekas plastik trnsparent cmtu. Sng. Xsuke bl suami tya 'ma barang ni kat mane?' ' kt stor dlm kotak' ' kotak y maner 1?'. Sudahnya kena cri sndr jgk.

IeRA berkata...

salam..

stor saya lagi teruk bila buka tgk, main letak je kalau susun kejap je tersusun. Nanti kat rumah baru nanti mesti kena buat perancangan mcm ni