Ibu kadang-kadang tak setuju dengan cara saya. Biasa la, Opah dan cucu, lain hubungannya berbanding ibu dan anak. Ibu sekarang, tak sama dengan ibu masa kami adik beradik kecik-kecik.. atau mungkin kami bertiga masa tu terlalu nakal, jadi ibu sangat-sangat garang. Setakat kena cili mulut pasal tipu ibu tak mengaku letak sabun basuh baju banyak-banyak dalam mesin basuh, kena kurung kat luar rumah pasal ibu panggil mandi masa Maghrib, tak balik-balik, diberi parang dan pisau sorang satu bila bergaduh, dah menjadi rutin masa kami kecil. Tapi bila dengan cucu sendiri, dah lain agaknya.
Pasal tu bila saya suruh Dyzhwar letak baju kotor dalam bakul, ibu kata 'kesian'
Bila saya tunjuk Dyzhwar kena vacum bilik permainan dia, ibu kata 'kesian'
Bila saya biarkan Dyzhwar usaha sendiri suapkan makanan dalam mulut, pun ibu kata 'kesian'
Bila saya nak ajar Dyzhwar belajar memasak, ibu takut Dyzhwar keliru jantina *saya cuba didik Dyzhwar supaya boleh memasak seperti ayah saya hehe
Pendirian saya mudah:
Harap Dyzhwar boleh terap nilai-nilai yang saya cuba ajar dia. Walaupun ibu asyik kata 'kesian', tapi sedikit sebanyak ibu tau apa yang saya buat adalah untuk kebaikan masa akan datang Dyzhwar.
Teringat ibu pernah cerita kat saya tentang Aqil, sepupu Dyzhwar ni. Ibu jaga Aqil dan Dyzhwar sama-sama. Masa Aqil dan Dyzhwar menari atas meja di ruang tamu, masing-masing diberikan hadiah sebatan di tapak kaki oleh ayah saya.
Aqil kata "ha en.. ha mi." berulang kali..
Mula-mula ibu tak faham, tapi bila tiap kali iklan Milo muncul kat TV, Aqil tunjuk-tunjuk dan bila diamati betul-betul, rupanya Aqil cakap "hak bermain, hak kami", macam iklan Milo tu.
Ayah saya jawab mudah "Ha merotan, hak atuk"
Atok troll like a boss.
Problem, Aqil?
6 ulasan:
hak bermain hak kami???
hahahhahah budak sekarang pandai betul...
saya pun tgh try ajar Haifa supaya lebih berdikari, dia opahnya juga yang jaga, tapi opah sebelah ayahnya. susah juga nak sampaikan pendapat tu tapi lontarkan juga sikit sikit... hopefully the message will go through someday.
sekarang saya ada masalah Haifa suka sangat ambil barang dan buang. dah cuba macam macam cara, tapi masih jugak perangai macam tu.
ada tip tak?
Btul. Kaseh umur 1thun da pndI ltk bju dlm bakul. Umur kaseh 2 thun da diajar pki bju sndr even skrg pn mandi pun dia bt sndr. Bil balik rumah nenek dia dilayan mcm raja dr toilet didokong. Mgkin pndekatan ibu bkerja dgn ibu spnuh msa lain.
Haha.. Ha in Ha mi.. Cute!
Betul tu, memang kalau menjadi ibu, kita akan mengajar anak dengan tegas.. Tapi bila berperanan sebagai nenek, cucu amat dimanjakan..
Contoh paling ketara iaitu ibu saya. Waktu saya kecil, asyik kena rotan. Tapi bila ibu menjaga anak saudara saya, susah nak tengok anak saudara kena rotan.
comel sangat bila dia vacuum siap angkat karpet :)
ye betul tu. sy pun rs pendekatan cara mendidik ibu berkerjaya dgn ibu sepenuh masa adelah tak sama. kite mungkin nak anak kite lebih 'berdikari' sikit kot...mungkin sbb kite penat kat opis so kat rumah kalo anak pandai 'berdikari' kite rs lega sikit.. tp at the same time, ia membantu anak kite supaye cepat matang dan bijak. tp, hal2 yg berkaitan dgn kanak kanak kite masih bagi mcm dia nak p main kat playland ke, nak naik kuda-50sen ke, mcm mcm lagilah yg berkaitan dgn kanak kanak..
btw, serba sedikit kite kena garang kot ngn anak anak. asalkan x berlaku penderaan fizikal & emosi sudah.bapak sy dulu pun, tali pinggang, pelempang, air basuh tgn (kalo gadoh kat meja makan huhu) mmg biase la. tp end up ie menjdkan kite seorang 'orang' =) *terpanjang plak hehe
hahaha aku xperasan post ko nie. sumpah aku gelak pecah perut. hahahah memang terbaek la aqil. hahahaha serius wehhh bahawa pengaruh iklan. hahahaha'
Catat Ulasan