Lori Surat Khabar Lama

07 Januari 2013

Wall of Fame

Salam dan hai


Saya berkenan dengan idea jadikan ruang tangga sebagai satu tempat display gambar-gambar. Saya suka dengan idea sediakan satu tempat khas untuk abadikan gambar-gambar ini. Kurang suka kalau gambar diletak di setiap sudut bilik.


















Tapi saya tak de la nak tetapkan, kena letak gambar. Kalau letak benda-benda lain pun ok.

Macam cermin ke


Kasut baby ke


Apa-apa kenangan tentang anak dan famili







Tapi D macam tak suka dengan idea tu. Mungkin dia belum nampak lagi kot hasilnya macam mana. 

Kalau rumah saya ada sudut rumah berpenjuru camni pun, pun cantik displaykan gambar



Ini projek terbesar saya untuk 2013 rasanya. Nasib ada sepanjang tahun untuk buat projek ni. Perkara pertama, kena cari bingkai gambar dulu. Baru la perkara-perkara yang lain akan menyusul.





4 ulasan:

Mama Lynd berkata...

Suke jugak tp En Suami kata saya suka ubah fikiran nanti bulan ni tebuk sini bulan depan tebuk tempat lain. so penyelesaianya dia tak kasi tebuk2... Pernah bt tunjuk perasaan tampal gna double tape.

Xora berkata...

Mama Lynd ada idea tak nak kasi lembut hati suami? berkenan sgt ni, pasal bila masuk rumah, tak rasa "homely" tau, rasa cam rumah hinggap aje, takde element keluarga dalam rumah tu hehehe..

teringat kes saya tunjuk perasaan, gantung lantern pakai double selotape :P

hayrelaida berkata...

saya pun suka ltk gambar tepi tangga tuh. Mmg syg kot nak tebuk dinding and I use doubletape also. Its work!

Tanpa Nama berkata...

kalau nak guna double tape pakai jenama 3M heavyduty,warna merah kelabu