Lori Surat Khabar Lama

08 November 2012

Merah Menyala



Salam dan hai

Walaupun tuan punya badan belum lagi boleh dipisahkan daripada kami, tapi saya tetap nak hiaskan bilik tidur Dyzhwar serba sedikit. Saya nak biasakan dia dengan bilik tu, takde la dia rasa bilik tu menakutkan dia. Buat masa sekarang, saya dah latih dia salin baju di biliknya. 

Rancangannya, perabot saya nak kekalkan warna putih. Senang nak masuk dengan semua warna. Tak perlu la untuk kerap tukar perabot. 

Langsir untuk bakal bilik tidur Dyzhwar baru dibeli masa ke Ikea hari tu.  Itu yang paling asas dan keperluan utama pasal kalau pasang lampu bilik tu, boleh nampak terus tembus daripada luar.   Kami dah duduk rumah ni hampir setahun lebih dan sebelum ni pintu bilik tu kami sentiasa tutup untuk elakkan pandangan terus ke dalam bilik. Baru la sekarang nak letak langsir. 

Rancangnya bilik ni nak gunakan tema warna merah. Sebabnya Dyzhwar suka warna merah dan warna merah belum digunakan di mana-mana bahagian rumah kami sebagai warna tema. 
Ni langsir bilik Dyzhwar daripadSumber ini

Ingatkan nak beli ambal yang ini pasal murah dan tak terlalu besar, sedang elok dengan saiz bilik tu, tapi pasal teringat kalau ada kad Ikea Family, kalau beli barang Ikea dalam bulan hari jadi, dapat bonus tambahan, jadi simpan untuk bulan Januari nanti insyaAllah

Sumber

Maka untuk puaskan hati, saya beli la bantal ni sebiji warna merah. Tapi buat sementara waktu, bantal ni letak kat bilik permainan Dyzhwar.

Sumber
Berkenan dengan warnanya yang menyala lepas tengok post daripada blog ini.


Kalau ada rezeki kemudian, nak tambah bantal ini pasal cantik dan comel.


Sumber


Buat masa setahun ni, belum ada rancangan nak terus pisahkan dia daripada bilik kami. Dyzhwar pun masih kecil dan takut-takut kat tempat gelap. Cuma bilik tu tetap saya nak hias, untuk saya puaskan hati supaya dia dapat biasakan diri. 

Buat masa sekarang, kami cuma siapkan bilik air dia sahaja. Sekarang mandi, dah tak kongsi mandi kat bilik air utama. Mandi dalam bilik air dia sendiri. Sanggup la umi belikan baldi kecil dan gayung kecil bentuk love ni kat Daiso untuk menyesuaikan diri Dyzhwar. Kalau pakai baldi besar kami, Dyzhwar akan gigih tolak baldi tu sampai gigil-gigil badan dia. Jadi beli baldi kecil sikit, takde la penat dia nak tolak kalau tiba-tiba sampai peel dia nak tawaf satu bilik air.

Bathtub mat daripada sumber ini




2 ulasan:

Unknown berkata...

seronoknya bila ada rumah sendiri... :)

mun berkata...

comel gayung bentuk love tue...