Lori Surat Khabar Lama

02 November 2012

Menu Berpantang Saya

Salam dan hai

Topik yang memang tak sesuai tiba-tiba dimasukkan ke dalam blog rumah ni. Tengah sedap-sedap cerita pasa deko rumah, tiba-tiba ada topik pelik camni.



Semalam, masa tengah kemas kini koleksi gambar-gambar Dyzhwar, buang mana-mana gambar yang kabur dan duplicate, tiba-tiba baru perasan ada terselit gambar dibawah ni





Mana mungkin saya lupa, ini la gambar menu saya masa berpantang. hampir 30 hari menu yang sama saya makan.

Bosan? Takde pun. Pasal saya jarang makan ikan bakar, jadi bila makan ikan bakar masa berpantang, saya suka la. Lagipun, saya bukanlah jenis yang ada mengidam makanan tertentu secara obses. Semua biasa-biasa sahaja. 

Saya tak pernah buat post khas tentang sepanjang tempoh saya berpantang dalam blog kawin saya. Draftnya ada, tapi tidak pernah saya publish, asyik lupa sahaja. Maka terkubur sahaja la draft tu. Nak masukkan sekarang, sudah tidak kena pada tempatnya pula.

Kat blog sini pun tak kena, tapi memandangkan blog ni lebih kepada kehidupan harian, jadi saya nak selitkan sikit. Tapi cara perkongsian mungkin sedikit berbeza.

Ibu penah cerita, zaman dia berpantang dulu, makan nasi dengan ikan masin sahaja. Menitik air mata dia, tapi pasal takut nak lawan arwah Opah, ibu makan sahaja. Alhamdulillah susu ibu banyak, mungkin berkat mendengar cakap orang tua. Tapi saya memang suka pertikaikan sesuatu. Maka teori saya adalah: mungkin orang zaman dulu susah nak dapat ikan cam ikan haruan ke maka mereka ikut kemampuan cara hidup mereka. Jadi saya awal-awal lagi kata taknak ikan masin. Ibu pun memang taknak kasi saya ikan masin, mungkin dia trauma teringatkan masa dia berpantang dulu.

Maka menu berpantang saya agak mewah. Ikan haruan--Hari-hari selama 2 minggu pertama. Nasib la duit gaji ada, jadi boleh digunakan untuk beli menu-menu berpantang. Air pun ibu tak sekat, ibu galakkan saya minum air banyak-banyak sementara menyusu badan. Tapi bab-bab berpantang yang macam membaca ke, menjahit ke, walau buat kuih sekalipun, ibu memang tak kasi. Memang macam tuan puteri. Makan disediakan elok di atas meja, siap sudu garfu supaya saya tak perlu ke sinki basuh tangan, pinggan ibu hantar ke dapur. Ibu tak kasi bawa apa-apa sekalipun. Walau air panas atau baldi berisi air. Semua ibu tak kasi buat. Kalau saya buat, nanti ibu cakap

"Wah, dah kuat sangat ke, lepas ni boleh la gi angkat baldi kat dapur tu sekali ye?" 
tak pun 

"Amboi lajunya jalan.. Ha.. lepas ni boleh la gi Ikea gi shopping sana ye. Dah kuat sangat jalan kan..?" 

Motif ibu nak sentap? hahah tak tau la. Tapi layankan aje. Cuma ye la, sebagai anak., kita taknak la susahkan ibu kita. Bukannya saya kurang anggota badan pun, tapi ibu nak juga tak kasi saya buat apa-apa. Daripada hari-hari gaduh, maka saya turutkan aje la jangan buat apa-apa.

Saya masa tu cuma menyusukan Dyzhwar sahaja. Mandikan, salinkan pampers semua, ibu buatkan. Tapi dia suruh saya duduk sebelah, tengok belajar camna.

Dulu kalau masa mandi, sarung tangan Dyzhwar memang tak
boleh ditanggalkan. Kalau tanggalkan, nanti Dyzhwar panik dan
menangis. Maka selalu mandikan dengan sarung tangan dia skali.


Saya godek-godek komputer ni, terjumpa plak menu berpantang saya dulu, yang saya cetak dan kasi pada ibu untuk rujukan dia. Ibu suruh saya cari info daripada Internet tentang makanan yang boleh dan tidak boleh masa berpantang, jadi boleh dijadikan rujukan untuk dia memasak menu berpantang saya.

Ye ibu saya akan berfikiran terbuka tentang teknologi, tapi tetap dia kekalkan tradisinya. Dengan saat tegas.

Ni gambar snapshot jenis-jenis yang boleh dan tidak boleh yang saya amalkan sepanjang tempoh berpantang. Saya susun elok-elok lepas merujuk beberapa sumber. Saja kongsi, mana tau boleh dijadikan rujukan pembaca blog ni ke.




 
 
 

Macam mak bidan saya cakap, menu berpantang ni, kadang-kadang ikut orang. Ada yang tak tahan ayam sampai sebulan, ada yang makan ayam seminggu lepas bersalin OK aje, jadi terpulang pada individu. 

Saya ada seorang makcik yang langsung tidak pernah berpantang sepanjang  kali melahirkan anak-anaknya. Bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana tidak tahu. Tapi dia berazam nak berpantang tradisional untuk anak yang akan dilahirkan akhir tahun ni, nak merasa katanya. 

Saya tak nafikan berpantang ni tak semua orang ikut. Ada yang tiada ilmu, ada yang rasa melecehkan, ada jua yang mahu berpantang tapi tiada ahli keluarga yang dapat membantu. 

Zaman semakin moden, semua perkara nak cepat sahaja. Nak cepat kurus, nak cepat sihat, nak cepat uruskan keluarga. Masing-masing ada alasan sendiri.

Ya rezeki saya berbeza dengan orang lain. Alhamdulillah untuk kesempatan yang diberikan olehNya untuk saya merasai tempoh berpantang secara tradisional. 

Berpantang bagi saya tidak melecehkan, selagi kita mendapat bantuan daripada orang lain, terutama menjaga sikecil ketika kita melakukan aktiviti berpantang. 

Kadang-kadang, saya rindu untuk mengandung semula. Bukan kerana tidak sabar memberikan Dyzhwar adik baru, tapi lebih kepada tidak sabar untuk kembali kepada rutin berpantang yang mendamaikan jiwa saya. hehe

Gambar Dyzhwar masa dalam hari. Tak mahu berenggang.
Sekarang, nampak saya, terus aje lari, tak mahu dipegang. Sabar aje.


Saya banyak merujuk kepada laman web dibawah ini ketika berpantang. Saya cetak siap-siap artikel yang berkaitan untuk rujukan ibu saya dan saya simpankan salinannya dalam komputer, untuk rujukan di masa hadapan. Ilmu yang amat-amat bagus untuk dikongsi dan diamalkan. 














11 ulasan:

menn berkata...

Bestnya xora,berpantang mcm puteri..best sbb ibu xora open minded. Moden n tradisional digabung sekali. :)

Leena berkata...

sampai anak saya dah umur 6 bulan ney haa baru Xora nak kongsi cara berpantang :(
memang saya tertunggu-tunggu gak post ney dari Xora kat blog Dia Terima Nikahnya. Sip baik kaedah menyenaraikan jenis-jenis makanan yang boleh di makan dan tak boleh tuh sama macam saya buat dan juga saya rujuk tempat yang sama.

Xora berkata...

syukur gak mak saya tidak menidakkan ilmu di internet. kalau tak, mesti saya rasa sgt stress asyik mkn ikan masin :P

Xora berkata...

Jgnkan anak azey dah 6 bulan, Dyzhwar anak saya dah setahun 2 bulan baru saya nak kongsi hehehe.. tu la, dah ingat-ingat lupa apa yg berlaku sepanjang berpantang. yg paling igt, layanan cam tuan puteri. sukeee

menn berkata...

Thanx,ni boleh jadi rujukan kalau berpantang nanti..:)

ryyhan berkata...

Best xora dpt layanan cam puteri..layankan aje

Kita pantang dgn xde mak, mak mertua tggu tuk 2 minggu lbh, lps tu ayah dtg tolong2.cuma bersalin no 2 sekerat jalan pantang sdiri sbb mak mertua dh nk keje, ayah plak xberapa sihat...

Hoho rasa cam nangis pun ada sbb makan minum ala kadar je..husband time tu plak bz ngan projek..end up pantang sdiri makan nasi lauk telur goreng.xpun biskut, kurma, milo..ape yg ada..tu yg cpt.anak dh asik nak ngempeng dan xleh tinggal lama2

azimallaudin berkata...

kak xora, thanks for sharing esp link tu. sy tgh tunggu hari nak bersalin :)

sweetluvardini berkata...

rasa2 kan xora, in case mak mertua nk x layan kita camtu?sbb sy pnh terpk, seandainya saya ada rezeki utk mengandung dan bersalin, adakah mak mertua akan jaga mcm mana mak kita jaga,sy pk camtu sbb mak sy dh xde sejak 6 thn lps,even hal kawin pun settle sndiri, xmerasa nk minta tlg dari mak.kot la nti, klu bersalin pun, kena wat sndiri semuanya.

Ah Win berkata...

tq puan..info yang sangat berguna

Safura berkata...

INFO yang menarik..tq
jemput blog walking : www.rahsiajutawan13.blogspot.com

Hafizah Ummu Hanan berkata...

Seronoknya berpantang gini kan.. Thanx share list mknn dan minuman waktu berpantang tu..Sangat berguna..Mohon izin ambil yer..hehe. Nak simpan juga untuk next baby..^_^

Salam perkenalan Xora..