Lori Surat Khabar Lama

25 April 2012

Menyimpan Baju Lama

Salam dan hai

Saya penah jumpa idea di bawah ini untuk susun atur baju-baju anak mengikut usia. Saya suka idea ni pasal nampak cantik dan sangat tersusun dengan teratur.


Tapi bila difikir-fikirkan, teknik ni mungkin kurang praktikal untuk saya memandangkan ruang almari D jr memang sedikit dan saya rasa macam tak perlu baju-baju yang dah tak muat, masih disimpan di dalam almari. Merugikan ruang sahaja.





Jadi, baju-baju D jr yang dah tak muat, semua saya simpan terus, tak letak lagi dalam almari dia.

Saya tak gunakan kotak atau bekas plastik. Walaupun saya rasa letak baju dalam kotak lebih cantik pasal kemas tersusun dan tak nampak kandungan dalam kotak, tapi pasal almari bilik kami tidak ada banyak sangat ruang yang masih kosong, jadi kena gunakan cara yang paling sesuai.

Pakai ini. 


Beli di Cosway, harga dalam RM8.90 kot rasanya. Dulu produk ni ada saiz kecil dan besar, tapi sekarang cuma saiz besar sahaja. 

Projek simpan baju lama D jr ni dah lama nak buat, cuma tunggu masa nak sekali harung.

Baru-baru ni sempat plak gi Warehouse Sales pureen, memang amat best la. Walaupun penat sangat, D jr pun temper pasal ramai sangat orang, tapi memang berbaloi la beli. Cerita tentang Warehouse sales tu kita cerita kat post akan datang ye. 

Pukul 9am pun orang dah beratur tunggu kat luar. Eh nampak sangat aku pun datang awal. hehe

Ni hasil pertarungan umi dengan mommies lain kat warehouse sales tu. Kebanyakkan hasil rembatan adalah t shirt dan kemeja. Baju basahan saya tak beli sangat pasal banyak yang masih Dyzhwar muat. Cuma baju t shirt memang saya amik banyak, untuk sekali harung masa raya nanti, dah tak perlu risau nak beli baju lagi.



Perkara pertama: Ketepikan baju-baju lama Dyzhwar yang dah tak muat. Tu stoking masa dia kecil-kecil semua pun dah ketat. Topi yang tak sempat merasa pakai pasal Dyzhwar tak suka ada benda atas kepala dia, pun kena simpan sekali. 


Lipat elok-elok dan masukkan dalam beg vacuum ni. Tak perlu susun tinggi-tinggi pun, tapi kalau boleh susun sampai penuh ke penutupnya. Dalam gambar ni, kat sudut atas sebelah kanan tu, baju-baju masa saya mengandung dulu. Semua pun saya simpan dalam vacuum beg ni juga. 


Susun penuh-penuh sampai macam ni.  Nanti nak vacuum senang dan nampak kemas. Sambil vacuum tu, sambil tekan-tekankan skit baju ni, kasi angin semua keluar daripada beg. 
Dyzhwar tak mo lepaskan baju-baju dia

Lepas dah ketepikan baju yang tak perlu, baru la ada ruang kosong sikit untuk isi baju baru.



Perkara kedua: Basuh baju-baju baru terlebih dahulu sebelum lipat elok-elok macam ni. 


Lepas tu susun dalam setiap bahagian mengikut kategori.

Hasil susunan baju baru D jr sekarang.Kiri sekali baju basahan, tengah baju tidur dan kanan sekali, baju jalan-jalan dia. Seluar dia kat laci kedua pasal laci pertama dah tak muat.



Beg yang dah vacuum tu simpan dalam almari, sama ada melintang atau menegak. Dua-dua pun boleh. 

Beg vacuum ni memang saya gunakan sepenuhnya kat rumah ni, daripada simpan baju-baju lama, sampai la simpan comforter dan cadar saiz queen dan King. Semua pun muat. Sesuai untuk ruang almari yang tak banyak ruang kosong. 

Cam gambar kat bawah ni, masih boleh muat nak masukkan sekurang-kurangnya 3 beg vacuum lagi.



Post akan datang, nak cerita tentang Warehouse Sales Pureen dan apa yang saya sentiasa bawa bersama bila keluar bersama Dyzhwar.







5 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

aku takde vacumm, so camne? nie susun lawa2 nie, kalau bapak die yg amikkan baju, adakah ia akan tersusun lawa juge? hehehe

Xora berkata...

ko gi sedut beg tu hahahahha.. ha walaupun bapaknya yg amikkan baju, aku akan pastikan tersusun lawa. kalau tak akan dengar dialog ni "D, ada sesuatu luarbiasa ni. Meh sini tengok. cuba teka apa yang tak kena dalam laci ni??" *.*

enasong berkata...

hai pn xora,, boleh tanyer soalan di luar topik entri ini??..beg tangan yg polka dot beli kt mane yer? cantek sungguh..terpikatt sayer!

Xora berkata...

saya beli online kat akak ni, search Chantek Fesyen.
link dia ini: http://www.facebook.com/profile.php?id=100003610111025

dh ada anak ni, asyik online shopping aje la utk mak nye hehe

Tanpa Nama berkata...

simply stopping by to say hello