Lori Surat Khabar Lama

24 Mac 2014

Bilik Tidur Imans

Salam dan hai

Kalah membeli, menang memakai -- ni kata jampi saya setiap kali nak pujuk D beli perabot rumah.

Gunakan peribahasa ni untuk beli meja makan: Berjaya.

Gunakan peribahasa ni juga untuk beli katil tidur: Berjaya

Terbaru, gunakan peribahasa ni lagi untuk beli katil Imans: Berjaya lagi!

Ini rupa bilik Imans pada asalnya. Dyzhwar dikerahkan untuk vacuum bilik dia setiap minggu. Bersih tak bersih, belakang kira. Yang penting, kena jadikan rutin. Ni kalau Opahnya nampak cucunya buat kerja, harus Opahnya meratap "Kesian cucu aku.."



Ikutkan saya takde rancangan pun nak beli katil untuk budak-budak ni pasal pada awalnya saya sukakan konsep Montessori untuk bilik Imans. Secara ringkasnya, konsep ni macam tilam atas lantai, perabot bersaiz dan mesra kanak-kanak-- untuk maklumat lebih, korang boleh google konsep montessori untuk kanak-kanak.
















Tengok betapa gigihnya hantar proposal pada D siap berpuluh gambar dijadikan bahan bukti, tapi D tak berapa setuju pasal habuk kalau tilam letak kat lantai.. pfft.. FINE.

Kemudian berkenan plak pada katil ikea ni

KURA Reversible bed IKEA Turned upside down the bed quickly converts from a low to a high bed.

Siap pergi Ikea beberapa kali semata-mata nak tunjukkan pada D katil ni depan mata dia. Dyzhwar pun dah test naik turun katil. Suruh dia baring bagai. Nak tengok keselesaan dia. Untuk kuatkan proposal, saya pun tunjukkan la kat D gambar-gambar katil yang sama yang orang pakai. Konon boleh pakai lama la, nanti kalau dah ada adik, boleh terbalikkan katil ni dan jadikan katil dua tingkat. Tilam bahagian bawah pun dekat dengan lantai dan konsep Montessori tu dapat dikekalkan.Katil Ikea ni dapat memberikan fleksibiliti kalau-kalau ada pertambahan ahli keluarga.






























Proposal kali ini dapat pergi jauh sikit. Siap pergi Ikea untuk tengok katil. Tapi sampai situ aje la. D senyap sahaja. Orang lelaki ni kalau dia diam, tandanya dia tak setuju tapi malas nak argue. Makanya, tema biliknya mati kat situ sahaja pasal dah kena reject oleh tuan tanah.

Sehingga la saya mengandung dan kemudian entah macam mana terjumpa laman web snoozeland. Bila buka-buka, eh eh kenapa pulak tetiba ada yang berkenan. Tambah mudah, showroom Snoozeland ada kat Equine Park (tapi sekarang dah ditutup dan tertumpu di cawangan lagi satu di Dunia Perabot tu kalau tak salah). 

Kami ke sana bertiga pasal masa tu Zaeym dalam perut lagi. Memang saya saja bawa Dyzhwar pasal senang nak tengok kesesuaian katil tu dengan dia.

Kami (OK, Bukan kami. Saya..!) berkenan katil yang ini pada mulanya

Tapi Dyzhwar macam teragak-agak nak naik atas. Mungkin tapak tangga tu kecil. Kemudian ternampak ini pula

Yang ini, Dyzhwar yang berkenan sangat-sangat. Asyik turun naik katil display. Siap baring-baring macam kat rumah sendiri. 

Tapi pasal masa tu saya nak bersalin, jadi kami tak de la terus beli. Kami tangguhkan dulu pembelian katil ni. Elok habis pantang, kami datang lagi ke kedai perabot tu. Lama juga la fikirkan nak beli ke tak. Saya pasal dah berkenan, dah tak peduli apa pun. Nak naik tangga pun Dyzhwar selesa. Ada ruang menyimpan barang. Binaan pun kukuh dan penting skali, warna putih. Lagipun kalau-kalau lepas ni ada rezeki anak, dapat lelaki juga, saya buat aje macam ni. tambah trundle aje kat bawah tu.


Dipendekkan cerita, setelah pelbagai ugutan dan ancaman saya berikan pada D; berserta dengan flashback moments Dyzhwar mengigau jadi Ultraman lalu terus bangun dan tumbuk muka D, akhirnya pada akhir bulan Februari, katil pun sampai. 


Mak lebih teruja daripada anaknya. Mungkin pasal dah hampir setahun lebih tak beli apa-apa perabot rumah.

Tuan tanah dan tuan kecil bergilir-gilir monitor pekerja memasang katil.




Akhirnya siap..!



Dalam ruang laci tangga ni, saya letak barang-barang macam tuala, sarung bantal dan cadar katil, selimut, beg berjalan dan stok bahan mandian budak-budak ni.



Disebabkan katil ini Dyzhwar yang pilih secara tak langsung, jadi tak susah nak ajar dia tidur kat katil dia. 



Secara tak langsung, proses nak pisahkan dia daripada bilik kami pun jadi mudah. Dengan adik dia sekali kena check in bilik baru.


Tapi Imans ni takde la tidur sebelah menyebelah. Kang kena lenyek pulak Zaeym. Zaeym masih tidur di baby coat dia yang pun saya letak di bilik tidur mereka.

Sebelum Dyzhwar tidur, memang jadi rutin dia pusing ke sana sini.
Mungkin post akan datang saya akan kongsi pengalaman memisahkan bilik tidur dengan Dyzhwar.

14 ulasan:

Han Hanni berkata...

comelnya katil nya..
anak-anak mesti suka sakan noh..

nak tidur bilik sendiri pun anak no hal

joijoi80 berkata...

memang susah juga nak pisahkan anak tidur dari kita. tapi kawan saya anak dia perempuan ..senang ajer berpisah tempat tidur..berbeza ngan anak lelaki saya... huhu..x berhasil...kalau tidurpun dia lari tengah malam ke bilik kita

Unknown berkata...

Cantik :)

Jom lawati blog saya www.happyneasy.blogspot.com
untuk perkongsian produk kesihatan :)

Rizziela berkata...

cantik gak katil ni..menarik

Siti Fatimah berkata...

Canteknye katil ni kak...suke tgk. =)

irmaputri berkata...

wah mmg cantik tengok katil2 budak kat snoozeland...

Unknown berkata...

lmenye menghilang.. welkem back xora :)

Unknown berkata...

cantiknyer katilnyer, pandai sis pilih.. anyway Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

me berkata...

cantik! simple but yet cool gile.. bole start survey2 gak la camni hahaha. tq foe the ideas hehe

~*Dandelicious Princess*~ berkata...

Can't wait for the next post

Mama Zila berkata...

Cantik katil..dkt snoozeland ek..last 2 weeks pun duk survey katil budak..bekena sgt katil dua tingkat..tp sbb omaknye sendiri gayat, terus x jd..last2 beli katil singgle n tambah trundle..hari ni kalau x dpt jugak katil yg ditempah..nak cancel je..nekad nak yg dkt snoozeland jugak..
Eh, lupa lak..salam perkenalan.

IeRA berkata...

salam singgah..

cantiklah

Unknown berkata...

cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...sukeeeee

Unknown berkata...

Cantikkk... actually malam tadi diskus dgn hubby, tapiii end up, nanti anak awak bergayut dekat kipas... huaaarrrrgggg.. anyway... salam perkenalan...