Lori Surat Khabar Lama

14 Januari 2013

Projek DIY Lain

Salam dan hai

Sedikit senyap daripada cerita kisah rumah. 

Tiada apa sangat updates yang boleh dikongsi. Masih menunggu hasil siap langsir Macy. Pekerja Macy dah datang ukur tingkap setiap bilik kat rumah ni, kira-kira dua minggu sudah. Jadi sekarang cuma tunggu panggilan daripada mereka sahaja untuk ambil langsir.

Memandangkan ni blog pasal rumah dan bukannya macam blog kahwin saya yang perlu disimpan keterujaannya sehingga ke hari majlis, jadi saya kongsi la fabrik pilihan kami untuk dijadikan langsir ruang tamu.


pencahayaan  yang tidak adil untuk menonjolkan warna sebenarnya fabrik



Kami tak buat double layer pasal kami berdua lebih sukakan ruang yang minimalis. 

Kalau ada rezeki lagi, baru la boleh berkira-kira nak tukar sarung sofa. Nak cari warna hijau epal sikit, kasi suntikan warna kat ruang tamu kami yang lebih banyak terikut warna-warna tanah. Tapi yang tu, cuma boleh cerita bila ada duit di tangan. 

Saya sebenarnya ada projek DIY lain ni dan takde kena mengena dengan projek rumah. Tapi kali ni projek baju pulak. Masa akhir tahun lepas, sempat la beli baju-baju blouse baru yang mengikut spesifikasi kelulusan  D. Tapi, biasa la, saya kalau bab baju-baju blouse ni, kedekut sikit nak bayar lebih pasal saya tahu, saya takkan pakai lama. Jadi pasal tu saya suka cari baju-baju yang nak clearance stok.

Macam yang ini




Baju putih kosong aje, beli kat Nicchi, memang diletakkan kat area clearance stock. harga pun tak sampai RM40 rasanya.

Jadi saya pun jahitkan manik sikit, ubah sikit la daripada rupa asalnya




Jahit manik terabur macam tu aje. Pasal sifon, taknak jahit berat-berat sangat.

Ni pun baju yang akan dijahitkan manik




Tapi baju ni agak susah untuk saya pasal saya tak pandai jahit sequin ikut corak. 

Banyak kali juga la trial and error

Nak jahit sequin berterabur ke..


nak jahit sequin berterabur ke

ikut garisan corak ke

atau penuhkan isi dalam corak
Semua tak menjadi kat mata saya. Hampir seminggu juga buang masa jahit, kemudian buka. Cuma dua hari lepas, dah dapat rentak dan corak yang saya suka, maka bermula la jahitan sequin. Cuma ni mungkin makan masa lama sikit pasal banyak yang nak dijahit. Nanti dah siap, saya tepek kat blog ni

Banyak aje pilihan baju-baju online yang dah siap molek. Macam online shopping PippinCloset ni. Siap dah boleh terus dibeli, Mungkin saya jenis suka personalized baju-baju saya sendiri. Takde kerja, nak cari kerja. Tu la menyusahkan diri sendiri akhirnya. 

Korang plak macam mana? Ada tak baju ke, selendang ke, seluar ke, yang korang beli siap, tapi tetap gatal nak personalized fabrik tu ikut selesa masing-masing?



2 ulasan:

!k@ berkata...

wahh..suke2..
rajinnya awak xora..kalau saye pakai je..xreti n xrajin..hihi

Reen Tart Nenas berkata...

kau mmg rajin hoke. amik la gambo blouse ngan tuan skaliiii