Lori Surat Khabar Lama

23 Januari 2013

Idea Bilik Tidur Bujang Cilik

Salam dan hai

Mengikut perancangan kami, projek bilik tidur Dyzhwar hanya akan bermula selepas dia 2 tahun lebih-lebih nak masuk 3 tahun--bak kata babahnya. Babahnya yang minta begitu. Ikutkan hati saya, genap sahaja dua tahun, pisahkan terus. Dyzhwar pun semakin bermaharajalela di atas katil kami ni. Setakat kaki dia kat muka kami, tu adalah perkara biasa. 



Tapi ye la, Dyzhwar masih menyusu badan, jadi kena la ikut rentak dia dulu.

Tapi tu tak menghalang saya daripada cuci mata tengok bilik-bilik anak bujang cilik ni. Memandangkan mainannya semua memang dikhaskan dalam satu bilik lain, jadi bilik tidur ni memang hanya untuk tidur dan salin baju. 

Saya lebih suka takde katil pasal saya tahu Dyzhwar suka lompat atas katil. Lebih jimat ruang dan wang.






Tapi D tak setuju pasal takut habuk kat lantai. 

Cari punya cari, berkenan sungguh  dengan bilik bujang cilik yang saya jumpa kat dalam Pinterest ni. Terutama katilnya. Rendah, jadi kalau Dyzhwar jatuh katil pun tak berapa risau.




Katil budak macam ni. Saya kurang minat jenis yang pakai bentuk kereta ke apa ke. Lebih suka bentuk tradisional macam ni.



Kalau la baby coat Dyzhwar boleh buat macam ni, alangkah bagusnya




Jadi, kena la cari katil budak. Terfikir nak katil dewasa saiz single, konon lama sikit boleh pakai, tapi nanti terasa cam ada anak remaja pulak kat rumah berbanding anak kecil. Tapi rasanya, kalaupun katil single, dihias dengan cadar katil yang sesuai dan persekitaran bilik yang sesuai dengan perkembangan anak kecil, masih lagi sesuai rasanya.

Tapi tu nanti baru fikir. Projek paling dekat, nak selesaikan bilik bawah tu dijadikan bilik pelbagai guna kami. Minggu ni banyak cuti umum, jadi boleh la selitkan aktiviti ke Ikea nanti InsyaAllah. Kalau jadi, ada la perkara yang boleh diupdate dalam blog nanti






3 ulasan:

Balkidz Hunny berkata...

ololo. omey². aku pun suka yg typical one.
tak suka yg bentuk bunga, matahari, kereta dsb.
ehh, kau nie mmg inspiration lah bab deco² nie. jengless!

Xora berkata...

aku inspiration aje. tapi wang nye enggak addooo :P

Mama Lynd berkata...

Sy dok dilema pasal katil ni. anak da 2 so klu pisahkan kakak je kecik plak ati dia. So tgu adik besar skit br sama pisah. dok pikir nak beli katil besar or single tp y ada slide tu. Tp skrg ni ada tilam queen. mgkin guna tilan je dulu.