Lori Surat Khabar Lama

08 Januari 2013

Ruang Famili

Salam dan hai

Ruang Famili adalah satu-satunya ruang yang hidup segan, mati tak mahu dalam rumah saya. Memang tiada usaha langsung dijalankan untuk menaikkan seri ruang ni. Mungkin sebab ruang famili ni berada di tingkat atas dan kurang potensi untuk dijenguk oleh tetamu, jadi saya selalu abaikan ruang ni.

Ruang famili kami amat simple dan tidakla terlalu luas. Lebih kurang 8 kaki x 12 kaki (*kot). Muat untuk 3 orang dewasa baring kejung tengok tv kat situ

Ni rupa awal ruang famili kami masa baru pindah dulu.
















Ni daripada depan




Ni pula rupanya yang paling terkini



Jom cari perbezaan dalam gambar:
.
.
.
.
.

Ni jawapannya:

1. Ada bean bags
2. Ada kipas meja
3. Ada komputer
4. Ada karpet.
5. Ada D tengah main game << tak releven


Ruang famili ni, yang paling saya rimas adalah wayar yang berselirat. Silap beli perabot cam ni, nampak la wayar lintang pukang berselirat kat situ (rasanya bukan silap perabot, tapi tuan rumah yang malas nak fikir nak buat apa dengan wayar tu semua)

Tapi bagi mereka yang beli perabot cam saya ni, sebenarnya jalan penyelesaiannya memang la banyak.

Ni antaranya, sorokkan wayar dalam kabel macam ni daripada Ikea, RM29.90


RABALDER Cable reel IKEA
Sumber
atau sorokkan wayar belakang perabot.


Tapi belum lagi nak gunakan idea ni pasal kami pun belum pasti nak biarkan tv atas perabot atau nak lekatkan di dinding. Jadi sehingga dapat buat keputusan, kami biarkan dulu macam ni (dasar pemalas kan, banyak benar alasan saya kan. Ikutkan boleh sahaja gunakan cara ni dahulu sementara waktu hehe)

Satu lagi yang kami perlu hapuskan adalah kipas meja tu. Ikut perancangan, memang taknak kipas meja kerana kami tahu angin daripada kipas meja tidak berapa menyejukkan, berbanding kipas siling. Tapi pasal masa pindah dulu, tengok TV pun menumpang aircond bilik, jadi kami beli la kipas meja dahulu. Mula-mula, makan minggu, kemudian bulan dan sekarang dah setahun lebih pakai kipas meja tu. Kipas tu pun anginnya segan-segan sahaja. 

Ada juga rancang nak beli aircond kaki tu, tapi masa tu tengah kemerosotan ekonomi keluarga kami, jadi kami pun tak jadi beli.

Sekarang, tengah berkira-kira nak pasang juga kipas siling. Walaupun siling memang tinggi dan D pun dah mula fikirkan rutin nak mengelap kipas (kipas belum pasang, tapi dah fikirkan rutin mengemas, macam mana tu??), tapi kami rasa kipas siling sahaja yang sesuai supaya kedinginan boleh diberi sama rata. 

Macam ni



Ha hengkau.. Merasa sikit ala-ala pusat peranginan gitu. !!!

..

Fokus pada kipas panjang tu sahajaye, kipas masjid saya panggil pasal masjid selalu pakai kipas panjang cam ni. 

Ni untuk kos rumah tahun ni. Tapi kena buat wiring dulu nampaknya.

Boleh tak nak pasang angan, nak lantai kayu macam ni?? Tapi hanya untuk ruang famili aje la.. Kalau satu rumah, tak mampu nye kami suami isteri.

Pasang kipas dulu. Nanti baru fikir nak susun camna la meja komputer dan TV ni. Meja komputer mesti kena letak atas, dekat dengan TV kerana saya seorang yang super multi tasking, Suka conquer TV, internet dan komputer pada masa yang sama *'saya' disini merujuk kepada D. hehhe.. Hi sayang*

Dengan perabot yang betul, bukan sahaja tv dan komputer boleh diletakkan di satu ruang yang sama, malah boleh jadi perpustakaan mini juga. Dah nama ruang famili, maka kat sini la keluarga berkumpul, kan?

Macam gambar di bawah ni. Boleh dijadikan rujukan kami 


Pasal tu, wujud perkataan "berangan".. mula-mula kita berangan.. kemudian pasang impian.. baru la realisasikan.

Yang pasti, sebelum mula apa-apa, kita kumpul duit dulu :) Orang biasa-biasa cam kami ni, pinjaman kewangan bukanlah pilihan. Biar sikit-sikit, asal tak sakit.

8 ulasan:

Aty Fared berkata...

umah baru pon ceiling tinggi..dah soh orang buat wireing..siap orang tu kate cun letak batang kipas panjang2..tapi memandangkan kami tak nak pasang ekon..jadi kami nak gak buat macam tu...mane ade tak cantik pon sebenarnyer..huhu...

xora..nak mintak izin amik gambar dalam stor letak kcontoh kat blog aty..[gambar rak ikea tuh] boleh..??memandangkan aty dah ade lame rak tu dan tak tau nak buat ape..jadi suker ngan idea xora tuh..:)

just azura! berkata...

saya pun ada masalah untuk sorokkan wayar yang berselirat tu.. salah satu cara mungkin boleh pasang cover wayar tu (yang orang selalu buat wiring kat luar dan pasang benda tu)... tapi tunggu punya tunggu macam biasalah, setahun lebih jugak berselirat. mungkin tunggu masuk rumah baru boleh buat.. thnx for sharing ur idea and angan-angan.. :)

Pn Daisy berkata...

setuju sgt, biar sikit-sikit jgn nanti sakit..
dahulukan keperluan. 'kemahuan' tu bila ada duit lebih.sy pun antara org yg suke kumpul duit kalu nak beli sesuatu daripada 'meminjam bank'.

Unknown berkata...

Kita menghadapi masalah yang sama 'kipas". Siling yang terlampa tinggi menyebabkan kesukaran untuk memasang kipas.. Heee

Xora berkata...

Aty: aty dh bt wiring, Ok sgt tu. atleast tak habuk sgt dah rumah. Pasal gambar tu, saya izinkan. amek la bt perkongsian

Azura: ada cara lainnye kan, beli kotak/ bakul yang muat2 nak masukkan dalam ruang kosong tu, so automatik tutup wayar2 tu kan.

Daisy: TU la, kumpul skit2 nampak hasilnya kan? Hutang sedia ada pun merangkak2 nak bayor, tak larat nak buka buku baru :P

Lynd: tu la, siling memang tinggi kan.. tapi kalau tak tinggi, rumah pulak terasa panas pasal takde pengudaraan la pulak

xeea berkata...

Ikea ada cable storage kalau tak silap. Looks like a box, so sume tok nenek cable bole kasik sumbat dlm tu. Tak sakit mata. huu

Xora berkata...

Xeea: betul, mmg ada. Ikea pun ada satu produk ni, sorokkan semua wayar ke dalam satu silinder warna kelabu. so tak nampak berselirat wayar2 tu. cam corong udara la plak :P

Reen Tart Nenas berkata...

hi boboi!

sama la. aku pun ceiling tinggi dan aku pun pk bende yg sama cam dz ko, camne nak cuci kalau pasang kipas tinggi pasal kebarangkalian cam penuh habuk. hahaha