Lori Surat Khabar Lama

21 Januari 2013

Rancangan Awal untuk Bilik Serba Guna

Salam dan hai


Bilik tidur kami ada 4. Yang pasti sekarang 1 bilik master bedroom dan 1 bilik permainan Dyzhwar dah dicop. Bilik sebelah bilik permainan tu memang untuk dijadikan bilik tidur Dyzhwar (.. dan adik-adik lelakinya--eh?) walaupun buat masa sekarang, kami tumpang sidai seluar jeans dan board sterika kat situ. Mungkin masa umur dia dua tahun lebih baru boleh mula nak hias bilik tu. Babahnya tak kasi pisahkan bilik tidur, babahnya hadap sangat bau masam kepala anak bujangnye tu agaknya.

Jadi sekarang, yang belum pasti adalah bilik bawah a.k.a bilik maid. Masa mula-mula masuk dulu, ada juga yang cadangkan bilik bawah tu*semorang sebut bilik maid untuk bilik yang dekat dengan dapur tu. tapi kami panggil bilik bawah* dijadikan bilik tetamu.


Mula-mula, rasa cam setuju juga la pasal masa tu cuma kami bertiga aje. Tapi bila saya fikir-fikirkan semula, saya rasa tak sesuai nak khaskan bilik tetamu pasal keluarga kami pun duduk dekat-dekat,tak lebih 20 km pun. Jadi bilik tetamu adalah sesuatu yang tidak perlu dalam keluarga kami. Kalau dah nama pun bilik tetamu, kena la ada katil, tilam dan kelengkapan asas yang lain. Tapi tetamu je takde, nanti jadi gajah putih pula. 


Jadi, bilik bawah tu saya cadangkan pada D jadikan bilik multi purpose. Kalau ikutkan rancangan jangka panjang saya, saya nak jadikan bilik bawah tu bilik belajar untuk anak-anak pasal jauh daripada godaan tv yang saya letakkan di atas.Bilik tidur hanya dikhaskan untuk tidur dan salin baju. Tapi tu rancangan 7-8 tahun lagi kot. Masa tu barang-barang dalam bilik permainan tu akan dibawa ke bilik bawah dan bilik asal bilik permainan tu akan dijadikan bilik tidur. Mana tau ada rezeki anak perempuan, boleh la guna bilik tu untuk dia.

Ok, terlebih merancang. Kembali kepada yang asal.

Bilik multi purpose ni, rancangnya untuk tempoh terdekat ini, untuk dijadikan ruang solat tetamu, bilik kitar semula dan bilik simpan botol-botol water dispenser kami.

Saya tak mahu perabot yang sepenuh-penuhnya pasal rasanya ruang solat lebih perlukan ruang yang kosong.  Jadi perabot yang ada perlu multi purpose juga.

Rancangan asas saya untuk bilik bawah-- saya nak rak Ikea ni


EXPEDIT Shelving unit IKEA Can be placed vertically or horizontally; suitable for use both as a shelving unit and as a sideboard.
Sumber

Bukan untuk dijadikan rak buku tapi untuk saya 'hack' dan jadikan macam idea-idea bangku daripada Pinterest ni









Kiranya, cuma belikan alas untuk diletakkan dibahagian atas rak tu. Selebihnya cuma throw pillow sahaja disusun diatasnya. Letakkan rak di tingkap bilik bawah tu. Siap dah.

Untuk ruang simpan barang pada rak, saya rancang nak beli bekas yang boleh saya letakkan barang-barang recycle. Jadi secara tak langsung, barang-baran recycle macam tin, botol plastik, kertas, semua ada tempat masing-masing. 

Masa saya ukur panjang rak dengan lebar ruang di tingkap tu, nampak gaya macam sesuai. Tapi tetap kena minta D ukurkan, takut-takut saya tersilap.

Nak beli ni pun kena tunggu masuk gaji dulu. 

Pilihan lain pulak macam ni. Lebih kepada build in cabinet ni rasanya











Jadi, idea bilik multi purpose kami adalah beli dulu produk Exbedit Ikea. Tu yang paling asas. Kemudian tengok apa keperluan lain daripada semasa ke semasa.

Kalaupun nanti bilik bawah dah tak digunakan untuk bilik solat tetamu, sekurang-kurangnya, rak expedit tu masih boleh re-purpose pada ruang lain. 

Nanti kalau ada rezeki beli rak ini, kiranya barang-barang kitar semula dah ada 'rumahnya'. Cuma kena fikirkan botol-botol air dispenser nak susun macam mana. Tu masalah lain pula.

4 ulasan:

MamaPatch berkata...

nice idea. teringin jgak utk wat mcm ni. bleh jadi tempat sorok mainan jgak.

Xora berkata...

rumah tak byk bilik kena full utilized semua bilik yg ada kan?

Borong Quran berkata...

sebab x cukup ruang & dapur yang sempit, bilik bawah saya wt bilik pantry & Laundry room untuk letak brg mkanan kering, peti sejuk dan mesin basuh,

Unknown berkata...

sebab x cukup ruang & dapur yang sempit, bilik bawah saya wt bilik pantry & Laundry room untuk letak brg mkanan kering, peti sejuk dan mesin basuh,