Lori Surat Khabar Lama

11 Januari 2013

Pengaruh Ibubapa Dalam Proses Pembelajaran Anak

Salam dan hai

Tajuk fancy gile. 

Sebenarnya, saya cuma nak kongsikan perkembangan Dyzhwar yang sudah  nak masuk setahun 5 bulan ni. Dalam peringkat usia Dyzhwar sekarang, proses pembelajaran dia adalah melalui peniruan perbuatan orang sekelilingnya dan individu yang paling kuat pengaruhnya, adalah umi dan babahnya.

Saya tak suka senjata-senjata atau video gaduh-gaduh, jadi Dyzhwar kalau tengok orang gaduh, even persembahan silat majlis perkahwinan, dia akan nangis ketakutan. Tengok cerita Boboi boy tu pun dia boleh nangis kalau ada adengan pergaduhan. 

Sentap lebih.

Sekarang, setiap kali balik, dia akan terus ke dapur, keluarkan 'pan' dia, skali dengan bekas penyukat dan sudip, dia akan terus 'masak'. Dia meniru apa yang saya selalu buat. Balik rumah terus masak. Nasib baik la Dyzhwar tidak menunjukkan minat main video game cam babahnya --belum menunjukkan minat main video game dan harap dia takde minat nak main video game.

Minat bersukan sedang cuba diterap.

Babahnya penyokong real madrid, maka kena pakai jersi RM







Memang anak-anak cepat meniru sesuatu perbuatan itu. 

Minggu lepas, tempat saya kerja ada menjemput Ustaz Don beri ceramah.


Antara pengisian ilmu yang menarik sepanjang ceramah tu, berkenaan solat dan anak-anak. Ustaz Don kata, kalau masa solat, jangan pisahkan anak kita daripada kita. Itu merupakan proses pembelajaran terawal dia tentang solat. 

Selalunya dialog kita dengar "Mah, ni anak ni bawa keluar. Susah la abang nak solat, tak kusyuk anak ni asyik berjalan ke hulu hilir"

Ustaz Don kata, macam la kalau anak takde, solat dia kusyuk.. hihi.


Bagi la mana-mana ibubapa skali pun, saat paling berbunga hati, apabila anak-anak meniru perbuatan solat kita. Walau macam mana pelik sekalipun solat anak tu dilakukan, tetap nampak comel



Bila difikir-fikir balik, patut la Dyzhwar kurang minat nak membaca buku kerana saya sendiri pun jarang membaca buku. Mungkin kena membaca buku depan dia, baru dia berminat nak baca buku-buku kecil dia tu.

Anak akan meniru sesuatu perbuatan kita, itu termasuk lah perbuatan yang tidak baik.

Seperti menari Gangnam




Ni babahnya yang ajar. 

Memang Dyzhwar pantang dengar lagu Gangnam ni, terus mula menari. Kalau kat rumah tak apa lagi, tapi yang selalunya terjadi, kat mall tengah-tengah orang dia menari gangnam,.

Ubatnya, terus didukung sahaja dan beredar tanpa pandang sekeliling.

Sejauh mana pulak pengaruh korang kepada anak-anak?




5 ulasan:

Unknown berkata...

Waaaa... comei...Kaseh panggill Gangnam tu "Ganam Tai". Heee... Saya sendiri yang merosakkan anak itu. Kaseh siap nyanyi "Ooooo...Sexy lady" Seribu sesalan plak...

Reen Tart Nenas berkata...

aku mmg x setuju part gangnam tu. x suke la nari2 gangnam tu. bagus tindakan ko. pasal aku sendiri pun mmg penah kena paksa kan nak kena buat gangnam tu wpun sekadar hanya utk amik gambo.

Xora berkata...

Lynd: Dyzhwar belum pandai cakap byk lg, paling2 pun dia akan cakap "uuu'" untuk part "Opp.. Opp" haha

Reen: Ko sentap sebenarnya pasal kena paksa amek gambar pose cam tu kan, then aku komen kaaan.. hahahha

QueenBz berkata...

hohoho. aku tak tahu mana Isya belajar Gangnam, sebab aku tengok Gangnam depan dia sekali je kot tu pun bukan menari. tu tak masuk lagi die sebut Oppatas = Oppa Gangnam Style. tiru tarian dsb!
Isya aku belikan sejadah kecik, so setiap kali tgh solat die dok sebelah dan tiru. bab menconteng, ikut aku jgk, sebab die selalu nampak aku marking. ehh, aku memang nak up topik pasal child's development nie lah, tapi nanti lah. hahaha

xeea berkata...

LOL! My son pun suka tiru ape kitorang buat. Lagi-lagi part bercakap. sheeesh.