Lori Surat Khabar Lama

20 Mac 2012

Tupperware dan Tipuware

Salam dan hai

Sama ada nak pakai Tupperware atau Tipuware, kedua-duanya memang jadi pilihan saya dalam bab menyimpan makanan. Cuma bezanya, Tupperware tidak akan keluar daripada dapur saya atau dijadikan bekas untuk tapau makanan, tapi Tipuware yang dapat percuma dari pasar malam masa beli Taufufa, akan menjadi alternatifnya. Takut nanti terngigau-ngigau bekas Tupperware yang tidak dikembalikan kepada tuannya.

Saya masih belum jatuh ke dalam kategori peminat setia Tupperware macam ibu saya. Kalau ibu, dia boleh ingat dia pinjamkan tupperware dia kepada siapa *tapi biasanya saya yang rembat dan tak pulangkan* Cuma saya beli pun pasal sudah bosan dengan kualiti Tipuware yang selalu retak kalau disimpan dalam freezer. Lagipun, orang Tupperware ni pandai cucuk pelanggan. Mesti ayat pendahuluannya "Tengok-tengok la dulu, cuci mata. Tak beli pun tak apa".

Bila dah sekali beli, sedarlah, memang akan terjebak selamanya.

Ok, kita takmo cerita tentang Tupperware. Kang saya gi beli online Tupperware lagi.

Kita cerita pasal menyimpan barang frozen dalam peti sejuk.

Saya jarang gunakan Tipuware untuk simpan barang beku pasal bila nak panaskan dalam microwave, mudah pecah atau retak. Kalau terjatuh, pun akan retak atau sumbing. Pasal sudah bosan dengan situasi ni, saya melabur (dan meleburkan duit) membeli set freezer mate Tupperware.




Kertas bulat putih di tutup Tupperware tu, label kepada barang apa di dalamnya. Walaupun isi bekas Tupperware ni boleh dilihat dari luar, tapi saya tetap letakkan label pasal sudah terbiasa. Memang cantik dan tersusun bila pakai set Freezer Mate ni.

Tetapi tidak la semua barang beku saya gunakan Tupperware. Alternatif kepada Tupperware adalah bekas IKEA ini. Ni pun saya suka pasal murah, tak lebih daripada RM20 pun untuk 17 bekas yang berbagai bentuk dan saiz. Daya tahan pun ok, lebih elok daripada Tipuware. Cuma daripada segi kedap udara, tidak lah sebagus Tupperware. Tapi daripada segi kos, memang lebih mampu milik. Kalau RM20, Tupperware cuma dapat beli midget aje kot.



Selain dua bekas plastik ni, saya guna juga beg storage yang biasanya digunakan oleh ibu menyusu untuk bekukan susu.



Ibu saya yang merangkap pengasuh anak, tak suka saya pakai beg storage pasal leceh untuk disalin-salin daripada plastik ke dalam botol. Jadi, beg storage yang ada ni saya guna pakai untuk simpan stok ayam, stok udang, sos pizza, santan dan apa-apa cecair lain. Sukatannya tak banyak, jadi mudah untuk sekali masak.





Macam gambar kat atas tadi pun, sebelah Tupperware tu, adalah beg storage yang saya isi baki sos pizza. Memang amat menjimatkan ruang, terutama kalau peti ais yang ruang bekunya kecil.

Isu yang selalunya jadi masalah adalah cara menyimpan bekas-bekas plastik ni.

Memang masalah besar kalau tak diuruskan.


Sumber: Google images

Saya search gambar-gambar yang boleh dijadikan panduan dan teknik untuk menyusun bekas plastik dengan jayanya.





Saya cuma gunakan apa yang saya ada.

Saya ada: Ruang laci yang ada ruang dalam.

Saya takda: Duit nak labur beli pembahagi dalam laci.

Jadi, apa yang saya buat, saya susun bekas-bekas plastik mengikut kesesuaian saiz dan ruang. Untuk penutup Tupperware dan Ikea, penutupnya saya simpan di ruang paling depan sebelah kiri. Bekas-bekas plastik semuanya saya simpan mengikut ketinggian, daripada paling rendah ke sederhana, ke paling tinggi. Untuk jimatkan ruang, saya masukkan setiap bekas ke dalam bekas yang lebih besar. Penutup Tipuware, saya susun dibahagian belakang kiri.


Antara sebab saya suka pakai bekas plastik dari Tupperware dan Ikea -- Penutup yang senang dipadan. Saya kurang suka Tipuware pasal walaupun saiznya bulat, tapi kadang-kadang penutupnya tak padan. Jadi dah kena cuba satu per satu, cari mana yang padan.

Walaupun saya jarang guna Tipuware, tapi saya tetap gunakan kalau nak tapau makanan untuk bawa ke rumah orang. Jadi apa yang saya buat ketika Projek kitar semula dapur saya dulu *Malangnya, tak amik gambar pulak masa tu*.

1. Saya keluarkan semua bekas-bekas plastik Tipuware yang saya ada
2. Saya periksa bekas dan penutup mana yang ada sopek, retak atau kesan degil yang tidak dapat ditanggalkan, saya ketepikan untuk dimasukkan ke dalam kotak kitar semula *jangan buang dalam tong sampah. Pergi hantar ke pusat kitar semula.
3. Bekas yang masih elok, saya akan cari padanan dengan penutup yang masih elok.
4. Bila dah cuba padanan, saya akan tandakan nombor di bawah bekas dan di atas bahagian luar penutup dengan menggunakan pen marker
5. Simpan dan susun semua bekas-bekas tu dalam kabinet


Kalau tengok gambar kat atas ni, ada nampak nombor 10 tertulis kat salah satu penutup Tipuware tu. Walaupun lepas 4-5 kali cucian, kesan nombor tu akan jadi pudar dan tak jelas, tapi masih boleh ditulis semula. Jadi, lepas ni kalau ada nak tapau makanan, saya cuma carikan padanan bekas dan penutup mengikut nombor yang telah saya tulis, berbanding cuba memadankan bekas-bekas tu satu per satu. Buang masa dan lepas 4-5 kali percubaan, sudah malas. Maka sumbatkan aje, dan paksa muat masukkan walaupun lepas tu akan pecah.

Salah satu cara saya untuk kekalkan laci simpan bekas plastik ni tersusun rapi: jangan ada terlalu banyak koleksi bekas plastik. Bekas plastik ni akan dipakai secara berulang. Jadi yang dah kosong boleh dibuat isi yang baru. Kalau banyak sangat, laci pun dah tak muat. Saya lebih suka gunakan bekas plastik ni untuk isi barang, berbanding biarkan bekas-bekas ni terperap dalam laci tu.

Saya tak tahu la orang lain ada perasaan macam saya ke tak, perasaan "Eh, sayang nak buang. Mana la tahu satu hari nanti nak guna".. Perkataan "Mana la tahu.." tu memang ayat berhantu. Ayat yang buat kita teragak-agak nak buang. Susah nak kikis perasaan tu. Kalau perasaan tu datang lagi masa mengemas bekas plastik, apa yang saya buat, saya pecahkan sikit bahagian bekas plastik Tipuware tu. So confirm la takkan nak guna lagi. So hati jadi senang. Boleh? Ye, memang sakit kronik rupanya aku ni.

Sekian, ceritera cara susunan Tupperware dan Tipuware di dapur saya.

Lepas ni nak terjah ruang rumah yang mana lagi ye?? Erm, mungkin boleh cite pasal meja makan kami pulak la.

3 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

membuatkan aku nak buat kitchen cabinet

mummy berkata...

wah,..menarik..sekarang sy pun tengah buat susun atur mcm ni,... ;)

Han Hanni berkata...

Cik hani xpernah beli tupperware.xde peruntukan.biasanya guna bekas biasa je.mmg xkedap udara.tp klu bekas putih yg dpt ms bli taufufa tu mmg leceh klu nk cri padanan tudung dia