Lori Surat Khabar Lama

27 Ogos 2013

2 Bulan Hibernasi

Salam dan hai

Post terakhir saya pada bulan Jun. 

Blog ni langsung tiada apa-apa post untuk bulan Julai dan Ogos.

Dunia nyata mengambil alih dunia maya, nak buat macam mana. Kehidupan kami sekeluarga masih berjalan seperti biasa. Tiada apa diluar kebiasaan. Sampai tak tau nak kongsi apa.

Bulan Julai mula buat kuih raya






Bulan Ogos sambutan raya


.. dan juga sambutan hari jadi Dyzhwar pada 25 Ogos baru-baru ini





Erm, mungkin saya boleh kongsi pengalaman buat majlis makan-makan raya hari tu memandangkan takde cerita tentang dekorasi rumah boleh dikongsi, walaupun sempat juga la pergi Ikea beli benda-benda merepek.






Ok, insyaAllah dalam post akan datang saya kongsikan pengalaman jadi tuan rumah lagi sekali. Mungkin boleh jadikan panduan pada pembaca dan juga jadi peringatan untuk diri saya sendiri, tentang apa yang boleh diperbaiki. 

Berbeza berbanding tahun lepas, kami suami isteri buat majlis makan-makan cuma sekali dan serentak untuk ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan. Tak larat dah nak buat berulang kali setiap minggu macam tahun lepas. Masa tu tengah layan kempunan pasal tahun 2011, bersalin masa raya. Jadi kempunan nak jadi tuan rumah, pasal tu tahun 2012 buat makan-makan hampir setiap minggu. Tapi tahun 2013, tak larat dah ha.. buat sekali harung sahaja. 

Daripada segi dekorasi rumah, bilik tidur Dyzhwar pun sudah siap 40%, cuma tinggal nak beli katil dan karpet sahaja. Dulu bilik tidur dia kami jadikan bilik laundry,letak baju-baju kotor kat situ sebelum dibasuh. Tapi memandangkan Dyzhwar dah nak masuk 2 tahun, saya rasa dia perlukan ruang peribadi sendiri, jadi kami pun sediakan bilik dia secara berperingkat. 

Selain itu, ruang dobi pun dah berubah. Tak drastik sangat. Masih tidak melibatkan cat mengecat kerana tuan rumah @ suami tak kasi mengecat. Cuma daripada segi susun atur sabun dan sebagainya dah berubah sejak Dyzhwar dah pandai buka botol. Iye la, takut-takut dia telan cecair sabun, masalah nanti jadinya.

Lain-lain kawasan rumah, masih seperti dulu. Semua benda dibuat berperingkat. Nanti ada gambar boleh uploadkan ke sini.

InsyaAllah.. harap semangat menulis kembali mengambil tempat.

5 ulasan:

Cik Puan Rara berkata...

akk buat kuih lidanh kucing tu eh.hehehe.sedap ke.teringin nk rasa.

Xora berkata...

rasa kuih tu cam kosong la, ikut selera tekak akak. semperit lagi sedap kot. atau kalau modified letak mocha ke, cheese ke, maybe ada la gak rasa yg best. tapi rasanya tahun depan tak buat lagi kot hehe. rugi aje beli loyang, tak tau nak buat apa dgn loyangnya ni

fazianbatrisyia berkata...

selamat hari raya. cerita bab kemas rumah mmg tak penah habis. bila mood datang berkobar tu rasa semua bhg nak usik...kalau tak biasa jek. suka tgk blog rumah kemas ni...at least ada mood & idea.

ain shahrulazri berkata...

Selamat Hari Raya Xora! Comelnye Dyzwar pakai baju melayu, nmpk cam dah besar huhu =)

mingming berkata...

hai, selamat hari raya!
nanti rajin-rajin tulis lagi tau!