Lori Surat Khabar Lama

29 Ogos 2013

Dwi Sambutan: Hari Raya dan Hari Jadi Dyzhwar (Kekalutan pada Hari Majlis)

Salam dan hai

Dah namanya kekalutan, dah pasti la takde gambar sempat dikongsikan. hehe

Kekalutan persiapan bermula sejam terakhir sebelum tetamu sampai. Kami saje susunkan waktu ketibaan tetamu berperingkat. Kiranya untuk famili, berkumpul pukul 12 dan untuk kawan-kawan dan jiran dijemput daripada pukul 1 ke atas. Waktu ketibaan tetamu tu tak menjadi masalah.

Yang menjadi masalah bila saya tak sempat nak siapkan semua menu yang saya rancangkan. Semuanya gara-gara bangun lewat sejam daripada sepatutnya. Ikutkan saya kena bangun 4 pagi, tapi saya terlajak bangun pukul 5 pagi. Jadi segala-galanya dah berubah daripada situ. 


Nasib baik beberapa juadah saya dah sediakan dan sejukkan dalam peti ais macam makaroni and cheese, muffin. Cuma menu-menu yang perlu dibuat pada pagi majlis macam tanak nasi, bakar ayam, buat sup ayam, semua tu yang agak kalut. Semuanya gara-gara tak ikut naluri saya. Tapi takpe, belajar daripada kesilapan.

Penyelamat terbesar saya adalah abang-abang dan kakak-kakak ipar saya. Meereka tiba seawal 11 pagi, jadi mereka yang tolong potong sayur, potong ayam, bancuhkan air, sediakan bahan sampingan bihun sup dan kemas rumah. Ye, abang saya tolong angkat kerusi di ruang tamu ke bilik belakang pasal saya tak larat nak angkat, jadi D dan abang saya yang angkatkan. 

Nak dijadikan cerita dalam 1130 tu pulak sambal cili saya buat tak sedap. sangat-sangat tak sedap. tak tau apa tak kena, tapi memang tak sedap. ikut resepi, tapi memang tak sedap. Sepatutnya saya buat sahaja awal sehari dua dan simpan dalam peti ais, tapi ni semua gara-gara nak gi warehouse sales pureen hari sabtu tu, jadi semuanya dah lari hehe. Maka, D la kena gi beli sos cili dan kicap di Ayamas, dan abang saya yang tolong vacuum rumah dan bentangkan tikar. Abang lagi sorang, tolong jadi warden dalam play room, jaga anak-anak buah saya dan Dyzhwar.

Disebabkan bantuan adik beradik dan kakak-kakak ipar, maka saya sempat la gi mandi dan bersiap sebelum 12 tengah hari. Lega..

Maka, muka gembira masa potong pulut kuning dengan Dyzhwar. Kami sempat buat bacaan doa dulu sebelum potong pulut kuning. Sengaja saya taknak kek pasal saya rasa, kalau tahun depan umur panjang dan ada rezeki, dan Dyzhwar sendiri yang nak kek, baru saya akan buat. Kalau dia tak kisah, memang pulut kuning aje la setiap tahun heheh.. 
Pinggan dah cantik, tapi kosong pulak. Patut saya kena kelilingkan pulut kuning
tu dengan gula-gula ke apa-apa ke yg comel

Video ada, tapi senget hehe. Namun boleh dilihat betapa terujanya Dyzhwar pada 0:03 

video

Selebihnya saya kasi Dyzhwar spend masa dengan sepupu-sepupunya (pun senget.. aiseh)

video

Lepas famili saya balik dalam 3:30, kekalutan bermula semula. Nak topup lauk, nak sapa tetamu, nak buang sampah, nak basuh pinggan, semua-semuanya tak terbuat hehe. Tapi pasal dah minit-minit terakhir, jadi tak mengisah sangat. 

Tapi hati terasa takut sangat pasal nasi dan sup ayam dah tinggal sikit sangat-sangat menjelang 4:20 petang. Rasa cam buat kenduri kahwin pulak. Tapi alhamdulillah semua selesai. walaupun saya rasa bersalah kat tetamu-tetamu terakhir, tapi mungkin saya boleh dapat banyak pengalaman dan pengajaran. 

Masih menjadi tanda tanya kenapa sup tidak mencukupi. Sama ada saya masak tak mencukupi, atau orang makan berulang. Tapi ibu saya kata, kebanyakkan tetamu menghirup sup ayam. Jadi saya rasa, mungkin saya sepatutnya buat lebih banyak-banyak. 

Pengalaman yang memenatkan dan yang pastinya mendebarkan. Tapi sangat menyeronokkan. Walaupun penggunaan pinggan dan mangkuk kaca memang memenatkan untuk dibasuh, tapi saya tetap nak gunakan peralatan yang sama kalau ada rezeki buat makan-makan lagi.

CUma untuk budak-budak, kalau ada rezeki lebih, saya nak beli ni daripada Ikea. ringan dan lebih kukuh berbanding polisterin. Murah pun murah, lagipun kanak-kanak bukannya ramai sangat pun kebiasaannya. Kalau saya sendiri gi piknik ke, boleh gunakan juga. Investment ni. 


KALAS Mug IKEA Great for parties and everyday meals. Made of durable plastic and safe to use in the dishwasher and microwave.
KALAS Bowl IKEA Great for parties and everyday meals. Made of durable plastic and safe to use in the dishwasher and microwave.
KALAS Plate IKEA Great for parties and everyday meals. Made of durable plastic and safe to use in the dishwasher and microwave.

Dyzhwar sangat-sangat gembira sepanjang hari, sampai tak tidur petang la. Semua kanak-kanak, dia ajak naik atas pergi main dalam playroom dia. Baru saya sedar, ada bagusnya juga ada playroom di rumah pasal mak ayah boleh makan dengan tenang. Dengar suara riuh kanak-kanak, tapi tak nampak kelibatnya. Semuanya di atas tengah main. Cuma ada beberapa tetamu ada masalah nak bawa anak keluar daripada playroom, ada yang kena nego dengan anak yang dah pegang barang mainan rampasan untuk dibawa kerumah. Memang kelakar. 

Elok dalam 630, dia tertidur depan TV keletihan.

Meninggalkan saya dengan keadaan rumah sebegini rupa


.. Dan bilik permainan sampai ke hari ni belum sempat saya kemaskan


Tapi kesian sebenarnya tengok Dyzhwar. Esok harinya, bila ada seorang pakcik tu datang untuk tengok wiring rumah, dia ajak masuk bilik mainan dia, tapi pakcik tu terus turun bawah pasal nak panggil pekerja. Dyzhwar punya nangis, punya la meratap. Mungkin dia tak dapat terima yang hari kegemilangan dia sudah berlalu..

Kalau ada rezeki dan usia panjang, tahun depan ye nak.

2 ulasan:

Mak Lagenda berkata...

Slm..buat majlis mkn2 cam ni mmg memenatkan tp seronok tgk tetamu menjamu selera tu melebihi segala2nya kan??

Mak pun baru je lps buat majlis mkn2 sempena msk rumah baru dan raya. Penat!!! dan senaseb la kita..kalut malut dan xde gambo majlis!

Huhuhu..

MAMA Maisarah berkata...

sama laa dengan saya juga..bak kate u..mcm buat kenduri kawin anak plak rase gelabahnya..bila nengok makanan dah mula kurang menjelang petang...huhu...majlis saya yang kalutnya..bila roti jala saya kehabisan..nasib le kakak sendiri dtg menyerah diri tolong...pada seblah tghari...sebelah petang pulak kakak ipar tolong menjalakan lagi...hadoiiii cemass sangat bile tngok makanan makin kurang..tetamu mula ramai...cuak cuak...