Lori Surat Khabar Lama

11 Jun 2013

Bagan Seafood Restaurant

Salam dan hai

Saya dah lama perasan, kami takde gambar yang kumpulkan Dyzhwar dan sepupu-sepupunya dalam satu gambar. Sedangkan selalu sahaja berjumpa, tapi tak tau la. Mungkin kami masing-masing sibuk jaga anak masing-masing sampai tak sempat nak ambil gambar mereka berempat. Mungkin gambar-gambar ni 

Kebetulan hari tu, mak ngah saya ajak makan seafood di Klang. Jadi saya pun amik la gambar mereka berempat ni


Satu aje gambar yang jadi pasal gambar-gambar yang lain, Dyzhwar tak duduk diam, jadi takde hasil pun. 





Kami makan di sini


Ni kali kedua saya ke sini. kali pertama masa tu selepas abang saya yang sulung baru berkahwin, kira-kira 8 tahun lepas rasanya. Saya tak sempat amik banyak sangat gambar pasal Dyzhwar sangat teruja nak tengok air laut, jadi kebanyakkan masa mengejar dan perhatikan dia supaya jangan terjun ke dalam laut.


Kami sampai dalam 6 petang, jadi meja masih banyak yang kosong. Tapi masa kami nak balik dalam pukul 8 lebih, meja dah banyak penuh. Kat sini ada tempat solat dan tempat wudu' cuma tempat wudu' kena kongsi lelaki dan perempuan. Tempat solat pun bersebelahan dan cuma dipisahkan dengan kain rentang. Ada telekung disediakan, jadi kalau terlupa nak bawa telekung pun tak apa.

Walaupun saya tak sempat ambil gambar keadaan restoran ni, tapi yang boleh saya kata, restoran ni restoran famili. Ada banyak meja bulat, sesuai untuk famili besar atau famili kecil. Staf pun sangat bagus dan mesra. Ada seorang staf tu, yang hulurkan tawaran untuk masukkan kek hari jadi yang kami bawa ke peti ais mereka, tanpa saya bertanya. Malah, mereka pun boleh pasang lagu happy birthday untuk Echa dan staf pun sama-sama tepuk tangan. Untuk kita orang dewasa ni, mungkin la takde rasa apa, tapi kalau kanak-kanak, mereka memang sangat teruja dan suka.

Videonya ada tapi terlalu besar, jadi tak muat nak masukkan. Mungkin nanti lepas edit kasi pendek sikit, boleh muat masuk ke dalam post ni.

Menu-menu masakan laut ni rasanya tak jauh beza dengan restoran yang lain. Cuma mungkin cara penyediaan sahaja berbeza. 



Saya pernah cuba buat sarang burung ni, tapi tak pernah berjaya
dapat sehalus ini. Ada sapa-sapa berjaya tak? kongsikan resepinya, boleh?

Ni sebahagian sahaja daripada menu yang dipesan. Yang belum sampai menu ketam dan ikan. Bila meja dah penuh, takde nya saya nak amik gambar satu per satu pasal Dyzhwar dah cemas nampak makanan depan mata tapi tak diberi pada dia.Maka tiada la gambar lagi.

Akhirnya berjaya dapat aiskrim goreng. Masa kali pertama ke sini, tak sempat nak pesan. Kali ni berjaya merasa. Walaupun saya tau, boleh sahaja buat sendiri pasal resepinya banyak kat Internet, tapi saya nak rasa dulu yang kedai punya macam mana. 



Selain makan-makan keluarga, program utamanya nak sambut hari jadi Echa. Memang tradisi famili kami, kami akan sambut birthday lambat sikit dan bukan pada harinya. Tak tau kenapa, tapi memang macam tu. 

Kek ni saya beli gunakan kupon Groupon. Kek aiskrim daripada Kings.
Harga dalam RM70 tak silap, tapi lepas diskaun cuma RM30.
Oh ya saya dah tau kenapa video saya tak dapat dimasukkan. Rupanya pasal file yang lebih besar daripada had dibenarkan. Video dalam post ni OK aje dimasukkan.

Harap-harap kalau ada rezeki, teringin nak buat sambutan hari jadi Dyzhwar yang kedua tahun ni. Pasal kali pertama dulu, memang sambut pakai kek ni sahaja pasal masa tu saya agak tegas bab pemakanan Dyzhwar. 


Dyzhwar pasrah aje dapat Ummi macam ni kan?



4 ulasan:

Unknown berkata...

xora.. ade keek tak..? nak tinguk anak bujang xora.. lame tak dgr cite keletah dia.

zool berkata...

wah kecil2 dah pandai posing

Han Hanni berkata...

Kek buah ke?
Pasni blh buat besday ank potong kek betul betul plak

Tengkubutang berkata...

hai.. salam kenal,
follower no.181
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/