Lori Surat Khabar Lama

18 Mac 2013

Rumah Amal, Buah Hatiku

Salam dan hai

Bermula daripada post di Facebook yang dikongsi hampir ribuan orang


sumber



Kawan-kawan division D berpakat untuk buat kerja amal di rumah amal ni. Saya sekadar mengikut sahaja. Lagipun, masa sebelum ada anak, saya selalu teringin nak dedahkan anak-anak dengan kerja-kerja kemasyarakatan macam ni. 

Hari Sabtu lepas, lebih kurang 20 orang lebih kawan-kawan D turun ke Seksyen 7 menuju ke rumah amal ni. Mereka siap dah sewakan satu bas Nadi Putra khas untuk bawa anak-anak ni bermandi manda di Putrajaya pada petang harinya. Tentatifnya, berkumpul di JKR pada pukul 9 pagi dan daripada situ, ada yang naik kereta dan ada juga yang terus naik bas.


Dyzhwar sangat teruja jumpa bas. Selama ni, asyik tengok
daripada dalam kereta. 


Kami sampai lewat 2 minit. Patutnya dah boleh sampai awal. Dah cantik saya bangun pukul 5, keluarkan cream cheese tapi kemudian Dyzhwar menangis nak  susu. Bila susukan dia, memang ada potensi terlelap sekali. Tup-tup sedar dah pukul 6. Terus siapkan hiasan muffin.

D hajat nak bawa muffin untuk budak-budak ni, jadi saya pun buatkan. Pada masa yang sama, untuk puaskan hati saya, nak cuba deko yang ini


Sumber
Ala, yang masa majlis Akikah Dyzhwar, tak menjadi dan leper sahaja


Sumber


Kali ni, boelh la berpuas hati dengan hasilnya, walaupun tak cantik meninggi pasal cream cheese 250g tak mencukupi rupanya. Jadi, setiap muffin dapat cinonet sahaja toppingnya. Tapi sekurang-kurangnya saya belajar cara nak jadikan fosting dwi rasa. Yang blueberry, saya pakai frosting vanila+ blueberry; sedikit filling blueberry yang saya ketepikan untuk beri warna ungu dan rasa blueberry. Yang muffin coklat chip, saya pakai nutella dan vanila. Senang sahaja rupanya, cuma untuk permulaan, kena buat trial and error untuk kasi kedua-dua frosting keluar serentak.



Dalam pukul 7, Dyzhwar bangun dan temankan saya sambung buat kerja. Tengok, bangun-bangun pagi, diminta posing pada kamera, laju sahaja senyum. Sangat professional Dyzhwar.



Ok, cite mufin tu sekejap sahaja.


Seterusnya, kami semua pun menuju ke Seksyen 7 Bangi untuk ke rumah amal tu. Masa kami sampai, dah ada tetamu yang melawat rumah amal. Sambil tu, sempat juga la saya amik gambar persekitarannya


Nak cari senang sahaja, warna hijau epal



Saya rasa ni tempat letak barang-barang anak kat sini

Ramai yang sedekahkan beras



Anak-anak rumah amal ni memang amat peramah. Mungkin dah selalu orang datang melawat. Mereka semua meluru keluar dan salam semua orang yang ada. Tak silap kanak-kanak disini adalah lebih kurang 28 orang. 

Dyzhwar pun cepat sahaja bergaul dengan diorang




 Cuma seperti biasa la mana anak pun, bila nampak ibuayah dia didekati oleh kanak-kanak lain, mula la dia menempel dekat-dekat



.. dan terus Dyzhwar melekat dengan babahnya.





Daripada pemerhatian saya, apa yang saya boleh kata, orang Malaysia amat pemurah. Sangat-sangat pemurah. Sepanjang kami di rumah amal tu, tak putus-putus tetamu yang datang. Kebanyakkannya adalah daripada rakyat marhaen biasa-biasa. Datang bersama anak isteri. Datang membawa bahan-bahan asas daripada beras, tepung, gula, minyak, kepada bahan keperluan anak seperti sabun, pampers, baju. Barang-barang permainan seperti tricycle, bola, board games, semua ada. Sehingga la perkakasan rumah seperti kipas dan aircond. Ada yang siap cantik berbaju kenduri, menghantar makanan yang siap elok berbungkus. 

Rasa bersyukur, masih ramai yang sudi membantu.


Ada tiga aktiviti dirancang hari tu

1) aktiviti membersihkan rumah amal
2) pemeriksaan kesihatan 
3) Bawa anak-anak mandi di Putrajaya


Aktiviti mengemas rumah dijalankan sedikit lewat. Masa kami sampai, dah ada kontraktor yang buat wiring di bahagian belakang rumah, jadi keadaan dalam rumah agak sesak. 

Ni sesi perbincangan antara ketua rombongan (saya rasa istilah ketua rombongan lebih sesuai pasal masa kami sampai ke rumah amal tu, ada yang membawa kek. Rasa sudah macam rombongan meminang). Ketua rombongan dapatkan persetujuan daripada pengasuh di sini tentang rancangan mengemas rumah amal ni. Hanya selepas persetujuan dicapai, baru la aktiviti mengemas bermula





Sebenarnya, agak susah untuk saya menolong disebabkan Dyzhwar yang tidak mahu duduk diam. Saya takut kalau-kalau dia terus berjalan ke jalan raya. Mebahaya. Saya mengemas takat yang mampu, sambil mata tak lari pandang Dyzhwar. Sampai satu masa, bila Dyzhwar tak betah duduk diam, saya ajar dia angkat gula 1kg hantar ke dapur untuk disusun. Ada juga la dalam 5 kali dia ulang alik angkat gula. Tujuannya untuk kasi dia penat dan kemudian supaya dia tidur (tapi langsung tak berkesan) Lepas habis gula diangkat, dia nak angkat beras 10kg pulak. Tak padan dengan kecil.

Pada waktu aktiviti mengemas rumah dijalankan, isteri kepada salah seorang kawan pejabat D yang merupakan doktor, membuat rawatan kesihatan percuma kepada anak-anak ni, siap dengan bekalan ubat disediakan. 

Aktiviti mengemas rumah tamat lebih kurang pukul 3 petang. Sarapan dan makanan tengah hari disediakan. Lepas selesai, bas datang untuk membawa anak-anak ni mandi di Putrajaya. Dyzhwar pun sangat suka jumpa kolam. Cuma meratip masa dibawa keluar daripada kolam. Siap lari tinggalkan kami, demi kolam.

Aktiviti tamat kira-kira pukul 6petang. 


Malam tu, kami bertiga terbongkang kepenatan, terutama Dyzhwar. Kalau Opah tahu Dyzhwar kena angkat gula, mesti Opah meratip kata "Kesiannya Dyzhwar".

Sampai ke hari ni, masih terasa penat kami. Tapi saya sukakan pendedahan begini kepada Dyzhwar. Ajar dia hidup bukan sekadar untuk berseronok. 









7 ulasan:

Fizah berkata...

anak2 kat sini anak yatim atau camne xora..? kat mana rumah amal ni? klu nk mnyumbang gane?

~eh sori byk plak soklan..huhu

Xora berkata...

Jujur cakap Fizah, ada kisah disebalik rumah amal ni. Post Mazidul

http://www.mazidulakmal.com/2013/03/masyrakat-berhak-tahu-fakta-hubungan.html

http://www.mazidulakmal.com/2013/03/puan-beritahu-fakta-berhubung-status.html

http://www.mazidulakmal.com/2013/03/puan-beritahu-fakta-berhubung-status.html

tapi bagi kami tempoh hari, tujuan kami adalah untuk menggembirakan anak-anak ni. Kalau pada kain rentang, tertulis anak yatim, fakir miskin dan asnaf. tapi kalau ikut report Mazidul, ada yg masih beribu bapa elok dan sihat.

Jadi bagi kami tempoh hari, niat kami nak menggembirakan anak-anak ini.

Kalau nak menyumbang, boleh ke rumah amal ni. Alamat rumah No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,Bandar Baru Bangi, Selangor.

Mungkin Fizah boleh hulurkan barang-barang keperluan hidup berbanding wang ringgit, tapi terpulang pada Fizah :)

Pn Daisy berkata...

Salam,
Kebetulan sesangat hari selasa lepas saya pergi melawat kanak2 ni during lunch hour. Time tu just nk ziarah je sambil bawa apam polkadot. Niat hari tu just nk checked apa yg diperlukan oleh mereka. Kanak2 kat situ comel2 kan.Bila sampai mereka tak sabar2 nak salam dan masing2 berebut nak duduk atas riba. Rata2 bila baca blog2 lain yg pergi rumah amal ni akan ckp benda yang sama. Tetiba terpikir, hmmm maybe kanank2 ni dh di latih supaya bersalaman dgn orng yg dtg melawat. K that's fine.
Pada hari tu jugak saya tanya, wekend ni ada akiviti ke? Jawapan salah seorang pekerja disitu ckp a ah, ada orang nk bawak bebudak ni keluar. Oh rupa2 nya uol la kot yg dimaksudkan oleh pekerja kat situ. Bwk pegi mandi rupanya...so sweet..Saya pun ada tanye pekerja tersebut, apa yg masih diorang belum ada, pekerja tersebut ckp almari baju perempuan belum ada lagi. Time tu sy rase sy nk usahakan tolong dptkan almari. Dah info dh kwn2 ttg hasrat sy tersebut sbb sy nak buat kutipan dgn kwn2 terdekat. tp salah sorang rakan sy ada feedback sesuatu yg meragukan.Anyway, just nk share, rumah amal ni disyaki salah satu rumah amal yg dimiliki oleh Global ikhwan sdn bhd iaitu pengikut al -arqam, dan anak2 yg tinggal disitu juga disyaki anak2 pengikut al arqam. untuk maklumat lanjut bole pergi ke blog Mazidul Akmal. Ada byk penerangan disitu. Mula2 mazidul pun buat cover ttg rumah ni, tetiba ada org komen suruh buat siasatan rumah amal ni siapa yg punya.
Sy noticed tau Pn Asiah ni dia tak nak layan sy apa yg saya tanya mengenai rumah amal ni, sy tanya sbb sy nk buat homework dulu before sy nk buat kutipan, tp beliau mcm larikan diri atau menyibukkan diri. Mybe dia ingat sy ni pegawai yg nak buat siasatan kot. Sbb sy dtg pun tak bwk ape2 cume kueh je tuk bebudak.

Xora berkata...

Bunga, tu la.. kadang2 kita nak buat baik ni, macam2 dugaan kan? nak buat dosa senang aje, maki bos kat fesbuk dah dapat dosa heheh. tapi ye cam Bunga cakap, Pn Asiah ni pun macam takut2 aje sepanjang kami kat sana. pasal tu kot kalau nak derma apa2 dinasihatkan lebih kepada barang kperluan hidup berbanding wang ringgit, wallahualam.

Reen Tart Nenas berkata...

bagus pendedahan ini utk boboi :)

Tanpa Nama berkata...

http://adeezroon.blogspot.com/2013/03/rumah-amal-buah-hatiku-truth-finally.html

My Journey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.