Lori Surat Khabar Lama

04 Februari 2013

Tanjung Malim dan Tantrum Dyzhwar 48 Jam

Salam dan hai

Langsir Macy tu dah lama sampai, tapi masih belum sempat kami pasang. Pasal tu saya senyap sikit. 

Lagipun  tengah sibuk juga la merancang apa nak dibawa ke Tanjung Malim. Tempat kerja D ada buat gathering di Tanjung Malim, jadi agak teruja pasal tak pernah pergi Tanjung Malim

Dah lama juga saya tak pack beg untuk trip, jadi rasa seronok pulak. 

Kami semua berkumpul di Putrajaya dulu. Tapi Dyzhwar agak moody sepanjang pagi, tak mahu bergambar jadi semua gambar dia tak mernjadi.

Ni pun gambar dia tengah mengamuk. Ni bukan ketawa keriangan, ni menjerit tantrum namanya. Dyzhwar tantrum sepanjang 2 hari di Tanjung Malim, kecuali pada ketika dia mandi sungai. Masa tu dia molek tingkah lakunya.




Dyzhwar dah pandai cakap tiga benda paling dia suka:

1. Babah
2. Ball
3. Air

Ye umi tiada dalam senarai. Pasrah.

Hari tu, ingat dia dah pandai cakap "Ummi" bila di sebut "Mi", tapi rupanya, dia meruju kepada pek Milo yang saya pegang.

Pasrah lagi. 

Ni muka orang yang asyik cakap "air" sepanjang perjalanan masa dah nampak air sungai kat challet tu





Ni pengalaman pertama kami berdua tinggal di chalet sejak dah ada Dyzhwar.  Biasanya kami akan pilih hotel pasal malas nak fikir banyak tentang fasiliti.  Bila dah ada anak kecil, kalau boleh nak semuanya tersedia. Tapi bila D bagitau akan duduk di challet, saya cuba guna pengalaman sekali saya duduk di challet masa bercuti di Redang dengan kawan-kawan saya dulu. 

Saya tak berapa cekap ingat apa nama chalet yang kami duduk. Ada juga menjeling-jeling ke pesekitaran, nak tengok kot ada nama chalet tapi macam takde pulak. Namun, chalet ni cantik dan sesuai untuk dijadikan persinggahan. Kalau datang berkumpulan lagi best pasal ada bilik dorm. 

Nanti kalau saya ada maklumat lebih, saya update.

Kami dapat bilik mengadap anak sungai. Seronok tidur dengan bunyi deruan anak sungai. Tapi macam ngeri juga la pasal bilik kat cerun, jadi macam-macam dah saya fikir.



Balkoni ni ramai yang buat tidur secara berjemaah diwaktu siang.




Kat chalet ni, dicatu sumber elektriknya. Jadi sumber elektrik cuma ada daripada pukul 7 malam sampai 7 pagi. Jadi kalau nak gosok baju ke, masak air ke, nak caj bateri phone ke, kena buat dalam tempoh waktu tu.. Tapi tu tak menjadi masalah bagi saya sebab waktu siang pun memang takde dalam bilik, banyak masa dihabiskan kat luar. Lagipun, ada sumber "kipas angin" semula jadi, gaya kampung :)

Kat bilik ni disediakan empat tilam, empat bantal dan empat selimut. Walaupun sudah bercadar, tapi kami tetap kibas dan jemurkan kat luar dulu. Kemudian masa tidur, pakai alas katil yang kami bawa daripada rumah. Kalau masa bujang dulu, tak kisah pun tapi pasal dah ada anak, nak dia selesa la walaupun Dyzhwar bukan peduli ada alas katil ke tak. Asal dia ada comforter busuk dia, dia dah tau kat mana dia kena tidur.


Latih anak bujang buat kerja rumah. Jangan nak jadi tipikal lelaki
melayu pemalas.

Bilik ni, ada dua tingkat *pakai istilah tingkat la pasal cam ada anak tangga sikit hehe* . Tingkat atas untuk tidur, tingkat bawah untuk laluan bilik air dan sinki. Beg-beg semua kat letak di atas supaya Dyzhwar tak dapat nak capai.




Tu la serba sedikit keadaan bilik chalet tu. Kemudahan asas semua ada, semua memadai bagi kami, takde apa nak kritik. 

Yang untungnya, pasal naik kereta, jadi tiada had barang apa yang boleh dibawa. Pasal tu saya bawa sekali sterika. Tiada alasan untuk selendang dan baju berkedut. Lagi sikit nak bawa bread maker, tapi nasib baik D bagitau elektrik cuma ada 7 malam ke 7 pagi. Dyzhwar menyusu badan lagi, tapi saya tetap bawa botle warmer dengan tujuan, nak panaskan air dalam tu jadi boleh la minum air panas. Tapi terlupa nak simpan dalam termos, maka takde air panasnya.


Dulu, pernah kami ke Tiara Beach Resort, untuk family day cawangan lama D. Masa tu tak tau apa program majlis. Ingatkan disediakan makanan tengah hari untuk famili staf, tapi rupanya non hadoo. Cuma Dinner sahaja diberikan. Lapar punya pasal, saya makan serbuk milo aje. Nak panaskan air, pemanas air elektrik tu berkarat dalam nya. Disebabkan pengalaman sadis tu la, sejak tu kalau kami pergi trip jauh sikit, saya akan bawa bekal. Trip hari tu, sampai 2 pan pizza saya bawa bekal. Puas hati, makan sampai ke petang. Malam baru ada BBQ. Saya pun faham, kadang-kadang trip macam ni, ada kekangan budget. Urusetia takde la kejam sangat, cuma diorang kena ikut belanjawan diorang. Pasal tu saya tak kisah bawa bekal sendiri. Jimat belanja pun ye.


Lupa nak potong pizza siap-siap, maka kena main tarik aje bahagian
yang nak dimakan.


Sejak daripada pengalaman sadis makan serbuk Milo, D peka untuk ambil tahu tentang tentatif program. Jadi saya pun kemas barang-barang ikut keperluan aktiviti. 




Boleh nampak tak?


tu la Checklist yang saya sediakan. Ikut keperluan. Tapi nasib baik la seluar track kami bawa sampai 3-4 seorang, pasal nak teman Dyzhwar mandi kat sungai.




Saya pernah cerita kan tentang bag zip yang saya guna untuk simpan baju-baju lama Dyzhwar. Saya gunakan bag yang sama dan satukan tuala, sejadah, comforter Dyzhwar, telekung, kain pelikat, selimut dan bantal,dalam satu beg dan vacuum kan. Lebih ringan untuk dibawa. Cuma masalahnya, nak balik tak dapat nak vacuum kan pasal takde vacuum. Membuat saya terfikir nak beli hand vacuum kadang-kadang tu.

Lagi satu, saya rasa perkara paling penting kalau ke trip yang mandi manda ni, kena bawa banyak penyidai baju. Biar lebih, tak apa. Memang biasanya tempat menyidai dan paku diberi, tapi kalau kita pakai penyidai baju, lebih jimat ruang dan lebih banyak baju boleh disidai. 

Saya terlupa nak ambil gambar chalet ni daripada luar. Saya suka rekaan chalet ni pasal rasa macam rumah kampung. Bukan batu semata-mata, ada ukiran kayu dan ruang-ruang yang angin boleh masuk. Pasal tu siang tak terasa panas. Cuma malam agak mengerikan pasal malam tu, ada lipas hutan masuk bilik. Bukat setakat masuk, malah ia terbang. Tak suka la lipas...!!! Setakat nyamuk, takde masalah pasal kami pasang ubat nyamuk elektrik. Memang nyenyak tidur.

Sempat juga singgah di kedai pau Yik Mun yang popular tu, tapi maaf la, gambar tak sempat nak ambil. Tapi memang senang nak nampak kedai tu. Ruang makan tak banyak, jadi kebanyakkan pelanggan memilih untuk tapau sahaja pau.  

Dah makan pau tu, bagi saya pau tu memang sedap, tapi biasa-biasa sahaja sedapnya. Mungkin pasal saiznya kecil, harga boleh tahan mahal; dan saya bukan hantu pau, maka saya bias. Kami cuba keempat-empat pau tu, tapi yang paling sedap ikut deria rasa kami, adalah daging. Kurang suka yang kaya pasal kayanya tak licin dan berpejal. Saya rasa itu signature kaya di kedai Yik Mun, cuma dalam fikiran saya, dah terbiasa kaya harus licin. hehe. 

Kalau nak jadikan buah tangan, pau ni sesuai. Tanya pada pekerjanya, dia kata pau ni kalau kat suhu bilik tahan 24 jam, kalau kat peti tahan 3 bulan. Jadi sesuai la untuk trip bawa balik. Harga untuk daging dan ayam RM20/10 Biji. Pau kacang RM17/10 biji, pau kaya pula saya tak pasti harganya, tapi rasanya harganya lebih kurang dengan pau kacang kot. 

Selain daripada tu, malam tu kami tengok kelip-Kelip di Kampung Kuantan. Gambar pun takde pasal Dyzhwar mengamuk lagi pasal dah ganggu waktu tidur dia. Masa nak naik sampan, dia taknak, tapi saya angkut dia juga pasal dah bayar kan. RM50 untuk 4 orang, tapi kami dapat budi bicara daripada staff, budak2 kecil ni tak dikira. Kawan D kata, sebelum ni RM40. Lepas bayar tu, dapat la botol air 4 botol. Tapi bila fikir-fikir balik, RM50 ni apa la sangat untuk kita, berbanding pakcik-pakcik yang gagahkan diri juga mendayung sampan untuk bawa kita semua. 

Nak diceritakan tanpa gambar, memang la tak best. Tapi bagi saya, pengalaman sekali seumur hidup tengok kelip-kelip. Kalau nak gi lagi, takde la kot. Tapi biar merasa sekali. Tengok kelip-kelip ni, macam tengok pokok yang cahaya-cahaya ka ICT. Memang sangat-sangat gelap atas sungai tu, cuma diterangi kelip-kelip. 

Begitu la kenangan kami di Tanjung Malim. Dyzhwar yang paling banyak pengalaman baru. dengan mandi di sungai kali pertamanya, kena gigit pacat pun dia dah kena.

Paling epic, yang ini


Ye. Gigi dyzhwar patah. 

Dah jadi rongak dah si bujang tenit ni. Ni akibat nak penyapu bilik sangat, then lari dan kayu langgar kipas maka dia terlanggar kayu penyapu, terus rongak. 

Memang menjawab la kami dengan atuk neneknya nanti..


4 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

owh ko pegi naik bot kat kg kuantan yer. hah aku pun penah g tapi masa bujang2 dulu la. hahaha tau x cite yg di sebalik kunang-kunang tu sebenornyer ada buaya? :) aku rasa kalau ko tau awal, mau nye tak naik hoke. aku tau pun lepas dh turun bot. cettt. patut la masa naik bot tu pakcik tu x bawa pegi ke satu area sungai tu, pasal masa tu ehem2 ada plak si bedal. hahaha ok ngeri, tp pengalaman yg best :)

Reen Tart Nenas berkata...

*tambahan. nampak checklist ko teringat diaterimanikahnya :) how time flies so fasttt.

Xora berkata...

aku syak ada buaya sebelum naik tu, tp masa teringat nak tanya, dah ada atas bot kan. lagipun, terdengar diorang cerita pasal udang ada banyak kat situ. dah tentu la mana ada banyak udang, di situ ada buaya. so darn it la.. aku doa aje takde jd apa2. aku rasa dz tak tau pasal buaya. dia yg hadap sangat nak tgk kunang2 tu.. hahah

Hafnidah berkata...

rasanya tempat yang xora pergi ni saya pernah pergi dulu. Nama dia Teratak Riverview =)