Lori Surat Khabar Lama

26 September 2012

Memegang Amanah Anak


Salam dan hai


Saya nak kongsi cerita tentang isu Pecah Amanah. --Boleh kot gunakan istilah ni dalam konteks post ni hehe. Amat sesuai untuk bulan Syawal yang telah berlalu.

Isu pecah amanah dalam rumah tangga, apabila wang digelapkan.

Wang siapa? 

Ye, semua tahu duit suami adalah duit isteri juga. tapi duit isteri, bukan duit suami.

Bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang duit anak-anak. Yang belum ada anak lagi, tak apa, ni boleh dijadikan tauladan.

Kalau kita perhatikan, daripada kecil lagi, anak-anak ini sudah diberikan wang oleh orang sekelilingnya. Terutama pada hari jadinya, ketika masih dalam hari, atau pada hari raya. Saya melahirkan Dyzhwar seminggu sebelum raya. 

Memang terbukti teori, bayi akan dapat duit raya lebih banyak daripada kanak--kanak. Sekali dihulur, paling-paling kurang nota bewarna merah.

Dyzhwar dalam hari.. masih demok


Ketika itu, persoalan yang terlintas difikiran saya: Jenis ibu bagaimanakah bakal saya jadi?

Adakah saya jenis ibu yang 'meminjam' duit anak-anak untuk membayar tol kerana tiada duit kecil, untuk membayar parking tiket, untuk menukar duit kecil atau mendahulukan duit anak untuk minyak kereta. Dua-tiga hari kemudian, terus terlupa anak menjadi 'along' kepadanya? Dan mengulangi perkara yang sama pada tahun hadapan?

memang bukan mudah nak melawan godaan syaitan apabila kita diberi pilihan (atau alasan) 
"takpe, nanti dapat duit semula, kita bayar balik","bukan aku nak joli duit ni pun. Guna untuk keperluan dia juga","Budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak" 

Disebabkan ada pilihan membayar semula ini lah, kita beranggapan tindakan kita tidak mengapa dan seterusnya kita rasa tidak bersalah. Pastinya kebanyakkan pelaku tak rasa bersalah kerana dalam fikiran sudah disematkan, anak kita tidak memerlukan wang itu pada ketika itu dan pada masa akan datang, kita akan gantikan semula wang itu.


oooh Snookiii.. 

Ye betul, anak belum mengenali dan memahami nilai wang. Kalau diberi sampul duit pada Dyzhwar, memang diambilnya tapi dia akan renyukkan. Jika saya keluarkan duit daripada dalam sampul dan berikan dia sampul kosong sekalipun, dia tetap gembira dapat renyukkan sampul tu. Lagilah kalau sampul duit tu ada gambar Upin Ipin, memang sampai renyuk dipegangnya.




Wang memang tiada nilai pada mata anak-anak kecil ini, tetapi amanah yang mereka berikan kepada kita, tidak ternilai. Mereka terlalu kecil dan lemah untuk melindungi hak mereka, menjadi tugas kita memikul tanggungjawab itu sehingga mereka sudah boleh menilai dan memahami nilai material tersebut. 

Bak kata ibu saya, anak bukanlah pelaburan keselesaan untuk masa tua kita, tetapi pelaburan amanah untuk bekalan di akhirat. 

Dah jadi ibubapa ni, memang tak boleh mementingkan diri sendiri.



9 ulasan:

Puan T berkata...

ASB!! Eh ke ape nth nama aku bukak utk najwa utk simpan duit dpt ms dalam hari ritu. Nnt mau cuti bukak tabung haji utk dia utk simpan duit raya.

Seboleh2nya kiter sebagai ibu (dan ayah) misti jaga amanah wang anak. Fikir ke depan 10 tahun/ 20 tahun. Anak itu bakal gunakan duit yg kita tlg simpankan utk sambung belajar/ g umrah (atau haji jika boleh)/ atau masa2 terdesak mcm sakit insurans xkaver atau lain2.

Sb kita xtau akan datang ape cabaran idop budak2 ni. Cth: rege rumah 2011 lebey kurang 500k. Zaman depa munkin dah sejuta. (aku kasi cth rege rumah sb ni kan blog rumah ehe).

**Eh kene bukak blog sndiri x sb komen pjg sangat~

Nana1206 berkata...

Assalam xora..

really impressed ngan topic ni! betul kat xora, kita sbg ibubapa kekadang lupa atau buat2 lupa ngan amanah ini...esp bila anak masih tak tau apa2..kdg2 tu mmg tegoda gak laa tgk collection duit saguhati on his born dan jugak duit raya, tp amanah ttp amanah kan...so thats why kena masukkan cepat2 dlm bank...hehe..mcm sya terus bukak akaun tbg haji dia...hehehe...:) keep do the best xora!

Xora berkata...

apa2 hal pun, asal bukan pakai PTPTN --eh??! hahah.. serik oo.

Xora berkata...

sama la kita, saya pun buka tabung haji terus utk Dyzhwar. senang, dah siap2 tolak zakat semua kan :) dah lama tak tulis topik serius, amik masa gak nak karang hehe

Puan T berkata...

ptptpuuuuu~

Reen Tart Nenas berkata...

Ibu yg baik hehehe dah tu je komen.hhe

Lovely Love.. berkata...

memang ibu yg baik... :)

Xora berkata...

.. tapi bukan kawan yg baik kaaan.. nnt aku lahar ko face to face hehe

Xora berkata...

insyaAllah berusaha ke arah itu. tapi godaan memang la amat kuat.