Lori Surat Khabar Lama

19 September 2012

Pengalaman Pertama Menjadi Tuan Rumah

Salam dan hai

AMARAN: Post ini super panjang


Post sebelum ni, saya ada tulis yang saya nak berkongsi pengalaman menjadi tuan rumah jamuan raya. Tahun lepas takde rezeki pasal saya berpantang, jadi tahun ni, memang amat semangat nak buat makan-makan.

Memandang Syawal pun dah tamat, baru la saya boleh berkongsi pengalaman sedikit sebanyak macam mana saya uruskan majlis makan-makan di rumah kami.

Kami buat makan-makan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh syawal.

Soalan biasa orang tanya pada saya: kenapa tak buat serentak aje jemput semua sekali harung?

Jawapan kenapa saya tak nak:
1. Rumah kami kecil, kami taknak tetamu rasa kurang selesa berhimpit. 
2. Kami rasa tidak perlu mengeluarkan kos pasang khemah yang disusuli dengan sewaan meja dan kerusi dan alas meja dan sebagainya. Kos-kos yang saya rasa tidak perlu dan lebih baik disalurkan kepada kos makanan
3. Saya tidak suka jemput ramai sekali harung pasal takut tak sempat nak layan tetamu kerana sibuk  memastikan juadah dan keperluan lain mencukupi. Saya tak suka jemput tetamu dan tetamu sekadar makan dan pulang, tanpa sempat berbual-bual dengan tuan rumah.
4. Saya nak cuba beberapa resepi baru yang saya tidak pernah cuba buat, jadi bila banyak kali buat makan-makan, saya dapat lah mencuba menu-menu berbeza setiap kali.
5. Kami nak tetamu sendiri rasa selesa bersama- sama tetamu lain, pasal tu kami jemput ikut kategori dan mereka kenal sesama mereka.

Saya tak kisah penat banyak kali, asal saya puas hati. Hehe

Walaupun sudah 5 kali buat makan-makan, tapi saya rasa, setiap kali jamuan, setiap kali itu juga la banyak pengalaman baru yang saya dapat.

Kali pertama buat: makan-makan dengan kawan-kawan rapat D





Rombongan tetamu pertama kami, jadi saya sedikit kalut dan tidak bersedia. Walaupun hanya buat soto, tapi memang saya kilam kabut, baik daripada segi uruskan masa hingga la kepada memasak. Bergedil terlebih udang kering sampai masin, nasi impit termasak banyak sangat. Memang serba tak kena. 

Daripada pengalaman pertama ini, saya belajar yang:


1.Jika tetamu nak datang pukul 8 malam, pastikan pukul 7 kita dah siap, termasuk la siap mengemas dapur. Memandangkan dapur kami memang boleh nampak terus daripada ruang tamu, jadi memang tak molek la kalau nampak periuk belanga tertonggeng kat dalam sinki. 
2. Kalau tetamu ada 7 orang, masak untuk 5 orang sahaja, bukan 10 orang (tapi dengan syarat, juadah ada 2-3 menu la. Kalau 1 je juadah, kena masak untuk 10 orang la gamaknya hehe)
3. Uruskan masa memasak dengan baik. Contoh kalau nak renihkan kuah soto, pastikan ruang memasak di sebelahnya, boleh digunakan untuk goreng bergedil dan kemudian boleh goreng sekali suun. Sambal kicap boleh disiapkan awal sehari dan simpan dalam peti ais, tak perlu nak buat pada hari tetamu nak datang. 
saya tukang amikkan gambar pasal saya tengah selekeh.
Masa ni baru belajar, lain kali kena siap awal, baru cantik sikit

Pengalaman pertama yang memang out dan hancur... Hehe

Menu Kami
Bihun Soto
Sate *kawan beli
Air Ice Lemon Tea


Kali kedua buat: Makan dengan Famili D

yang ni takde gambar pasal memang super duper cepat semuanya. Masa kami terima panggilan daripada ayah D, bagitau nak datang beraya, kami masa tu baru dalam perjalanan balik daripada Klang. Nak datang dalam 830 malam, tapi kami sampai rumah pukul 645 petang. 

Lepas sahaja D hangup, terus fikir nak masak apa yang mudah disediakan. Saya bagitau d, saya akan masak mee udang, memandangkan saya ada buat stok udang, jadi mudah kerja saya.  Singgah kedai beli mee kuning dan sawi.

Sampai sahaja rumah, terus pesan kat D, tolong mandikan dan jaga Dyzhwar 100%, saya mudah terganggu kalau dengan tangisan Dyzhwar. Saya mula memasak pukul 7. Disebabkan sudah belajar kesilapan menguruskan masa daripada pengalaman pertama, kali ni lebih teratur. Siap masak pukul 8 malam, siap dah kemas dapur dan hidangkan elok-elok atas meja, baru saya gegas naik atas untuk mandi. Masa parents D sampai, elok-elok saya pun dah siap. 

Perkara yang saya belajar:

1. Penyediaan stok lebih awal memang berguna di 'waktu kecederaan' macam ni. Kalau belum reti buat stok atau tiada masa, kewujudan sup bunjut atau rempah sup memang boleh menyelamatkan keadaan, dah boleh buat mee hoon sup ke kan.

2.kadang-kala, otak pantas berfikir di saat-saat tekanan. hehe

Menu kami
Bihun Soto
Mee Udang
Ice lemon tea


Kali ketiga buat makan-makan: Makan dengan famili saya

Saya memang dah lama sangat nak cuba buat nasi ambeng untuk jamuan raya dan nasib baik la parents saya memang kasi sokongan untuk saya cuba buat nasi ambeng. Saya buat serunding kelapa sehari sebelum majlis dan yang lain-lain semua pada pagi-pagi Subuh. Kali ni mencabar sikit pasal bertindih dengan jadual nak masak bubur Dyzhwar yang kena renihkan sekurang-kurangnya setengah jam, jadi dah kurang satu bahagian gas yang saya boleh guna. 


talam tembaga ayah


Saya gunakan resepi daripada blog masakan kegemaran saya ni: From Intan kitchen tapi presentation takde la ikut dia pasal makan dalam talam yang ayah bawa dari rumah. Cara susun lauk-pauk pun, ayah yang buatkan pasal saya kurang arif. 

Kali pertama kena masak untuk 10 orang dan terbukti  belum pandai kerana kali ni banyak yang membazir. Saya lupa ambil kira kehadiran nasi putih dan mee yang menyebabkan lauk pauk tidak dapat dihabiskan. Lesson learned.

Oh ya, saya pun buat puding kastard berkuah, ikut resepi daripada blog yang sama juga. Sedap, saya suka! Lain kali boleh buat lagi untuk majlis akan datang, cuma harap masa tu laici tengah musim.

Menu Kami
Nasi Ambeng
Puding Kastard Berkuah
Cream Puff
Fruit Tarlet
Air kosong


Kali keempat buat makan-makan: Kawan-kawan opis D

Ni cabaran baru untuk saya pasal kena masak untuk 15 orang tetamu + 8 orang kanak-kanak . Memandangkan ada budak-budak, jadi saya buat pizza dan baked macaroni pasal saya rasa budak-budak tak berapa nak hadap juadah melayu, mereka lebih suka sesuatu yang mudah untuk mereka makan.Beli gak nugget untuk backup kalau tak cukup makanan.

Berbeza dengan 3 jamuan sebelum ni, kali ni tak makan kat meja tapi berselerak. Meja makan kami, saya gunakan untuk letak juadah-juadah. 




Menu utama kami : nasi carrot, makan dengan rendang (ibu sponsor, saya belum sempat belajar masak rendang hehe), popodum, salad sayur; dan  soto (lagi skali hahah). Menu sampingan: Sate ayam D beli, Baked macaroni dan mini pizza. Pencuci mulut, cream puff, fruit tartlet dan tembikai susu.

Memandangkan menu lebih banyak daripada sebelum ini, saya susun waktu lebih padat. 

1. Cream puff saya buat daripada sehari sebelum, tapi feeling isi pagi hari majlis. 

2. Fruit tart saya buat shell awal-awal lagi dan sapu coklat siap-siap. feeling pun buat awal sehari dua dan simpan dalam piping beg. Pagi hari majlis, baru sapukan kat dalam shell dan hiaskan dengan buah kiwi dan anggur. 


3. Baked macaroni, saya buat sos putih dan sos spagetinya awal sehari dan simpan juga dalam piping beg untuk sos putih. Sos spageti simpan dalam bekas kaca mason jar tu aje. Makaroni saya rebus siap-siap malam sebelum majlis dan simpan dalam peti. Jadi pada pagi Ahad tu, saya cuma susun bahan-bahan yang dah sedia ada. Cepat dan mudah.

4. Saya buat lebih sikit kedua-dua sos pasal sos yang sama saya gunakan untuk sapu pada pizza. Jimat masa sikit. 



5. Nasi impit saya rebus siap-siap malam sebelum majlis. Kuah soto pun saya masak malam hari pasal bekas periuk yang saya gunakan tu, dapat kekalkan kepanasan soto sampai pagi dan tak perlu simpankan dalam peti. Jadi pagi majlis, saya panaskan semula.


ni cream puff yang saiznya super mini. tersalah budget tahap kembang puff
6. Saya goreng popodum siap-siap malam hari dan simpan dalam bekas kedap udara. Salad saya siapkan pada pagi hari majlis dan rendang cuma dipanaskan dalam microwave. Nasi carrot sahaja yang saya masak tengah hari majlis. Walaupun tetamu datang 15 orang, tapi setelah belajar kesilapan masa buat nasi ambeng hari tu, saya cuma tanak 4 pot sahaja. D dah risau tak cukup, tapi saya yakin kan aje dia, mesti cukup, walaupun saya takut juga tak cukup. tapi sudahnya memang cukup dan ada baki sikit lagi. 

7. Pizza saya buat tengah malam sebelum hari majlis. Nasib la saya buat awal, kalau pagi majlis memang tak sempat pasal rupanya walaupun semua bahan ada, tapi pizza leceh gak bila nak susun toppingnya bagai. Saya adunkan doh petang Sabtu dan biarkan yis bertindak. Tengah malam baru saya mula buat pizza. 

Perkara penting selain daripada menu, adalah keperluan untuk tetamu makan seperti pinggan, mangkuk, sudu garfu, cawan. Saya suka beli barang kelengkapan dapur di ClayCity di Pasar Borong Selangor. Murah dan cantik-cantik. Sekarang tengah nak clear kan stock lama, dapat beli semurah rm10 untuk pinggan hidang macam yang kat kiri ni.





Saya tak kisah untuk invest beli barang-barang keperluan ni, tapi ada juga yang saya pinjam daripada ibu. 

Ibu ada banyak koleksi pinggan lama dan cawan-cawan kaca. Ibu amik lepas arwah Opah takde, dulu kalau majlis kahwin, memang orang kampung pinjam kat arwah Opah. Mana ada katerer-katerer dulu-dulu, semua gotong royong. Lepas opah takde, ibu amik pinggan-pinggan dan cawan-cawan. Jadi kalau ada majlis, memang kami gunakan barang-barang ni. Ibu tak suka saya pakai polisterin untuk majlis. Ntah ibu memang tak suka kalau saya buat macam tu. Tapi kalau ibu gi majlis orang, ibu tak kisah. Tapi ibu tak kasi anak perempuan dia buat, camtu la lebih kurang ibu cakap. 

Walaupun alasan saya kasi, pinggan kaca penat nak basuh, ibu kata "ni bukan kenduri kawin pinggan sampai beribu ko nak basuh". Tiada alasan sudah.Tapi kali ni, D amik tender basuh pinggan pasal upah saya masak untuk kawan-kawan dia. 

Maka pasal tu saya pakai kaca untuk pinggan dan cawan. Tapi saya ada juga beli pinggan kertas dan cawan polisterin tapi tu untuk tetamu kanak-kanak, mungkin kaca berat untuk mereka pegang. 

Satu lagi perbezaan makan-makan kali ni dengan yang sebelum ni, kali ni saya buat labeling.


nasi impit dipotong pakai cutter biskut


Bakul-bakul investment bakal digunakan untuk majlis-majlis akan datang


Kenapa melabel?

1. Memudahkan tetamu nak pilih juadah dan memadankan juadah. Takde la tersalah amik bahan sampingan lagi.

2. Memudahkan saya nak susun atur barang dan juadah di atas meja mengikut kategori. Saya susun pinggan hidangan awal-awal, jadi dapat jimatkan masa dan elakkan masalah kemudian nanti. Takde la bila nak isi pinggan hidangan baru nak tercari-cari nak letak di mana. 

3. Jumlah pilihan menu lebih banyak berbanding majlis-majlis sebelum ni.

Hidangan pun saya atur bermula daripada pinggan dan diikuti juadah utama dan tetamu akan mengelilingi meja, cam buffet style. Mangkuk untuk soto saya letak berdekatan dengan bahagian hidangan soto untuk memudahkan tetamu. Untuk pencuci mulut pun, saya sediakan piring kecil saiz 6 inci dan 7 inci.

Ketika majlis bersurai, kami ada lambakan sate dan kuah soto.Yang lain-lain semua habis atau tinggal sedikit berbaki. Lesson learned, kena belajar kurangkan kuantiti masakan lagi.

Satu lagi pengajaran:


Tikar pinjam abang saya punya.


Apa yang tak kena pada gambar di atas?

Ok, memang kami sediakan ruang tamu ni lebih mesra kanak-kanak, tak letak karpet pasal kalau makanan dan air tumpah, takde la risau sangat. Cuma perasan tak lagi 1 kekurangannya?

Dyzhwar.

Ye Dyzhwar pakai baju basahan. 

Sampai hati babahnya pakaikan anak cam tu. 

Saya jenis tak suka kalau raya tak pakai baju raya/ baju molek sikit, walaupun sebagai tuan rumah. 

Menu Kami

Nasi carrot
rendang daging
popodum
salad
Soto
Nasi impit
Sate
Baked macaroni
Mini Pizza
Cream puff
Fruit Tartlet
Biskut raya
Tembikai susu
Ice Lemon Tea




Kali kelima buat makan-makan: Kawan-kawan opis saya dan kawan-kawan serdang

Kalau tak belajar daripada kesilapan empat majlis sebelum nya, memang saya sengaja tak belajar daripada kesilapan la nampaknya. 

Pertama, yang paling penting adalah Dyzhwar.

Siap berbaju melayu dah. hehe. Umi gosokkan siap-siap dan bagitau babahnya pakaikan lengkap dengan sampin dan songkok *tapi dia tak suka songkok la plak hari tu*




Selebihnya untuk majlis ni, saya kekalkan apa yang saya telah belajar daripada pengalaman dan kesilapan sebelum-sebelum ni. Cuba cabaran kali ni, saya kena belajar masak laksa Johor buat kali pertama. Tak pernah masak pasal saya tak suka laksa. Tapi kena masak pasal kawan saya mengidam. 





Ni mencabar untuk saya. Asyik telefon ibu tanya macam mana nak tau dah pecah minyak ke belum, macam mana nak buat dengan ikan kurau kering tu, macam-macam, nasib la Unifi call free untuk rumah ke rumah. 

Kali ni dah taknak masak soto. Tapi masak mee hoon sup, senang dan ringkas. Cuma kali ni, masak dalam 4 liter air sahaja dan cuma gunakan 2 ketul bahagian dada ayam untuk rebuskan dan jadikan stok ayam. Mee hoon sup yang paling laku, pelik la pulak.


benda putih yang tingkat tu, saya beli di Ikea. Kalau hari-hari
biasa, benda tu digunakan dalam gambar dibawah. 

Ni juadah kali ni. Menu utama adalah laksa johor dan spageti bolognese. Juadah sampingan mee hoon sup dan nasi impit dengan pilihan dimakan dengan serunding ayam, dendeng, serunding kelapa dan rendang. Dessert kali ni buah dadih coklat, tapi tak menjadi sangat. Mungkin akibat letak coklat rice, jadi permukaan tak licin dan warna tak seragam.

Alas meja pinjam ibu nye hehe

Makanan masih ada berbaki tapi tidak la membazir seperti sebelum-sebelum ni. Kali ni dah belajar daripada kesilapan pembaziran sebelum-sebelum ni, jadi kali ni saya masak memang sikit daripada tetamu yang datang. Tetamu yang datang dalam 15 orang, tapi saya sediakan untuk 7 orang makan sahaja untuk setiap menu, memandangkan saya ada 3-4 menu untuk tetamu.

Menu kami
Laksa Johor
Spagety Bolognese
Bihun sup
Nasi impit
Serunding ayam
Dendeng
Kek blackforrest
Dadih Coklat



Kesimpulannya: pengalaman pertama menjadi tuan rumah jamuan raya memang memenatkan, apa tah lagi bila masak sendiri, uruskan sendiri dan kemas sendiri. Tapi cuma sekali setahun, apa salahnya. Lagipun, bukan senang nak kumpul ramai-ramai. 

Cuma kalau kita dapat susun waktu dengan sebaik-baiknya, baik daripada tempoh untuk penyediaan hingga ke membersihkan kawasan dapur, kita pasti akan dapat melayan dan berbual dengan tetamu dan bukan sekadar tugas menambah lauk dan juadah semata-mata. 

Mungkin antara tips lain yang saya boleh kongsi:

1. Kemas rumah seawal yang boleh, biarpun pada hari Isnin. Dalam tempoh sehingga ke hari majlis, kita cuma perlu buat pembersihan minor sahaja.

2. Kalau tetamu datang pukul 2 petang, pastikan siap menguruskan semuanya sejam awal. Kemas ni bermaksud siap bersihkan dapur, siap mandi dan rumah dah teratur.


3. Pilih menu yang dwi fungsi. Contoh mee kuning boleh dimakan dengan kuah kari  dan kuah kari boleh dimakan dengan roti jala atau pulut kuning; 

4. Gosok baju siap-siap, takde la kalut masa nak pakai.

5. Letakkan semua bahan-bahan refill macam potongan cili, daun sup, kacang tanah, dan sebagainya, di satu tempat. Nanti kalau nak refill, senang sahaja dan tak kalut cari bahan.

6. Pastikan rak tos pinggan kosong. Ni memudahkan kalau ada tetamu yang ringan tulang nak basuh pinggan. Kalau barang-barang dapur yang dibasuh belum kering, amik baldi besar dan tumpangkan dulu dalam baldi. Atau kalau takde baldi, buat macam saya, letak dalam mesin basuh, tutup, takde sapa tahu... hahah.

7. kena ada backup bahan mentah in case juadah tiba-tiba tak cukup; macam bihun, nugget, mee kuning, nasi putih, tepung gandum, karipap frozen. Kalau sempat, buat stok daging, ayam dan daging. Memudahkan kerja  di waktu-waktu kecederaan. Cara nak buat stok, boleh google daripada internet, ada macam-macam kaedah. Kalau cara saya

Stok udang: saya rebuskan semua skali bawang putih, bawang besar, daun sadri, lobak, isi udang dan kulit udang + kepala udang; dalam sejam. kemudian saya blend dan simpan.

Stok ayam: Rebuskan kaki ayam (kadang2 kalau nasib tak baik, dapat kaki ayam yang lama yang orang pasar jual campurkan yang lama dan baru, jadi pasal tu saya kadang-kadang tak suka sangat beli kaki ayam banyak-banyak tapi saya pakai bahagian dada), isi ayam (bahagian dada), akar ketumbar, karot, bawang putih dan bawang merah dan daun sadri. Dah renihkan dan ayam dah keluarkan air ayam, tunggu sejuk kemudian saya keluarkan akar ketumbar dan tulang-tulang ayam (jika ada), blend semua bahan-bahan sampai halus.

Stok daging: Suka pakai pressure cooker (tapi biasanya buat kat rumah ibu pasal ibu tak kasi pinjam pressure cooker dia bawa balik rumah pasal saya selalu ada rekod rosakkan barang ibu), amik air rebusan daging sikit, rebuskan dengan daun sadri, lepas tu daging tu cincang halus dan campur semula ke dalam rebusan dan blend sama-sama. 

8. Masa merancang beli bahan mentah, pastikan ruang simpan dalam peti ais tu mencukupi, baik frozen atau yang biasa tu.Kalau tak cukup ruang kosong, beli pada hari majlis, sedikit kilam kabut tapi tu aje jalan terakhir.

9. Tak boleh agak selera tetamu macam mana. Kita pun tak tau sebelum rumah kita dia dah ada jemputan di rumah lain atau mungkin selepas rumah kita, ada 2-3 buah rumah lagi. Jadi buat sahaja sebanyak mana yang diperlukan, fikir sahaja, setiap orang ada rezekinya. 

10. Susunan meja perlu cantik sikit. Bukan maksud kena beli pinggan Corelle bagai, tapi sekurang-kurangnya sedap mata memandang dan mudah tetamu nak amik makanan. Kalau bekas tu korang rasa cam unik dan sesuai nak digunakan, gunakan aje. Kalau boleh, bermain dengan ketinggian juadah. Ada makanan yang diletakkan tinggi, ada yang diletakkan rendah. Pastikan sudu garfu cukup, tisu dan tempat basuh tangan ada. 

Tips tambahan: Buat yang ada anak kecil, pastikan pasangan boleh beri kerjasama sepenuhnya untuk jaga anak atau upah/ minta tolong adik beradik/ atukneneknya jagakan sementara kita buat persiapan. Tak perlu berkeras nak jadi superwoman, kalau perlukan bantuan orang, mohon. Apa-apa pun, pastikan makan minum anak dah disiapkan, tu tetap utama. 



Tak serik buat makan-makan, walaupun penat tapi seronok. Banyak yang masih kurang dan perlu saya belajar. Kalau ada rezeki, umur panjang, nak belajar resepi baru. Nanti kalau tetamu datang, boleh la masak menu yang berbeza-beza. Mungkin nak cuba nasi berlauk pulak, kadang-kadang raya ni, awal 3-4 hari raya tu aje semangat nak makan ketupat, rendang semua. Lepas seminggu, dah tak larat nak makan dah hehe


Huuu sekian kisah pengalaman pertama kami menjadi tuan rumah. Korang punya pengalaman pulak macam mana?


Dyzhwar berperangai sangat nakal bila ramai orang, rupa-rupanya 
Dyzhwar kalau nak berkawan dengan orang, dia memang suka
pandang muka orang tu tajam-tajam. Pasal tu dia takde kawan, orang
tak faham cara dia komunikasi



14 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

eih tart nenas! menciks la aku xdapat makan soto nie.

Puan T berkata...

ya. mmg pengajaran utk ada backup makanan yg buley digoreng.hari aku wat makan2 tu, ada unexpected tetamu dtg, hanya tinggal bubur caca. sate sume licin!

seb bek ada macaroni cheese ko jah!!mekaseh!!

Xora berkata...

hengkau buat la.. buat lebih skit kasi aku makan

Xora berkata...

hahha.. rezeki perut mereka dapat makan mac cheese aku. takpe nuri, kita dua2 sama2 first time jadi tuan rumah, long way to go boleh byk belajar lagi

Alwanez berkata...

Nak ternganga sekejap. Organizednye awak! Dahla bole masak macam2. Saya nak sambung ternganga. Hehehe.

Xora berkata...

masak macam2 yg berulang kali menu yg sama dimasak. haha soto aje pun 3 kali sama aje.. wani, masak tetap masak, sedap tak sedap tu belakang kira hahahha.. looks can be deceiving :D

aNis LeMoN aBu berkata...

hai xora.

hoho. excited tengok makanan yang ada filling segala ni. terus click kat masam manis untuk recipe :)

i paling suka part label & ketinggian juadah tu. rasa seronok tengok & boleh feeling-feeling ala-ala makan @ hotel ada label gitu.

ok. da drool habis ni. boleh buat projek hari ni ;)

Xora berkata...

Anis, rupa harus cam hotel. rasa tak cam hotel pun takpe asal rupanya ada hahah

ibuarif berkata...

Salam...
Tips yg sgt berguna...dan sgt teratur..
Sy wonder si kecik xmengacau ek?bagusnye....
Mungkin lepas ni Xora boleh kongsi tips membersihkan rumah bg yg ada anak kecil...

Tq

Zila bini Aje berkata...

awak, dkt mane claycity tu...leh bagi detail skit tak? tq..harga ok tak/

Xora berkata...

salam ibuarif.

si kecil memang akan kacau kalau dia kat bawah. Habis nanti dia selongkar kabinet dapur saya. Pasal tu bila dalam hal makan2 ni, memang perlukan kejasama daripada suami sepenuhnya. Macam saya, D memang bawa Dyzhwar main kat playroom dia, D yang mandikan dyzhwar, kasi Dyzhwar makan. Suami memang kena mainkan peranan sgt2 penting. Kalau taknak tolong jaga, ha ugut aje, suruh dia bayar untuk katerer tu pun kalau mampu la. So pilih, nak jaga anak atau nak kuar duit heheh

InsyaAllah kalau dapat diolah, saya cuba kongsikan tips2 yg ada. Tapi kena kumpul2 dulu kasi penuh2 hehe

Xora berkata...

Claycity tu lokasinya kat pasar borang Selangor, yg kat Equine tu. Saya tak reti nak kasi lokasi kedai tu dalam pasar borang, tapi yang pasti, kedai tu dah dekat dgn palang keluar daripada pasar dan berdepan dengan kedai2 borong untuk buah. Ada papan kedai tapi dah lusuh, kena dekat2 baru nampak. Kedai ni, kat luarnya banyak jual bekas2 plastik, bahagian pinggan mangkuk semua kena masuk dalam. Harga bagi saya amat2 ok, lebih jauh murah daripada Ikea (kalau tau kewujudan kedai ni, dari dulu lagi beli kat sini, tak cari kat Ikea) atau brand2 pinggan yg mahal. Biasanya kalau harga tertera RM8+, casher akan kasi diskaun dapat dalam RM6+/rm7+ cam tu. Kualiti pun bagus, boleh panaskan direct dalam microwave. Serba serbi lengkap kat sini. Sekarang diorang tgh buat clearance sale, boleh dapat bekas2 kaca longgok murah2 dan cantik2.Cuba la gi, tgk2 sndiri

IeRA berkata...

Salam..

Seronak rasanya baca pengalaman Xora ni & kongsi cerita macam ni. Saya pun mcm Xora juga,rasa seronok bila buat makan-makan cuma penat bab basuh membasuh je.....

ain shahrulazri berkata...

bestnye, pandai masak banyak menu :)