Lori Surat Khabar Lama

07 September 2012

Cerita Hari Raya

Salam dan hai.

Sudah lebih dua minggu berhari raya, baru sempat nak coretkan cerita raya tahun ni. Tahun lepas tak merasa berhari raya dalam istilah berhari raya sebab saya dalam pantang, jadi makanan raya, aktiviti raya, memang semua tidak dapat dibuat. Tahun ni baru merasa beraya dengan jayanya.

Tapi cam sedih gak la bila tengok gambar raya famili saya, gambar saya tiada. huhu. Baru tahu, sedih gak rupanya bila takde dalam gambar. *pasrah

Cerita awal hari raya saya, seperti persiapan mana-mana orang juga.

Dapat buah tangan



kena tukar duit kat bank untuk gunakan sebagai duit raya


m20 tu saya tukar untuk simpanan kenang-kenangan saya, boleh?


Kami sempat sambut hari jadi Dyzhwar ikut kalendar Islam 25 Ramadhan yang jatuh pada 14 Ogos, pasal kalau ikut kalendar Masihi, lambat sangat heheh. Cuma saya dan D sahaja menyambutnya.

Memandangkan saya tak mahu beri Dyzhwar makanan bergula sangat, jadi saya jadikan buah-buahan asli menjadi kek


OK, memang tak cantik, saya akui. Tapi dah banyak contoh yang saya tengok, ibu-ibu yang sediakan kek daripada buah-buahan asli yang cantik. 





cuma tangan saya tak pandai nak menghias, maka kek ni tak cantik haha. Jangan salahkan 'kek' ni diatas ketidakhandalan saya menghias. 


Muka pasrah Dyzhwar dapat kek tak semenggah

Saya bercuti awal seminggu sebelum raya, saje nak luangkan masa dengan Dyzhwar dan juga beri masa kepada ibu ayah untuk buat persiapan raya mereka sendiri. Kalau ada Dyzhwar, memang takkan dapat buat persiapan. 

Bawa dia main kat taman permainan

Seronok luang masa dengan Dyzhwar, walaupun ada masanya dia kena denda pasal nakal sangat, so letakkan dia dalam baby coat, tempat paling dia tak suka. 



Raya pertama kami di belah D. Raya orang bandar, jadi tak ke mana sangat pun. Raya ke dua, baru Dyzhwar merasa raya kampung bila kami balik ke Muar, beraya bersama atuk dan nenek.

Tapi nak sampai ke Muar, memang mencabar kesabaran betul. Perjalanan yang biasanya memakan masa 2 jam setengah maksimum, cecah sampai 5 jam. Bayangkan kami bergerak daripada Serdang 4 petang dan hanya sampai pada pukul 9 malam. Dengan jam, dengan hujannya, dengan polis trafiknya.. 

Sampai najis Dyzhwar pun dah keras kot, pasal kami tak berhenti di mana-mana perhentian pasal terlalu banyak kereta. Maka, sejam pertama sampai ke rumah nenek, dia mengamuk. Mungkin penat+najis keras kat pampers+tempat baru, maka dia pun menangis. Then terus tidur.

Tapi elok gak, esoknya Dyzhwar lebih semangat nak explore kampung.


Kenal buah-buahan kampung, walaupun tak boleh makan lagi



Kali pertama Dyzhwar nampak ayam hidup
video

Dyzhwar dan Onyangnya. Periuk belakang tu dalam kenangan,
 ni beberapa minit sebelum Dyzhwar pecahkan periuk tu

dan aktiviti wajib kami, makan ayam ungkep nenek. Kalau menu ni ada, memang yang lain dah tak laku.



Raya seterusnya, melawat kubur dan sanak saudara belah ibu saya pula di Batang Kali. Melawat rumah arwah Opah dan atuk. Rumah ni banyak kenangan buat kami adik beradik pasal kerap balik ke sini masa kecik-kecik jadi banyak kenangannya. Sekarang rumah ni dah disewakan pada orang. Jadi dapat tengok daripada luar sahaja.


Tu kat tingkap tu, masa kecil-kecil, selalu berlakon cam iklan Adabi,
yang dia nyanyi sambil buka tingkap "Adabi.. menyelerakan.."

Seminggu raya, baru hari jadi Dyzhwar yang pertama. Rambut dah dipotong oleh saya disebabkan bila jumpa orang, mesti orang tanya Dyzhwar, "Lelaki ke perempuan". So sekarang dah nampak sikit muka cam lelaki. Nak hantar kat A Cut Above, jangan harap la umi akan kasi. Jadi DIY sahaja. 



Ni masa rambut dia K.Pop lagi. Siap background kusyen warna pink lagi, menyerlahkan ke'K.Pop'an rambutnya


Raya tahun ni, banyak perkara baru saya belajar, terutama daripada segi persiapan nak balik kampung, apa nak dibawa, berapa banyak nak dibawa. Tambah-tambah lagi, saya memang masak home made food untuk Dyzhwar, jadi kalau orang lain bawa tin nestum, saya kena bawa beberapa bekas kecil untuk masak bubur Dyzhwar di kampung dan di rumah mertua. Siap dengan blender dan periuk saya bawa skali. Tapi tu, nanti post lain la cerita.


Post akan datang, saya nak kongsi pengalaman pertama menjadi tuan rumah untuk rumah terbuka. Erm.. bukanlah istilah rumah terbuka sangat, tapi lebih kepada makan-makan dengan kawan-kawan dan famili. Walaupun baru beberapa kali tetamu datang, tapi rasanya, mungkin ada beberapa perkara yang saya boleh kongsikan dengan pembaca blog ni.




Akhirnya tercapai gak impian nak buat nasi ambeng masa raya hehe

InsyaAllah, minggu depan saya coretkan.

Minggu ni cuti daripada anjurkan makan-makan. Nak pergi majlis makan-makan orang pula. Saya pun nak beraya juga.

9 ulasan:

aNis LeMoN aBu berkata...

as-salam xora. selamat hari raya :)

baby cot dyzhwar pintunya yang menggelongsor ke bawah tu ke?

comelnya muka kpop. geram tengok~ :)

Wani berkata...

yang gamba kpop tu mcm muke mama die:D
selamat hari raye!

Puan T berkata...

ye bawak blender,bawak periuk nasik, bawak segala mak nenek beras, ikan bilis, brokoli. bawak beg pam, bawak ice box, bawak tilam bantal.

mama mertua: mcm nk pindah rumah!

Reen Tart Nenas berkata...

1. xbleh blah nengok muka si boboi ku ini waktu senyuman kpop. hehehe meh la umi reen letak gambo boboi ngan umi reen yg muka ko mmg sgt segaris kan!

2. tupperware!

3. hoiii apesal ko ada bekas kaca lutsinar tu hoiiii. apesal ko ada hoiiii

4. pinggan ko lawa

5. alas makan ijo tu lawa jugak.

6. noted on the signage tu! yeayyy berjaya buat akhirnya.

7. nak dtg umah :)

Xora berkata...

dialog sama mil aku cakap hehe

Xora berkata...

Reen, come.. come to the dark side.. jom ikut aku gi tengok pinggan cantik2 kat Claycity pasar borong selangor.. best ooo.. bekas kaca lutsinar tu hadiah kawin, k.fieza kasi. aku suka hahah

Xora berkata...

wah, ni kena highlight kasitau sama babah dyzhwar. org asyik kata muka cam babah dia aje

Xora berkata...

baby cot tu, pintu nya ada tiga stage. yg ni dah paling atas dinaikkan. tapi mmg boleh gelongsor ke bawah.

azimallaudin berkata...

kek buah... menarikkkk :D