Lori Surat Khabar Lama

20 September 2012

Car Seat Baru

Salam dan hai

Dah lama tak cerita tentang car seat Dyzhwar.

Saya pernah cerita pengalaman pahit manis saya bersama Dyzhwar dan car seatnya (Post)

Kami berdua memang dah lama pasang niat nak beli car seat baru. Kami tahu car seat lama dah tak sesuai sangat untuk Dyzhwar, baik daripada segi bentuknya dan fungsinya. Tapi pasal kami perlu uruskan kewangan untuk perkara-perkara lain, jadi pembelian ni lambat sikit dapat dijayakan.

Akhirnya, berjaya juga beli. Kami tak buat survey sangat pun pasal kami beli yang mengikut kemampuan kami. Kami masih pilih Sweet Cherry tapi kali ni tak beli di Gudangnya, sebaliknya cuma beli di Manjaku pasal harga pun lebih kurang, tak banyak beza pun.

Kiranya ni hadiah belated hari jadi Dyzhwar. Lambat hampir sebulan tapi takpe. Dia tak faham apa-apa lagi.



Muka protes lagi masa ni

Sebelum kami pilih model ni, kami berbelah bahagi nak yang ini


Yang ni pilihan kedua. Harganya lebih murah, tak sampai RM200 pun. Tapi D berkenankan rupa bentuk car seat pilihan pertama tu. Tapi saya tetap taknak pasal harganya jauh lebih mahal daripada pilihan kedua.

Tapi agaknya memang rezeki Dyzhwar, bila tanya kat orang kedai, stok untuk model ni dah habis. Jadi, kena la amik model pilihan D.

Ye, D senyum lebar masa bayar. 


Reaksi pertama Dyzhwar, sememangnya dia tak puas hati pasal sudah tidak boleh lagi duduk di riba saya ketika babahnya memandu. Tapi dia tiada alasan lagi untuk tidak duduk di kerusinya. Kalau dulu, dia gunakan alasan nak tengok pemandangan di luar, maka dia akan merengek-rengek, meratap merayu untuk dibawa keluar daripada car seatnya, sekarang tidak lagi. Duduk sahaja di car seat barunya, sudah boleh nampak pemandangan luar. Dah sama tinggi dengan tingkap.

Dah hampir seminggu pakai dan nampaknya Dyzhwar serasi dengan car seat ni. Sekarang perjalanan balik amat tenang pasal dia sibuk tengok pemandangan-pemandangan yang dia tidak dapat lihat sebelum ni pasal asyik terbaring dalam baby carrier tu. 

Kalau dulu asyik menangis tapi sekarang, asyik bebel tunjuk sana sini, segala apa yang dia lihat di luar. 

Mungkin lepas ni, saya dah boleh duduk depan semula dengan D. heheh

10 ulasan:

Lovely Love.. berkata...

hai xora,

ada x tips utk pilih n beli car seat& stroller..?adakah mahal tak semestinya bagus, yg bagus tak semestinya mahal? :P saya sdg mencari² + memilih carseat&stroller yg plg sesuai dengan bajet semasa utk bakal anak kami nt..i'allah

tq

Xora berkata...

Salam love

sebenarnya saya tak dapat nk beri sebarang tips utk pilih car seat/stroller. sebabnya, utk beri tips, saya kena buat research sikit, godek maklumat sikit, tapi saya sendiri pun main beli je. Saya pilih model yg ini pasal ada european certificate apa ntah *nampak sgt tak baca details poduct hehe*, lagipun keselesaan product jadi keutamaan saya. cuma bagi saya, yg penting kena ikut budget kita dan kalau boleh masa beli tu, bawa anak skali. boleh test tuan punya badan kat dalam car seat tu.

azimallaudin berkata...

ok x shopping kat manjaku kak xora? economic x?

Xora berkata...

akak cuma shopping car seat aje, harga lebih kurang cam kat gudang sweet cherry kat seri kembangan. pampers pun takde la murah sgt pasal akak ada jmp lebih murah kat kedai runcit biasa2 :) tapi kalau terdesak nak beli baju jalan, merasa gak la beli kat sini, tapi kalau tak, akak tunggu warehouse sale pureen, biar bersesak tapi murah amat :D

reentartnenas berkata...

nasib baik ikut pilihan babah ko dyzhwar. umi serius xde test. boring!


akubukanreen


lalalalalala

Xora berkata...

sapa lagi emel gedis pakai nama anggun selain hengkau reeeeneeeen *eh tersilap eja nama plak :P

reentartnenas berkata...

sengalll ko joyahhh! hahahaha

Lovely Love.. berkata...

xora,
gudang sweet cherry kat seri kembangan tu area mana ek?senang tak nak cari..?
tq xora!

Xora berkata...

alamak, saya failed ni bab2 kasi arah ni. tapi hari tu, D cari senang aje, mungkin boleh google map kot.. kat depan gudang tu ada byk lori2 dan van ada tampal sweet cherry, so rasanya takkan terlepas

Xora berkata...

http://www.sweetcherryonline.com/index.php?route=information/contact

cuba google daripada alamat dalam link tu