Kesian kadang-kadang tengok Dyzhwar di hujung minggu
Beberapa saat sebelum Dyzhwar libas muka saya dengan raket badminton dia |
Memang la dia ada playroom dia, dia boleh main dalam tu. Tapi bila difikirkan, daripada hari Isnin sampai Jumaat di rumah Opah, duduk sahaja di rumah. Bila saya jemput, balik rumah pun terus masuk rumah. Main lagi dalam Playroom dia.
Hujung minggu pun asyik duduk di dalam rumah, main dalam playroom dia
Kalau berjalan pun, sekadar pergi ke mall
..atau ke pusat kitar semula
...atau balik ke rumah mertua.
Semua pun tempat yang terhad untuk dia bermain, berkeliaran dan buat hal sendiri. Walaupun Dyzhwar tak kisah dan sekadar menerima sahaja nasib dia, tapi saya kesian tengok dia.
Jadi, saya pun usulkan pada D, nak bawa Dyzhwar jalan-jalan di Stadium berdekatan rumah kami. Saya selalu tengok, kat sini ramai juga orang berjogging pagi-pagi. Stadium ni, daripada saya mengandung dulu, sampai Dyzhwar setahun, tak pernah lagi kami jejakkan kami. Nak buat macam mana, ada penyakit malas, memang semua tak jalan hehe.
Minggu lepas, dapat singgah. Dah ada anak, tak boleh malas-malas dah. Tempat baru untuk Dyzhwar, mata dia meliar tengok orang sekeliling. Mula-mula macam takut-takut, tapi lepas tu, dia kuasai semua balapan kat situ. Dia sangat seronok berjalan. Cuma saya sedikit risau juga kadang-kadang pasal ramai budak-budak main bola sepak dan saya takut kalau-kalau tersepak ke arah Dyzhwar.
Tempat baru ni memang menyeronokkan Dyzhwar. Sempat gak la dia buat 2 pusingan penuh stadium tu. Cuma kena sabar layan kerenah dia pasal dia mudah tertarik dengan benda-benda dan perkara baru yang dia nampak. Dia akan berhenti dan tengok sampai puas hati. Kalau terpandang orang yang pakai atau rupa lain sikit, dia akan pandang sampai tertoleh-toleh kebelakang. Kalau nasib tak baik, dia akan ikut orang tu.
Tu hari Sabtu. Hari ahadnya, saya bawa dia lagi sekali. Agaknya dia dah seronok pergi hari Sabtu, pagi-pagi Ahad, dia siap kejutkan saya. Cuma kali kedua ni, dia agak susah dikawal pasal babahnya tiada, tiada la kawan baiknya. Jadi cuma sempat buat satu pusingan sahaja, lepas tu terus saya bawa dia ke Tasik Chempaka.
Tapi Dyzhwar tak berapa suka pergi sana. Mungkin jalan tak rata, dia tak bebas berlari dan orang pulak ramai daripada pelbagai arah. Dia cuma suka main kat taman permainan situ sahaja. Itu dia memang suka.
InsyaAllah nak bawa dia keluar ke tempat-tempat reakriasi macam ni. Kesian asyik terperuk di dalam rumah, di dalam bilik.
Babahnya dah semangat nak bawa Dyzhwar pergi ke Zoo bulan depan.
.
.
.
.
Mungkin babahnya lupa bulan depan adalah ulangtahun pertama (Takleh ke pertama Nuri, tahun lepas tak merasa sambut hahaha.. ye la, yang kedua) perkahwinan dia. Sampai hati nak meraikan ulangtahun perkahwinan di Zoo.
Nyampah.
4 ulasan:
Quote:
Mungkin babahnya lupa bulan depan adalah ulangtahun pertama perkahwinan dia. Sampai hati nak meraikan ulangtahun perkahwinan di Zoo.
Ijah, bukan ko dah nak masuk 2 tahun kawen ke?Ke dz ada ulangtahun perkahwinan pertama yg lain?
**LARIKKKKKK
hoho. nak bt camne, yg pertama tak disambut pasal baru habis pantang dan masih menyesuaikan diri dgn Dyzhwar. maka ni dah rasa cam first sambut la hahah.. ye la, aku tukar. cis.
Mana gmbr kat umah mertua? hahahhaahahhahaha
sempat plak aku nk amik video kaaaan
Catat Ulasan