Lori Surat Khabar Lama

31 Julai 2012

Aktiviti Minggu Pertama Ramadhan

Salam dan hai

Sudah lebih seminggu kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu.. Entah kenapa dalam bulan puasa ni, rasa malas nak buat apa-apa aktivit deko. Belum ada mood lagi kot. Lebih kepada mood ramadhan dan mungkin lepas ni mood syawal.

Jumaat lepas, saya sempat ke Jusco Equine. Jusco tengah buat jualan sempena Raya. Sempat juga la beli beberapa pakaian untuk Dyzhwar, amik yang ada potongan 50% sahaja hehe.


Terima kasih mama Reen tolong umi buat keputusan




Rasanya sudah cukup kot, ditambah dengan baju yang dibeli masa warehouse sale Pureen awal tahun hari tu, dah memadai la untuk bos kecik beraya. Baju melayu, opahnya dah buatkan. CUma tinggal nak jahitkan bahagian-bahagian baju sahaja, opah kata sehari je pun dah boleh siap. So umi memang teruja nak tengok anak bujang berbaju melayu memandangkan bapaknya umi tak dapat nak galakkan berbaju melayu.


Hujung minggu lepas, sempat bawa Dyzhwar ke pasar di PKNS. Kami baru sedar ada pasar kat situ masa pergi beli barang buat kuih minggu sebelumnya. Kami ni, nama aja duduk di Bangi, tapi tak penah nak explore Bangi. Bangi bagi kami, cuma tempat tinggal sahaja. Kalau nak shopping, sanggup pulang ke Serdang. Mungkin harga barang lebih murah di sana dan Serdang dah jadi comfort zone kami.


Ni budak yang semakin hari, rambut semakin K-Pop.


Pipi lebam pasal jatuh. Tak tahu bila jatuhnya pasal dia tak nangis.
Tiba-tiba dah lebam
Mungkin pasal kami jenis selalu beli barang basah di pasar besar, jadi bila beli barang di pasar kecil macam ni, kami tau harga yang diberikan lebih mahal. Yang buat kami terkejut, harga untuk ikan kembung 2 ekor, ikan kerisi 3 ekor dan udang sepinggan RM10, jumlah keseluruhannya adalah RM30. Memang terkejut dan terkejut punya pasal, D serik nak beli ikan kat sini lagi.Nasib harga ayam dan daging masih munasabah.


Dyzhwar: this is how i roll


Malam tadi sempat buat biskut cornflakes ni.Kiranya ni biskut ke 3 saya dapat buat, selepas shell pastry untuk cheese tart dan biskut coklat chip. Tapi nampaknya, sukatan tu cukup untuk buat lebih kurang 140+ biji sahaja. Jumlah tu cukup la untuk hak yang saya nak beri pada abang-abang saya dan keluarga mertua, tapi belum lepas lagi untuk rumah ibu dan rumah saya. Jadi kena buat lagi 2 sukatan nampaknya. 





Saya pun nak kongsi resepi ni kat sini.  Tak ingat daripada mana saya dapat resepi ni. Tapi ada bahan yang saya tambah ikut suka. Saja nak explore. Feeling-feeling cam master Chef sikit. 





Bahan-bahan:(anggaran dapat dalam 70 - 80 biji, ikut saiz)

250g cawan butter
1 cawan gula kastor (akan datang saya akan kurangkan pasal rasa terlalu manis untuk saya bila dah campu dengan nutella dan coklat rice)
2 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan kismis yang dihiris halus
2 cawan tepung naik sendiri (jangan lupa diayak)
1 Sudu teh nutella (resepi asal takde, saya tambah)
80g coklat rice (ni pun takde dalam resepi asal, tapi saya tambah)
2 - 3 cawan cornflakes (hancurkan sikit pakai tangan pun dah ok)
cawan kertas saiz kecil secukupnya




Cara-Cara:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis dan coklat rice. Kasi gaul rata.
Kemudian masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan dan gaul rata pakai sudu/spatula
Masukkan nutella dan gaul lagi sampai sebati.

Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Bila adunan kena cornflakes, automatik kita boleh bentukkan ia jadi bulat dan boleh dialihkan ke dalam papercup. Jadi jangan risau kalau masa cedok tu bentuk tak cantik.

ATAU, boleh pipingkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki terus ke dalam ramasan cornflakes sebelum letak ke dalam papercup

Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit/hingga kuning keemasan.

Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara




Kalau ikut buku resepi Chef Wan yang saya rembat daripada ibu, Chef Wan pun ada kongsi resepi camni, cuma bezanya, dia letak sedikit esen kopi dan almond flakes ditambah dalam ramasan cornflakes. Nanti ada masa, saya amik gambar buku tu dah letak kat sini. Buku tu dah lama, masa tu saya sekolah rendah lagi, dalam tahun 94 rasanya diterbitkan. Tapi ibu sampai laa ni dia tak penah cuba satu pun pasal dia kata, bahan-bahannya mahal-mahal.Jadi dia kasi saya dan suruh saya cuba. Ye ibu memang pandai main politik.  

InsyaAllah, lepas ni nak cuba resepi daripada Masam Manis yang ini. Nampak macam mudah, teknik sama macam cornflakes tadi dan melihat pada bahannya, kalau ada oreo, biasanya mesti sedap. Saya ni cuma boleh buat biskut waktu malam lepas Dyzhwar tidur, jadi takmo cari resepi yang susah-susah, nanti stress tengah malam.

Sumber: Masam Manis

Kalau berjaya nanti, saya upload dalam sini. 



6 ulasan:

mun berkata...

awak nie memang rajinlah..ada anak kecik pastu sempat lagiii membuat kuih raya sendiri.....

Reen Tart Nenas berkata...

Dyzhwar, umi ko kalau bleh satu jusco die nak borong. aku suka semangat masak ko nie. wpun kite bekerja, iye kite perlu masak. wpun kite bekerja, kalau ada skills dan mmg minat, iye kite perlu buat biskut raya :) masa skang la nak practice skills bagai kan, nanti anak2 dh ramai, masa tu takut tak sempat mencuba, tp pd ketika itu, kite dh master dalam semua jenis masakan insyallah :)

Xora berkata...

kenapa komen hengkau tenang, matang dan positif???!!! Reen, ada orang curi ID ko!!!!

Xora berkata...

pasal anak masih kecik la dapat. ni kalau ada sorang lagi, dyzhwar plak dah besar, mmg tak dapat kot buat kueh :P

Reen Tart Nenas berkata...

owh nyampah. mcmana aku bleh kawan dgn ko hah?????

Siti Rohayah berkata...

rajinnya..nak cuba resipi ini.. boleh? thx :)