Lori Surat Khabar Lama

17 Julai 2012

Aircond Kedua

Salam dan hai


Hujung minggu hari tu, ada orang kedai datang pasang aircond. Kami letak di ruang tamu.

Kami memang ada perancangan nak letakkan aircond kat ruang tamu, cuma kami rancang dalam 3 tahun lagi. Kami cuma buat wiring siap-siap sekali harung. 

Tiada rancangan pun nak pasang aircond awal, sehinggalah masa keluarga saya datang menjenguk 'atlet' yang tercedera dulu tu. Kami tutup semua tingkap dan tak buka pintu pasal takmo nyamuk masuk. Kat rumah ibu buat macam tu juga, tapi tak panas/bahang pun. Tapi kami rumah kami, terasa bahangnya, tambah lagi ramai orang sekaligus. Tu yang kami terfikir, ni kalau raya nanti macam mana la kalau orang datang beraya malam, takut tetamu tak selesa.



Jadi kami pun amik keputusan terus nak pasang aircond. Memandangkan saya tak faham apa-apa tentang aircond, jadi serahkan keputusan pada D. Dia pilih 2 horsepower, katanya cukup untuk cover sampai ke ruang makan pasal ruang makan memang kami tak mahu letak kipas. 

Kami cari di kedai elektrik di Bangi. Mula-mula dah cari harga di Seri Kembangan, ingatkan dapat murah. Tapi uncle tu liat nak kasi diskaun, walaupun sebelum ni memang kami beli dengan dia barang-barang elektrik masa mula-mula masuk rumah dulu.

Masa orang kedai kasi harga, D terkejut pasal dia kata, uncle Seri Kembangan tu kasi mahal. Saya kata, kalau OK, setuju je terus. Maka kami pun pilih jenama Sharp, pakai 2 horsepower. 

Gambar takde. 

Kenapa?

Tak sempat nak amik, asyik terlupa. 

Pasal gambar gedebak aircond tu aje, takde benda menarik.

Lagi menarik tengok video dyzhwar kali pertama kami kasi dia merasa sumber selain daripada susu badan. Masa tu 3 bulan lebih. Saya amik keputusan nak kasi dyzhwar mula makan umur 6 bulan, tapi masa 3 bulan tu, kami suami isteri saje buli Dyzhwar. 






Sekali lagi, Dyzhwar memang pelakon paling hebat alaf ini





5 ulasan:

.Lydia. berkata...

aloloo..comel sungguh Dyzhwar bile xdpt nyoyot buah tuh:)

Puan T berkata...

ko mmg ummi kijam!

Xora berkata...

pelakon paling hebat..!

Xora berkata...

takpe, anak jantan. kasi dia lasak sikit..hehe

Reen Tart Nenas berkata...

serius ko boboi???? serius ko???