Lori Surat Khabar Lama

12 Mac 2011

Projek: Ikea dan Cosway

Salam dan hai

Projek hari ni memang semata-mata untuk langsaikan barang-barang yang kami beli di Ikea dan Cosway.

Ikea barang-barangnya memang kena pasang sendiri dan memandangkan saya tak berminat, jadi D la yang kena buat. Saya cuma suka hias-hias barang sahaja.

Ni meja sisi daripada Ikea. Kami beli murah sahaja, RM29. Pasal kami tak beli set bilik tidur dan kami mahukan meja sisi yang murah sahaja, jadi Ikea la pilihan kami. Yang penting, kami cuma mahu letak telefon, wallet (saya mungkin beg tangan), kunci dan cermin mata sahaja diatas tu. Jadi meja ni cukup besar untuk barang-barang tu semua.


Ni pula langsir yang kami beli untuk letak di bilik air utama. D kata nak pasang mudah sahaja pasal tak perlukan skru atau apa-apa. Cuma lekapkan tiang tu di kiri dan kanan dinding, dah siap. Tak sangka pulak pemilihan warna ni mengubah keseluruhan warna bilik air ni. Terus jadi merah jambu keunguan.


ok, D dah jalankan tugasnya. Saya pun menjalankan bahagian saya -- kemas dapur. hehe

Ni beli kat Cosway. Fungsinya sebagai penapis, tak kisah la sayur ke, buah, apa-apa sahaja.


Saya beli pasal boleh tetapkan panjang pendek pemegangnya. Mudah nak buat kerja.


Ni lapik dibeli di Ikea. Saya ingat lagi masa kami nampak benda ni. Kami tak tahu apa fungsinya, tapi kami beli sahaja. Mungkin akan ada gunanya kemudian. Hehe.Gambar ni diambil masa saya dah potong ikut ukuran yang saya perlukan.


Kegunaannya untuk lapik/ alas kayu rupanya. Kalau ikut dalam bungkusannya, boleh digunakan untuk lapik tempat sudu garfu.

Tapi saya gunakan untuk lapik permukaan bahagian dalam untuk letak cawan dan gelas. Dalam gambar ni dah tak nampak sangat tempat ni beralas pasal warna yang kami pilih, pun putih.


Ini pula bekas yang saya beli untuk letak di ruang dobi. Saya sendiri pasang ni! *sebenarnya tak susah mana. Main lego lagi susah :P


Saya berjaya juga cari benda yang seakan-akan macam {
Post} saya yang dulu.

Lagi best, pasal ruang di tepi tu betul-betul comel nak letak bekas tu!


Ni belum buat make over lagi. Nanti sabun tu nak letak dalam bekas kaca bertutup, takde la kena angin dan air. Kena beli berus juga, penyidai baju, penyepit baju dan macam-macam lagi. Yang penting, koordinasi warnanya adalah biru dan putih. Tu pink sikit pada mesin basuh boleh pejam mata pasal saya memang akan alaskan permukaan mesin basuh tu dengan tuala warna biru kemudian nanti.

Takpa, kayuh perlahan-lahan.

Ni pulak, saya tak tau apa namanya, tapi diletakkan di dinding untuk elakkan lagaan tombol pintu dengan dinding. Buat masa sekarang, cuma letak di bilik kerja dan bilik air atas. Bilik-bilik lain ok lagi.


Rasanya itu dulu kot aktiviti kami. Sampai ke petang buat kerja. Saya sempat susun pisau dan letak sabun basuh pinggan kat tepi tu. Hehe. Sebenarnya, saya dah siap pun susun cawan, gelas dan pinggan mangkuk. Tapi tu tunggu dulu. Nanti baru saya amik gambar.



Hari Ahad ni perabot jadi datang, mungkin cite berbeza boleh dikongsi. Best best!!

5 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

aku pun pakai alas yg ko beli dari ikea tu sebagai lapik dalam kitchen kabinet. sgt mudah dan xde la berbau pelik2 kat dlm tu... :)

gurlarroche berkata...

besnye kabinet ngko...smgt nk masak aku tgk..bes bes

mas berkata...

xora,

rak dobi tu beli kt cosway ye?

mas berkata...

xora,

rak dobi tu dr cosway ye?

Xora berkata...

haa dari cosway :D