Lori Surat Khabar Lama

08 Mac 2011

Roman Blind


Salam dan hai

lagi entri basi. Hehe

27 Februari lepas, kami pergi balik ke rumah kami.

Nak buat ukuran untuk roman blind untuk dua sudut tingkap rumah. Macam mana roman blind ittew?? Google images sekarang

Satu di tingkap dapur


Satu lagi di tingkap tangga (masa ni D ada kat luar rumah tengah bagitau orang hartanah yang dia tak mahu jual rumah ni ;P)


Oh ye, D dah lama berjaya gantung khalimah suci ni kat tangga. Hadiah kawin daripada kawan UiTM saya. Baru teringat nak amik gambar. Kelakar gak kami siap conteng-conteng dinding dalam memastikan kalau sangkut tak senget.



Untuk proses ukur saiz tingkap ni, D yang pegang tape dan saya cuma tulis berapa ukuran yang diambil. Tadaaa~~ Ni ukuran yang saya lukis. Lukisan cincai aje. Asal orang kedai faham, sudah la.


Lepas dah amik ukuran, kami terus ke Macy. Sebenarnya, sehari sebelum tu kami dah survey di Macy. Mula-mula cuma saje jalan-jalan, tapi berkenan pulak. Minta quotation, harga pun ok. Lagipun salesperson tu mudah dibawa berbincang, jadi pasal tu esok hari nya, kami ke sana semula untuk urus niaga yang pasti. Hehe

Masa ni saya dan D tengah berehat sementara tunggu kakak tu periksa stok kain.


Ini kain pilihan kami untuk Roman blind di tingkap dapur. Walaupun gemuk-gemuk dan melintang, tapi kami harapkan hasilnya memuaskan.


Yang untuk ruang tangga, lupa nak amik gambar. Tapi tetap pilih corak damask, macam corak langsir bilik tidur utama kami.

Entah macam mana terfikir nak amik Roman blind, saya pun tak tau. Sedangkan peringkat awal perbincangan dengan d,ingat nak amik bidai kayu, tapi tau aje la kayu, harga mengayukan kita! Tak mampu kami! Takmo plastik pasal takut patah, macam kat opis tu. Maka, alternatif lainnya, roman blind la yang sesuai dengan kedudukan tingkap yang tergantung macam tu.

Memang jadi isu tentang hal penyerapan minyak dan asap pada fabrik, tapi rasanya selagi boleh dihilangkan dengan membasuh, saya amik pilihan Roman Blind.

Tengok la hasilnya macam mana pasal kakak tu kata, biasanya amik masa 2 minggu untuk disiapkan dan daripada tarikh tu, rasanya dalam 13 hb Mac ni dah boleh gantung rasanya.

Tiada ulasan: