Lori Surat Khabar Lama

09 Mac 2011

Kabinet Dapur 50%


Salam dan hai

Masa yang ditunggu telah tiba. 5hb memang hari yang penuh multi-tasking rasanya :P (rasanya terma tu tak tepat, tapi tak apa la).

Aktiviti kami:-
1. Pemasangan kabinet dapur
2. Pasang air cond
3. Penghantaran mesin basuh dan TV
4. Pasang kepala paip di ruang dobi dan luar

Saya rasa takde bahagian rumah ni yang saya lebih teruja daripada pemasangan kabinet dapur! Walaupun kabinet dapur kami tidak la dasyat dan kami hanya amik harga pakej paling murah, tapi memiliki kabinet dapur sendiri adalah satu perasaan yang orang tak masuk dapur takkan faham (jeling D).

Ikut perancangan kami, memang bulan Mac ni bulan yang amat padat. Setiap minggu kena berlari ke Bangi untuk uruskan hal rumah. Nasib la rumah kat Bangi, kalau la kat Nilai ke, takke jenuh daripada serdang nak turun ke sana.

Ikutkan janji dengan orang kabinet ni, 10:30 pada hari 5 mac diorang akan pasang badan kabinet. Kayu-kayu semua bagai diorang akan buat, termasuk sistem paip memandangkan kena ubah kedudukan paip pasal kami takmo dapur bentuk L. Rugi ruang berdepan dengan tingkap tu pasal nak singki akan kedalam sikit. Nak basuh pinggan kurang selesa. Jadi, untuk beri ilusi luas, kami buat kabinet dapur bentuk I.

Uncle plumbing ni yang pertama sampai. Dia sampai awal dahulu sebelum kami. Dia akan uruskan hal plumbing dulu.


Ini perlu, bagi menghapuskan kesengetan yang terserlah pada saluran paip dulu. Gambar kat bawah ni, gambar kedudukan sinki dan saluran air. Nampak kan, kelihatan memang senget pada saluran air.


Ini dapur kami sebelum proses pemasangan.


Ini pula bila pekerja kabinet tu mulakan penaklukan mereka kira-kira pukul 11 pagi.




Sikit lagi mahu siap. Ambil masa hampir 2 jam juga untuk semua kerja ni.


Sebenarnya, semua gambar di atas tu, D yang amikkan.

Saya dimana?

Saya di dalam kereta pasal D suruh masuk pasal terlalu banyak habuk berterbangan. Ini la jarak penglihatan yang saya ada dari dalam kereta.


D kena naik turun tangga pasal selain daripada monitor kabinet dapur, orang kedai elektrik pun dah sampai untuk pemasangan air cond kat dalam bilik tidur utama. Air cond kami amik jenama Daikin inverter. Mula-mula memang nak amik Panasonic, tapi bila D dah bincang-bincang pasal Gas X-something-something dengan orang kedai dalam bahasa yang saya tak faham, jadi Daikin la pilihan kami akhirnya.


Dah pesan kat D, tanggal kan dulu langsir tu dan letak di bilik belakang. Kalau tak memang berhabuk. Nasib baik perabot katil kami dah bagitau untuk tundakan ke 12 Mac. Kalau tak, dah satu hal nak bersihkan habuk pada katil.


Memang kami saje atur jadual macam tu. Biar nampak macam padat, tapi sekurangnya takde la dua-tiga kali kena berlari balik ke Bangi. Rasa macam rugi la balik ke Bangi hanya untuk satu urusan. Walau pun tak jauh mana, tapi tetap kena uruskan masa dengan sebaiknya pasal tenaga tetap berjalan.

Bila orang air cond dah siap pasang, dapur pun hampir 50% siap. Pekerja kabinet tu pun dah berehat. Masa ni tengah tunggu kawan diorang hantar penutup aluminium untuk bahagian bawah singki. Pilih aluminium pasal bawah singki tempat air lalu, jadi ada bau hapak sikit kalau takde saliran udara. Jadi ni la alternatifnya.


Penutup aluminium tu akan dipasang di tempat bawah singki yang nun kat tingkap tu. Nampak kan, masih melopong.

Selepas selesai pasang penutup aluminium tu-- tada. dah siap!


--50% siap. Lagi 50% tunggu lepas pekerja lain letakkan solid surface, dan pasang sinki dan tempat masak.

Kenapa ye kami pilih putih? Memang cepat kotor dan sebagainya. Cuma kami fikir tu aje warna yang paling sesuai untuk gunakan tempoh masa lama. Lantai kami warna gelap, jadi badan kabinet warna putih yang paling sesuai untuk naikkan warna kabinet. Lagipun, dapur yang sempit memerlukan warna putih untuk nampakkan luas.

Warna putih dan hitam memang warna universal. Kalau saya bosan dengan warna ni, saya cuma perlu tukar warna peralatan, kain buruk, alas dapur ikut tema warna yang saya nak dan terus terasa dapur macam baru. Lebih menjimatkan daripada tukar keseluruhan kabinet.

Dalam pukul 3 petang, pekerja untuk buat solid surface pula datang dan ukur kabinet untuk dapatkan ukuran tepat. Nak ukur tak lama, nak tunggu yang lama. Haha.. Minggu ni, orang kabinet akan pasang solid surface. Kami aturkan orang kedai untuk penghantaran katil, set sofa dan coffee table untuk datang pada hari Ahad. Sekurangnya, hari Sabtu kami masih sempat mengemas dan mengelap lantai rumah. Pastinya triple kot habuknya bila solid surface yang masuk (pasal habuk masa pemasangan kabinet yang ini pun kami tak bersihkan lagi)

Kami tunggu di Bangi sampai hampir pukul 4 petang pasal mesin basuh dan TV pun dihantar hari tu. Cuma orang kedai sesat sikit, jadi tu yang lama nak tunggu. Ni gambar kenangan sebelum bayar duit barang elektrik. Harap ada la rezeki nak kumpul duit macam ni lagi.


Kalau abang b (b =bonus) jenguk akaun ai minggu depan, boleh la beli rak TV. Tengok la macam mana.

6 ulasan:

Reen Tart Nenas berkata...

dah agak dah, mesti kabinet ko putih!

tp putih mmg best, aku pun suka :)

Nita Hanita berkata...

salam ziarah.. cantik tp takutnya nak guna dapur tu sbb warna putih...warna putih mmg mgerunkan krn tak pandai nak jaga...

MasReena berkata...

Cantikknyaaa dapur warna putih... tapi Masreena pemalas nak bersihkan, tu yg guna warna gelap tu =)

Cara Pengiraan Harga Kabinet Dapur 3D

Unknown berkata...

Salam,nk tnye awak buat kabinet mcm 2 berape ye..

EmBuN PaGi berkata...

tempah kat mana ni sis n price ok x

Xora berkata...

saya tempah kat welco. harga tak tau la ok ke tak pasal mahal gak kot bagi saya. tapi maybe bagi org lain 6k tu ok kot