Lori Surat Khabar Lama

11 Mac 2011

Dapur dah Siap!


Salam dan hai

Akhirnya~~ Penantian kami berhasil!!

Dapur dah letak solid surface.

Memandangkan saya dan D dua-dua tak dapat nak cuti semalam, jadi ayah yang tolong bukakan gate untuk orang kedai masuk dan bekerja. Ayah kata diorang buat dalam sejam aje.

Saya cuti hari ni, Hari Jumaat semata-mata nak tengok dan kemas dapur. Teruja sangat nak tengok dapur macam mana. Walau macam mana sekalipun, saya tetap kena kemas satu rumah, pasal rumah dah berhabuk sangat. Nasib ayah ada, jadi ayah tolong mana yang sempat sebelum dia pergi solat Jumaat.

Bila tengok --Oh suka sangat!!

Ni gambar dapur masa takde apa-apa pun.





Kemudian..


TADA~~~ dah siap!!



Simple sahaja. Bukan rekaan moden, tapi cukup la dapur ni praktikal untuk kami suami isteri.


Memandangkan D takde, jadi saya memegang tampuk pemerintahan mengemas rumah hari ni! Mula-mula kemas tingkat atas, vakum, mop bagai, kemudian baru ke tingkat bawah.



Tapi saya lebih bersemangat nak kemas dapur. *bias mode. Tak sabar-sabar, terus sahaja saya keluarkan barang-barang yang saya beli di Ikea {
Post} minggu lepas dan terus sahaja letak di dapur.


Dah letak bekas-bekas herba ni di atas Lazy susan. Tapi baru perasan, bila pusing-pusingkan lazy susan ni, dengan bekas-bekas ni pun bergerak. Jadi penyelesaiannya, kena beli placement. Ada saiz sesuai kat Ikea hari tu, tapi tak pasti ada warna yang saya nak ke atau tak


Saja letak cuppies comel ni kat atas dapur hehe


Magnet pun saya dah siap-siap susun di peti ais. Memandangkan D tak suka magnet diletak di peti ais pasal semak, jadi saya letak di tepi peti ais. Kiranya, kami berdua dapat apa yang kami mahukan. Adil kan sayang?



Esok, saya nak kemas bahagian ruang dobi pula dan letakkan beberapa barang yang saya dah beli daripada Cosway. D pula kena pasang meja sisi, langsir bilik air, dan ada beberapa perkara adhoc yang lain. Rasanya katil dan perabot ruang tamu sampai hari Ahad, tapi esok diorang akan telefon untuk bagi waktu muktamad.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..

berapa kaki kabinet dapur tu?kl boleh kongsi brp kos dan material jenis apa yg digunakan? TQ

Xora berkata...

kabinet ni rasanya 9 kaki stgh, tapi kabinet bawah 7 kaki aje rasanya pasal dah reserve utk peti ais. kos ikutkan tak cecah 6k, tapi kami kena buat proses ubah paip sikit. harga tu termasuk harga aksesori barang2 semua (dapur, sinki, paip, pemegang kabinet, etc)

Unknown berkata...

sy suke cupcake tu,sangat comel & Dapur Xora sgt tersusun. sy pun suka menghias dapur b'banding ruang lain dalam rumah,buat masa ni, sy hias dapur sy bertemakan cupcake.(^^,)