Salam dan hai
Ini cerita sebulan lebih yang lepas. Post ni dah lama siap, tapi bila saya cuba upload video, tak boleh-boleh pasal video tu besar rupanya. Pasal tu tertangguh-tangguh, sampai la hari ni. Pasal tu cuti-cuti bersama Dyzhwar tertangguh begitu sahaja selepas post terakhir tentang Morib.
Jadi publish sahaja la walau kurang video diupload. Kurang best, tapi nasib masih ada gambar.
6 Mei lepas, Selangor dapat cuti sehari selepas pilihanraya. Tapi D ada kat Penang masa tu, jadi saya pun taknak la Dyzhwar bosan, maka saya bawa dia ke Kidz Paradize. Saya tahu tempat ni daripada abang saya yang penah bawa anak ke sini. Dia bawa Aqil hujung minggu, jadi bayaran dalam RM38, mahal juga la bagi saya. Memandangkan saya bawa Dyzhwar hari Isnin, caj dalam RM25.
Bagi saya, caj mahal berbanding dengan fasiliti yang ditawarkan disini, tapi tak pe la. Untuk anak, bawa la dia bermain skali pun jadi la. Bukan hari-hari pergi pun.
Saya datang terawal sikit, jadi tempat ni pun belum buka. Rasanya dalam 11am, dah buka. Kat sini wajib pakai stoking, tak kira mak budak yang menemani anak atau anak-anak yang bermain. Walaupun stoking ada dijual, tapi lebih baik bawa sendiri daripada rumah. Jimat sikit duit.
Pekerja kat sini (masa tu seorang gadis cina yang jaga kaunter) sangat kurang etika kerja. Walaupun saya dah terpacak depan kaunter, dia boleh berborak lagi sambil bebel-bebel dengan rakan sekerja dia tentang rakan sekerja lain (saya rasa dia menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang seseorang di tempat kerja ni kalau mengikut isi perbualannya).
Menguruskan pembayaran pun lambat sangat-sangat. Malah saya tidak diberi pun akses dipergelengan saya (yang mana kemudiannya baru saya diberi oleh seorang staf lain dan staf itu juga yang maklumkan yang saya boleh keluar masuk ke play area ni selagi saya memakai akses ni di pergelangan tangan. Semua ni tidak dimaklumkan oleh pekerja cina tersebut) Customer service amat out untuk pekerja Cina tersebut, yang sepanjang saya disitu, berterusan membebel bersama seorang lagi kawan sekerjanya.
Tapi rasanya pada waktu post ni publish, budak tu dah tak kerja situ lagi kot pasal saya terdengar perbualannya dengan kawannya yang hari tu merupakan hari terakhir dia bekerja.
Mungkin hari ni, pekerja tempat tu dah ada yang bagus-bagus. Ni cerita sebulan lepas punya kan.
Ini sekitar lokasi playroom yang sempat saya ambil gambarnya. Kalau nak lebih lagi, boleh cari di Facebook.
Tempat pertama Dyzhwar pergi adalah tempat ada bola-bola kecik ni. Kat playroom rumah, takde sebanyak yang ada kat sini.
Ni gambar Dyzhwar sepanjang kat sana. Pasal cuma ada 3 orang anak orang putih dan Dyzhwar sahaja, jadi tempat ni sangat luas dan tak perlu berebut atau tunggu giliran untuk main
kawasan main 'pasir' |
Saya rasa benda yang macma pasir tu bukan pasir. macam beras sintatik kot tapi banyak melekat dalam pampers dyzhwar dan kelepet seluar jeans saya. |
Dyzhwar suka kawasan ni,. Memang leka dia main kat sini
Main blok-blok lembut |
Sebelum ni saya ada masukkan gambar yang senget, tapi cam sakit hati tengok, jadi saya keluarkan sahaja hihi.
ok secara keseluruhan, tempat ni memang melekakan anak-anak. kita pun boleh duduk rileks-rileks atau boleh join sekali main dengan anak. Kat tempat ni juga disediakan perkhidmatan drop and shop tak silap. kiranya boleh tinggalkan anak disini dan ibu bapa boleh gi shopping dulu. bayaran dikira ikut jam kalau tak silap saya.
Kalau nak buat birthdya party pun boleh pasal ada kawasan dah diasingkan untuk majlis-majlis private di satu ruang disini. kerusi meja pun disediakan. Saya tak amik gambar kawasan tersebut, tapi ada terselit dalam video dibawah
Rasanya, kalau hujung minggu tempat ni mesti padat dengan anak-anak. memandangkan Dyzhwar cuma berkongsi mainan dengan 3-4 orang sahaja, jadi tiada la adengan tarik menarik atau rebut. Dyzhwar main dengan tenang.
Tempat yang selesa, terang dan selamat. infrastruktur mesra kanak-kanak. Malah ada rak-rak untuk kita letakkan kasut dan beg.
Kalau ada sesiapa berminat nak bawa anak-anak ke sini, boleh la untuk beri pengalaman baru pada anak-anak. Mungkin lepas ni saya nak pergi ke tempat permainan yang lebih kurang sama macam ni, tapi di IOI mall. Ada sesiapa sudah pergi ke sana tak?
2 ulasan:
Xora, gmbr upload yg senget2 ni kena edit kt picasaweb http://www.linesacross.com/2011/08/how-to-rotate-pictures-in-blogger.html
Kat ioi (rekazone) murah sikit maybe sbb xde area pasir kot.ada sekali pi, tp husband yg teman anak ktt dlm (sbb kita nk window shopping kat daiso ngan yg kecik).. Staff friendly, ball area, reading area, lg leh panjat2...
pegi awl blh main puas2 dlm tu hehe
Catat Ulasan