Lori Surat Khabar Lama

09 Mei 2013

Pilihanraya Umum ke 13

Salam dan hai


Sebenarnya, banyak nak kongsi kat blog ni. Tapi kena hibernasi dulu daripada post tentang rumah pasal memang kami tak de buat apa-apa lagi perubahan baru pada rumah. Tak tau kenapa tak sempat, sedangkan banyak sahaja barang nak kena beli untuk rumah ni. Mungkin belum dapat curi masa nak cuci mata dikedai perabot agaknya.


Minggu lepas memang saya dan D luangkan masa sepenuh-penuhnya untuk Dyzhwar. Banyak juga tempat kami pergi dan boleh buat review, macam Morib, Theme park Berjaya Time Square, Kidz Paradise di Mines dan Farm in the City, di Equine. Tapi tu untuk diceritakan dalam post akan datang. 

Kali ni, saya nak cerita tentang pengalaman membuang undi kali kedua. Kali pertama dulu, rasanya masa tu saya baru sahaja setahun kerja, masih belum kahwin. Tapi saya masih ingat jelas, proses masa tu amat mudah. Saya datang dalam pukul 8, bersama Nity. Terus sahaja ke kaunter 6 untuk dapatkan kertas salinan nombor siri saya. Kemudian, terus ke Saluran 6 untuk buang undi.

Tapi kali ni, amatlah leceh. Walaupun masih di usat mengundi di Sekolah Menengah Seri Indah, tapi prosesnya sudah berubah. Kena beratur di luar pagar. Punya la panjang. Kesian gak dengan warga tua yang turut-turut kena sama beratur dalam keadaan terik dan berdiri lama. Tapi lebih kesian juga pada polis dan petugas yang bertugas. Sekurang-kurangnya kita, lepas buang undi, boleh terus balik. Banding dengan mereka yang bertugas, hujan ke panas ke, kena melekat kat pusat undi. 





Cuma untung buat saya, saya ada bawa golden tiket untuk pass ekpress terus ke saluran saya.

Ni 'golden tiket' saya. 


Only a real men can wear pink


Bawa anak ke pusat mengundi, rupanya boleh terus buang undi tanpa beratur. Hehe. Mula-mula risau juga, takut tak dibenarkan. Tapi rupanya, yang bawa anak juga didahulukan untuk mengundi. Cuma saya tak bawa Dyzhwar masuk ke dalam bilik membuang undi pasal saya rasa dia tidak boleh dikawal. Jadi saya kasi dia penyapu dan penyedok sampah dan suruh dia sapu kantin, sambil kawan saya yang kebetulan turut sama ada disitu, untuk perhatikan dia. 

Daripada mula memang saya kena bawa Dyzhwar pasal tiada sapa dapat nak jagakan. D mengundi di pusat mengundi berbeza dengan saya dan dia perlu terus ke Pulau Pinang untuk jemput adik dia balik ke Serdang. Mak ayah saya juga mengundi tempat yang sama dan mereka, seperti saya, akan mengundi pagi. Takkan nak bebankan ibuayah yang dah tolong jaga Dyzhwar 5 hari seminggu tu. Jadi saya pun heret la Dyzhwar sekali. Nasib Nity sudi pergi sekali dengan saya.

Lagipun, saya nak ada gambar kenangan Dyzhwar turut serta dalam proses mengundi kali ni. PRU14 nanti kalau panjang umur, Dyzhwar dah besar. Entah-entah, ikut pun dah taknak. Kalau sekarang, saya pegang kunci rumah pun dah meratap kat kaki nak ikut. Saya pergi tandas pun, dia boleh meratap kat atas lap kaki tandas tu.


Kalau orang lain pening kepala nak undi parti mana, saya pulak pening kepala nak pilih baju apa untuk Dyzhwar. Mula-mula nak pakaikan jersi Harimau Malaya, tapi rupanya jersi tu kat rumah ibu saya. Jadi saya pakaikan baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok. Didikan awal saya untuk menerap semangat sukakan baju melayu dan seterusnya dapat berkempen menjadikan baju melayu pakaian rasmi kenduri/ majlis dalam diri Dyzhwar pasal babahnya memang susah benar la nak pakai baju Melayu.


Gambar jari adalah in ketika pilihanraya, menggantikan gambar
duckface di depan cermin bilik air awam


PRU13 kali ni tak kurang meriah berbanding PRU-PRU yang sebelum ini. Sempat juga la snap beberapa keping gambar kempen .





Yang ni pulak, kempen yang saya jumpa ketika kami dalam perjalanan ke Morib.




Post akan datang saya akan ceritakan trip kami ke Gold Coast, Morib. 



3 ulasan:

.Lydia. berkata...

cepat ye postkan ttg morib, saya nak kesana. so nk review dulu.
saya tunggu...!!~ :)

fazianbatrisyia berkata...

mcm2 ragam hari mengundi. comel jek boyz in pink..

Putri Qaseh berkata...

Comei dyzhwar in pink..