Lori Surat Khabar Lama

05 April 2013

Bila Anak Sakit

Salam dan hai

Dyzhwar jarang jatuh sakit. Kebanyakkan masa dia seorang yang sangat aktif dan tak suka berehat, kecuali masa tidur.




Tapi kalau dia sakit, memang la amat 'parah' kelihatan. Memang lesu dan terus pasif. Masa ni, saya seorang sahaja laku. Dia taknak kat D. Asyik-asyik merintih "Mi.. Mi.. " * akhirnya Dyzhwar dah boleh panggil saya dengan nama yang betul, berbanding "Bababa" sebelum ini

Macam video dibawah ni. Angkat mata pun tak larat. 

video


Kebelakangan ni Dyzhwar dah kerap juga sakit. Nak kata cuaca, ye mungkin. Tapi ada juga yang kata, Dyzhwar demam nak timba ilmu baru. Jenuh la camni, setiap kali nak belajar ilmu baru terus demam. Berat agaknya ilmu yang Dyzhwar nak belajar, sampai badan menolak. Mungkin dia nak belajar bercakap.

Ada dua perkara yang Dyzhwar takut tahap maks; kucing dan Doktor. Dia sangat-sangat takut nak jumpa doktor. Dia akan meronta-ronta, kalau nak check kat badan, lagi la susah. Pasal tu setiap kali jumpa doktor, saya akan minta D ikut, pasal kalau bab nak pegang Dyzhwar daripada meronta, D la yang sesuai. Kalau saya, tak sampai hati nak pegang anak kuat-kuat.

Sudah lepasi azab jumpa doktor, azab nak kasi dia makan ubat pun satu hal. Dia akan muntahkan. Bagi la macam mana sekali, dia telan, kemudian dia akan muntahkan semula. Cara terakhir, tuamkan badan dia sahaja. Tu pun kalau Dyzhwar sudi dituam, biasanya dia tak suka dituam, kecuali dia dah sangat-sangat sakit dan tak larat nak tolak tuala lembap tu ketepi. 

Macam mana ye ibu-ibu diluar sana hadapi anak yang susah nak jumpa doktor dan makan ubat? Ada tips tak?




6 ulasan:

Sufi Al-Arshadiy berkata...

Sama dgn ank saya pun susah makan ubat jgk. Tuam2 ni lagilah taknak. Tinggal tampal coolfever je la..Jumpa doctor ok je,tapi dia mmg taknak ubat walau sedap mcamana pun rasa ubat tu. Last2 saya decide, ok then, biar je sembuh sendiri. Dua kali saya bereksperimen, alhamdulillah lagi cepat dia baik berbanding kalo bagi ubat. Dalam 2,3hari kebah lah. Cuma kena selalu control tempreture. Kalau dah reach 40 mmg terus saya masukkan ubat montot tu..

Reen Tart Nenas berkata...

tomeinyer boboiku :)
anyway kalau dulu mak aku, die campurkan dlm susu botol tu, sbb itu aje cara nak bg die telan ubat. sbb budak2 xsemua suka makan ubat.
tp doctor2 skang tak bg buat cara mcm tu, sbb katanya memberi persepsi kurang baik pd anak tuterhadap susu botol.

cth: nanti budak tu dah taknak minum susu sbb ingat ada ubat. kira cam trauma la. so akan jd kesan xbaik sbb budak tu xdpt zat sbb xminum susu sbb takut ada ubat.

tp ye la. ko tau mak aku kan. ada die kesah ckp doc skang sbb die kata mak n ayah la mainkan peranan utk paksa or pengaruhi anak tu blk.

berbalik pd kesah benar mak aku. hah xde nye adik aku tu xnak minum susu. lapo kot. memula nak kasi susu yg dh xde ubat tu die cam ngelak la mengada xnak takut. tp mak ai tonyohkan jugak bila die rasa mmg susu betul, pastu minum jer terus. xde la kes die xcukup zat or kelaparan sbb xminum susu.

sekian. hrp membantu. aku kan xde pengalaman sgt :p

Puan T berkata...

Macam najwa, dia pun liat nk makan ubat. apa aku buat adelah:
1. susun botol ubat dia dlm mangkuk/ piring/ tupperware, bagi dia main. sambil2 dia leka, suap ubat

atau

2. takib pegang, aku sumbat ubat

kesudahannya sama = ubat masuk mulut dan perut. xpernah lagi najwa wat kes muntahkan ubat. yg ni aku xder tips.

Tanpa Nama berkata...

Anak saya pun samalah. mmg jumpa doktor tu fobia habis. terjerit2. walhal kat luar tadi ok jer. Saya akan isi air dalam spray rambut dan akan spray lah rambut or badan dia sampai basah. Letak towel kan budak2 kadang2 marah. Tp bila saya spray dia diam jer. suka agaknya. Cubalah. Ubat dia muntah biasalah. Tapi tuam lah air.

Siti Rohayah berkata...

anak saya pon kes x mau makan ubat.. apa yg saya buat, cuba bg natural remedy.. contoh : demam, jaram kepala dengan air asam jawa.. buat spogging ke, tuam perut ngan tuala basah ke.. kalo batuk bg makan madu skit.. insyaAllah.. tapi kalo suhu tinggi sgt mmg sy bg gak ubat montot tuh.. hihi

Puteri Satu berkata...

anak akak memang 2-2 orangsusah makan ubat... no choice... kitorang memang pegang dan paksa... sorang pegang n nganga kan mulut...sorang pancutkan ubat terus kat tekak... tak boleh pancut dalam mulut...sebab dia akan keluarkan balik.. pancut terus dekat dengan tekak dia...supaya dia tak dapat nak keluarkan balik...meraung tu tak yah citer la.. tapi dah terpaksa... nak buat camana.. janji baik...