Lori Surat Khabar Lama

13 Ogos 2012

Perasaan Seorang Anak

Salam dan hai


Ibu saya seorang suri rumah. Jadi saya memang tiada pengalaman langsung dihantar ke rumah orang ketika ibu dan ayah bekerja. Pengalaman rumah dihantar beberapa orang kanak-kanak tu ada lah pasal ibu walaupun suri rumah, tapi dia bekerja daripada rumah. Dia jadi baby sitter, dan pagi-pagi kadang-kadang jual nasi lemak. Saya ingat lagi, masa saya jual nasi lemak kat sekolah, pakcik kantin dengki pasal ramai kawan-kawan beli nasi lemak dengan ibu, jadi dia mengadu pada cikgu dan akhirnya saya tidak dibenarkan berniaga di sekolah. 

Keji.

Tapi post ni bukan berkenaan pakcik kantin berhati gelap.

Post ini berkenaan hati dan perasaan seorang anak yang ditinggalkan, sama ada di taska atau baby sitter. Saya tak memahami perasaan itu. Tapi saya cuba juga memahami apa perasaan Dyzhwar ketika saya meninggalkan dia di rumah Opahnya ketika saya bekerja.

Kadang-kadang, Dyzhwar berikan pandangan kosong pada saya. Itu pada mula-mula dulu, tapi sekarang, setelah mengetahui dia mempunyai kuasa Xmen- dia boleh menggerakkan umi ke arah dia jika dia menangis- dia akan menangis sambil buat sujud syukur sebagai tanda protes dia. Kalau hari yang dia bad mood, dia akan buat sujud sahwi pula.

Belum lagi sampai ke tahap lari panjat pagar macam ada seorang budak tu pernah buat masa zaman mak saya jadi baby sitter. serius, saya fikir masa tu, Spiderman memang benar-benar wujud.

Rasanya, mana-mana ibu pun pasti setuju, tiada perasaan yang lebih indah apabila menjemput anak kita, dan melihat anak kita menunggu di depan pagar atau berlari mendapatkan kita.




Berbunga hati ni.

Walaupun kadang-kala, perjalanan balik ke rumah bersama Dyzhwar bagaikan pertarungan emosi, tapi tetap hati berbunga bila dia ada bersama

Tapi, itu untuk beberapa minit awal sahaja, apatah lagi bila dia mula 'menolong' di dapur



setiap masa



Maka, habis la sistem organisasi Tupperware saya

Tapi, adakalanya, Dyzhwar ada juga la menolong saya di dapur. Masih terlalu awal lagi, tapi boleh diasuh




Kata-kata orang tua, dia la racun, dia la penawar.

.. Dan memang pun :)

3 ulasan:

Puan T berkata...

aku sgt suke bile najwa uuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jerit2 bile nampak aku kt sliding door. tp aku rs klo aku ada blog, tajuk aku lain - perasaan seorang ayah. sb laki aku over mcm dia yg kene tinggal. berebut ok nk masuk pintu sb dia nk dia yg 1st dukung najwa.cis.

!k@ berkata...

betul..perassan yang xboleh nak describe mana...

Reen Tart Nenas berkata...

ye lah ko. ko xtau boboi punye la excited bila nampak mil *eih hahaha