Lori Surat Khabar Lama

02 Julai 2012

Tiada Projek Deko Minggu Lepas

Salam dan hai

Minggu lepas, tiada projek rumah dapat dijalankan pasal tak sempat sangat-sangat. Sabtu ada di rumah mertua separuh hari, dan Ahadnya keluar ke Mines mencari kain ela. Petang tu pulak, kena siapkan menu potluck untuk kawasan rumah. Ada doa selamat sempena nak menyambut kedatang Ramadhan.

Menu paling mudah, puding roti Butterscotch.

Resepi saya ambil daripada blog masakan kegeraman (pasal gambarnya cantik-cantik!!) dan kegemaran saya Masam ManisResepi amik daripada sini, cuba saya tukar roti biasa kepada roti butterscotch dan saya letak topping butterscotch, amik daripada resepi Chef Wan.

Pernah cuba resepi ni sekali masa potluck opis dan sambutannya menggalakkan, jadi buat ni semula untuk menu last minit yang tak ada banyak masa sangat

Letak dalam kotak kecil siap-siap, senang tetamu nak makan


Ahad tu, masa ke Mines, kami sempat singgah ke Daiso. Saya nak beli lantern. Nak ke Petaling Street, tak tau bila la sempat, jadi gi sini dulu beli lantern. Ni nak buat projek bilik permainan Dyzhwar yang paling akhir (.. kata saya, kononnnya.. ntah betul ke tak.)


saya cuma beli empat biji lantern, tapi saiz beza-beza



Idea kali ni mendapat tentangan daripada D, pasal kemungkinan kena pakai paku untuk gantungkan lantern ni, yang mana D memang tak setuju.

Ada dua perkara yang D tak setuju untuk mana-mana deko rumah kami
1. Melibatkan cat
2. Melibatkan memaku, memahat dan aktiviti setaraf dengannya

Saya belum tunjukkan dia idea yang buat saya berkenan ni, walaupun tak mungkin la hasil saya nnt sebiji macam ni. Jangan nak berangan hasilnya camni, kalau cuma ada 4 lantern hehe. tapi ideanya dah ada, cuma nak laksanakannya sahaja, tak tau hasilnya bagaimana. 


Sumber: google images


















Iklan: serius, giler kreatif ni. Kalau ada anak perempuan, mungkin istana cam ni boleh dijadikan impian hehe




Mungkin saya boleh cari idea yang tak melibatkan memaku-- mungkin. Berkenan dengan idea kombinasi lantern dan kristal-kristal ni.



boleh pakai juraian masa dalam bilik pengantin dulu ni



Tiba-tiba teringat bilik pengantin saya yang ayah saya gigih pasangkan juntaian ni







Kristal-kristal ni semua dalam keadaan baik. Saya simpan elok-elok dalam stor. Mungkin boleh digunakan, daripada terbiar terperuk dalam stor tu.

Kita tengok la, macam mana daya usaha saya. 


Kalau dah tak reti sangat, pakai bunting ni aje kang





Saya menongkah D. hehe *Hi sayang



8 ulasan:

Bushra Tajuddin berkata...

* Ternganga tgk deko lantern tu. Hehe!
Sangat cantek la Xora.

Semoga berjaya! ;)

QueenBz berkata...

Bilik pengantin aku dulu pun pasang jurai2 ni hoi. Tapi ntah mane kristal2 tue, sebab umah aku banjir hari tu kan.

QueenBz berkata...

Macam sedap itu bread puding. Umah aku takde oven mahupun microwave, jadi mmg susah kalau bab bake2 nie :)
Eh, aku dah siapkan sticker Isya jgk. Aku beli owl design same cam ko. Ampun aku tiru sebab takde yg lain aku & laki aku berkenan :D

AIN berkata...

cantik nyer..nak pinjam share idea ni ye..nak buat tuk hiasan =)

Reen Tart Nenas berkata...

jumpa gak. aku xde hati lagi nak tanya mil mana latern tu. nanti lah yuh. hahaha hoiii bantal esok la aku bg kot. owh byk aku hutang ko, ikan bilis n udang kering lagik. nanes.

Xora berkata...

psl sgt cantek la, confirm tak dapat nak tiru sebijik2 hehe.. ye, saya mmg perlukan luck yg byk, tgn rasa cam takleh buat ni :)

Xora berkata...

sila, sila.. saya pun dpt dr internet :)

Xora berkata...

paheee hhehe..

esok sila mengadap aku yg best ni hokkkeyytt