Lori Surat Khabar Lama

09 Julai 2012

Pakai Selotape Aje?

Salam dan hai


Hujung minggu lepas tak banyak aktiviti deko rumah berjalan.

Sebabnya si bujang kecik demam hari Sabtu pagi. Kali pertama dia demam. Memang pengalaman pertama saya jaga bujang kecik demam dan pengalaman  pertama bujang kecik demam. Mula-mula pelik juga, dia bangun tidur tak nangis, tapi senyap sahaja. Selalu bangun tidur terus nangis, macam marah-marah "Kenapa umi dan babah tinggalkan saya sorang-sorang atas katil..!!" - cam tu la. Tapi pagi tu asyik nak menempek kat saya. Manja yang amat. Makan pun tak mahu, asyik muntah. Cuma nak minum susu sahaja. Tak mahu berjalan, nak berdukung sahaja.

Teringat ibu pernah cerita, saya masa kecik dulu, makin sakit, makin diam. 

Badan Dyzhwar memang sentiasa panas, dia macam saya. Jadi susah nak agak dia demam ke tak. Patut kena beli termometer suhu badan lain kali*. Tapi ibu pernah cerita, periksa suhu belakang lutut dia dan tapak kaki dia. Kalau panas, tandanya demam.

...Dan memang bos kecik demam.


Kami pergi bawa Dyzhwar jumpa doktor, suhunya masa tu dah kurang pasal saya asyik tuamkan badan dia. Rupanya dia demam nak tumbuh gigi.  Ingatkan berjangkit daripada sepupunya Aqil, yang demam juga masa saya call abang saya. Masa tumbuh gigi empat batang depan tu, takde pulak dia demam. Sedar-sedar dah tumbuh dan mula mengigit saya masa menyusu.

Gambar rekod: Susah nak amik gambar gigi dia ni. Tunggu tidur, baru dapat




Walaupun demam, kena gak bawa gi mid year warehouse sale Mydear. Pendapat saya, barang-barangnya biasa-biasa sahaja. Takde la seteruja masa Warehouse Pureen. Pilihan pun tak banyak dan Barang permainan online lagi murah. Kalau tak disebabkan gate, takdenya nak pergi sana. Kami beli gate ni satu sahaja, pasal D kata takmo pasang gate kat tangga bawah--- Fine.. ! bila dah letak kat rumah, baru perasan yang warnanya sama dengan pintu. Cantik la pulak.





Ni budak yang dibawa kehulu hilir masa demam. Maaf la nak, ummi takde pilihan, tetap kena bawa Dyzhwar. Tapi dia sangat pandai jaga perangai. Mungkin pasal dia demam. Rasanya kalau tak, mesti dia dah berjalan dalam gudang tu. 
Pasif sangat-sangat. Diam sahaja dan asyik tidur
Baru tahu, kalau Dyzhwar demam, dia amat moody waktu malam-malam tengah tidur, siap mengigau-ngigau.   Ahad pagi pun masih belum sihat, masih muntah-muntah. Ubat pun tak mahu makan, dia muntahkan semula. Kerap menyusu dan kerap juga tidur.


Terima kasih Mama Reen belikan bantal bunga yang ummi pesan..!


Tapi alhamdulillah, tengah hari Ahad dia dah OK. Nak tahu dia OK ke tak, bila dia dah takmo duduk diam dan nak berjalan sahaja. Dengar suara dia jerit-jerit, memang conform la dah sihat. Siap mandi kolam dengan babah lagi.




Jadi saya pun takde la risau sangat, selitkan satu projek deko petang Ahad tu. Menggantung lantern yang dibeli di Daiso

Begini la hasilnya


kristal kat lantern biru tu saya tambah 


Ingat tak yang 2 peraturan asas D tentang projek rumah tidak boleh:


1. Melibatkan cat
2. Melibatkan memaku, memahat dan aktiviti setaraf dengannya

Bagaimana saya gantung lantern-lantern tu??

Pakai selotape dan double selotape ~~ Nangisss *geram dan marah~* Buruk kot.. Tapi D kata Ok la tu. 




Dyzhwar yang telah sihat tu, masuk-masuk bilik permainan dia, terus sahaja nampak lantern ni


Bertahan juga lantern tu gaya cam tu ~~~~
.
.
.
.
.
. Untuk 15 minit awal. Lepas tu, satu persatu luruh.


Marah kat D. Nanti tak peduli, nak gak pakukan. 


Tunggu la D. I dont' care... Asal bilik permainan Dyzhwar cantik dan memenuhi impian zaman kecik ummi

D, B tau D baca blog ni kadang-kadang, jadi nak bagitau siap-siap, satu hari nanti B akan pakukan lantern tu. D tunggu sahaja ye.. ketika D balik kerja, b akan gedik-gedik ajak D tengok bilik Dyzhwar dan tika itu D akan sedar, b dah paku lantern tu-- dan tiada apa D dapat lakukan lagi.. nothing!!!!..  Sila takut~~




15 ulasan:

QueenBz berkata...

Kahkah. kelakar tau kau siap ugut laki kat blog. HAHA.
Kau tak boleh pahat, paku. laki aku tak boleh tampal2. tapi aku dulik, aku dah tampal dah sticker kat cermin, dinding bilik mainan & bilik aku. HAHAH.

Xora berkata...

harus ku ugut.. hancurs impian lantern aku ok~..

Unknown berkata...

xora, nape pakai selotape? lantern tuh ade tali ke utk gantungkan..? sori le tak dpt bygkan.. kalo gantikan selotape tuh dgn stiker glow-in-the-dark tuh boleh ke..? dlu ms dok asrama rajin beli mainan glow-in-the-dark yg ade bulan-bintang-matahari tuh lekat kt siling dorm. ble malam kuar cahaya. stiker tuh kukuh sbb mmg khas pelekat utk simen. beli kt kedai 2hengget je. kt daiso pun mungkin ade. saje je bg idea memandangkan xora takleh nk paku atau pahat siling tuh. huhu..=)

Unknown berkata...

kisah sekuntum bunga di kuantan.

owh, bunga.. dapat juga ditambah koleksi dikau akhirnya. kan da ckp kirim sama org pahang, sape lagi kalo bukan cik reentartnenas. xora beli lg bape kuntum? huhu..=)

Reen Tart Nenas berkata...

i luv yuh la ixa. sila ko paku je. paku je la hoiii. tak lawo seletope. ko sila la terima hakikat yer Dz. hahaha

boboi tomei2 segebu bantal yg mahal itewww.

Xora berkata...

lantern tu saya pakai tali memancing tu utk gantungkan. lantern tu berat kan, tak terlekat dek selotape. mmg kena pakukan juge ni :P

Xora berkata...

Hai D~

Bushra Tajuddin berkata...

HAHAHA! Kelakar part ugut suami tu..
Takpe.. at least dia dah bersedia lepas ni kan Xora?

Hihi..

Puan T berkata...

saikoo in the house~~~~~~~~~

famzmhj berkata...

Siling rumah Xora jenis plaster kan? cadangan: pakai hook screw. takdela 'merosakkan' siling sangat kan.

kalau tersilap screw pun boleh letak filler balik. Insyaallah tak nampak buruk. tapi kena cermat la masa boh filler tu. hehe.

erranis berkata...

xora, berapa harga gate kat mydear sale tu?

Xora berkata...

jgn kata saya tak warning kannn :P

Xora berkata...

se saiko aku, lagi saiko ko marahkan juliza dalam master chef :P

Xora berkata...

wahh cdngan bijak ni. boleh usulkan pada d. thanks atun!!

Xora berkata...

yg ni saya tak igt brp, tapi rasanya bawah rm130 kot. mahal la pagar. tapi utk anak, beli je la.