Lori Surat Khabar Lama

18 Disember 2010

Mencari Dapur Idaman

Salam dan hai

Semalam saya pergi Yummie nak beli barang. Kemudian, D ternampak kedai kabinet yang sebelah Deli France tu. D ajak pergi, saya pun rasa macam OK la gak. Pergi aje la, dah alang-alang sampai.

Perkara pertama yang saya nampak, adalah kabinet dapur warna hijau. Suka.

Tapi tak berapa jatuh hati dengan rekaannya. Macam ada yang 'hilang' tapi tak tahu apa dia.




Tapi saya suka pekerja yang melayan kami. Dia berkongsi banyak idea dan tips. Pada mulanya, saya dan D rancang nak buat dapur saiz L atau U. tapi lepas tunjukkan gambar dapur kami yang saya simpan dalam handphone, dia kata yang sesuai adalah rekaan I. Saya dan D terabai faktor luar kabinet. Kalau kami nak buat L, tempat sinki akan jadi sangat kecil dan kurang selesa.

Ni contoh rupa bahagian dapur kami. Kami diambil di rumah jiran. Hehe.


Jadi idea kabinet I dapur memang bijak. Kami setuju dengan idea tu.

Destinasi setersunya: IKEA~

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hmm..betul la..even impikan dapur yang besar dan nampak cantek,tapi kadang lupa plak faktor2 lain..saya pun tengah cuba nak plan untuk dapur rumah...